Rain


30/11/2014

Faedah Bersukan

Soalan: Di sekolah, setiap murid digalakkan melibatkan diri dalam aktiviti sukan. Tuliskan sebuah karangan  mengenai faedah bersukan.

         Di sekolah, semua murid digalakkan melibatkan diri dalam aktiviti sukan. Program Satu Murid Satu Sukan diwujudkan oleh kerajaan untuk memastikan semua murid dapat melibatkan diri dalam sukan. Hal ini kerana melalui bersukan banyak faedah yang kita peroleh.

            Salah satu daripada faedahnya ialah dapat menyihatkan tubuh badan. Apabila kita melakukan aktiviti seperti berbasikal,bermain badminton dan sebagainya,badan akan mengeluarkan peluh. Kesannya, badan kita menjadi sihat dan cergas serta tidak berasa lesu ketika belajar di dalam kelas.

            Seterusnya, melalui bersukan kita dapat mengeratkan hubungan dan menambah kenalan. Terdapat permainan yang dimainkan oleh banyak pemain serta memerlukan kerjasama dan persefahaman sepasukan seperti bola sepak dan bola tampar. Secara tidak langsung, hal ini akan mengeratkan hubungan dalam kalangan pemain dan menambah kenalan kita.

            Selain itu, bersukan juga merupakan aktiviti yang dapat mengisi masa lapang secara bermanfaat.Sesi latihan  permainan atau beriadah biasanya dijalankan ketika waktu lapang.Kesibukan kita menyertai sesi latihan dan beriadah dapat menghidarkan diri daripada terjebak dalam aktiviti yang tidak sihat.

            Di samping itu, dengan bersukan kita dapat mengharumkan nama sekolah.Sekiranya kita berbakat dalam bidang sukan, kita akan dapat mewakili pasukan sekolah,daerah, negeri mahupun negara.Apabila kita berjaya memenangi mana-mana kejohanan sukan, maka kita telah berjaya mengharumkan nama sekolah.


        Kesimpulannya, tiada menjadi kerugian jika kita aktif bersukan.Marilah kita bersama-sama menyahut seruan kerajaan untuk menjadikan rakyat Malaysia masyarakat yang cergas dan cerdas.

No comments :