Kamu
dan kawan-kawan kamu sedang berpusu-pusu menuju ke kantin setelah loceng waktu
rehat berbunyi. Tiba-tiba kamu terdengar suara budak menangis.
Ceritakan
tindakan-tindakan yang kamu lakukan.
Pada hari
Khamis yang lepas, sedang saya dan
kawan-kawan saya menuju ke kantin pada waktu rehat, saya telah mendengar suara budak
menangis. Saya mengajak
kawan-kawan saya mencari arah tangisan itu.
Saya
dapati ada seorang murid darjah dua sedang menangis sambil memicit-micit
perutnya. Saya merapatinya lalu bertanya masalah yang dihadapinya. Menurutnya, wang
sakunya hilang sedangkan perutnya lapar. Saya sangat bersimpati.
Saya memujuknya supaya berhenti menangis. Bekal mi goreng
yang saya bawa, saya hulurkan kepadanya. Malangnya, apabila melihat bekalan
makanan saya, budak itu menggeleng-gelengkan kepala sambil memberitahu bahawa
dia tidak makan mi goreng.
Saya
dan kawan-kawan saya berkongsi membelikan nasi untuk budak itu menggunakan wang
saku kami. Saya memimpin tangan budak itu untuk duduk di bangku kantin. Saya
juga menyuruhnya mencuci tangan sebelum makan.
Kemudian,
saya dan kawan-kawan makan bersama-sama dengan budak itu. Saya lihat budak itu
begitu gembira dan makan dengan berselera sekali. Saya turut menasihatinya
supaya berhati-hati menjaga wang saku pada masa akan datang supaya
pisang tidak berbuah dua kali.
Apabila
selesai makan, budak itu bersalaman dengan kami sambil mengucapkan terima
kasih. Saya dan kawan-kawan saya tersenyum puas kerana dapat membantu orang yang
dalam kesusahan.
No comments :
Post a Comment