Rain


30/11/2014

Perihalkan buku yang pernah kamu baca.

Kamu memang gemar membaca buku. Perihalkan buku yang pernah kamu baca selengkapnya.

      Membaca merupakan hobi yang saya lakukan apabila ada masa senggang.Selain buku cerita, saya juga gemar membaca buku motivasi. Salah satu  buku motivasi yang pernah saya baca berjudul ‘Selangkah Ke Hadapan’.
Buku motivasi yang saya baca ini ialah hadiah daripada ayah sempena hari lahir saya yang ke-10. Buku ini merupakan salah satu buku yang amat saya suka daripada beberapa buah buku dalam koleksi saya.  
      Buku ini merupakan hasil tangan seorang tokoh motivator Islamik terkenal tanah air iaitu Datuk Haji Faruddin bin Farouq. ‘Selangkah Ke Hadapan’ merupakan buku kedua beliau yang ditulis sejak berkecimpung dalam dunia motivasi.Buku ini diterbitkan pada tahun 2010 oleh Pelangi Enterprise.  
      Isu yang diutarakan dalam buku ini banyak berkisar tentang peluang yang sentiasa terbuka untuk setiap individu membuat perubahan diri ke arah kebaikan. Sebagai pelajar, buku ini banyak menyuntikkan semangat bersaing secara sihat ke dalam diri saya.Saya banyak mengambil iktibar daripada kisah-kisah yang dipaparkan  dalam buku ini.
      Saya telah mengesyorkan buku ini kepada beberapa orang rakan baik saya. Mereka juga sependapat dengan saya, bahawa buku ini sangat sesuai dibaca oleh seorang pelajar seperti kami. Baru-baru ini, saya telah meminjamkan buku ini kepada Cikgu Shahrum yang tertarik sejurus membaca judulnya.

      Saya berasa sangat bertuah kerana telah memiliki dan membaca buku yang sehebat ini. Terima kasih diucapkan kepada ayah atas pemberian yang tidak ternilai ini.

No comments :