PETIKAN 1
Setiap pagi, Aidil pergi ke sekolah
seawal pukul 6.30 pagi. Dia ingin cepat sampai di sekolah kerana hendak bermain
dengan kawan-kawannya. Oleh sebab mahu cepat, dia selalu tidak bersarapan pagi
walaupun ibunya telah menyediakan sarapan kegemarannya, nasi lemak.Ibunya
selalu menasihati Aidil supaya makan dulu sebelum ke sekolah. Ibunya juga
memberitahu kesannya jika tidak bersarapan pagi. Walaupun begitu, Aidil tidak
memperdulikannya.Selain tidak bersarapan pagi, Aidil juga selalu tidak makan
pada waktu rehat. Dia menghabiskan masa rehat itu dengan bermain.Pada suatu
hari, ketika mengikuti aktiviti Pendidikan Jasmani, Aidil pengsan. Doktor
mengesahkan Aidil mengalami gastrik. Sejak peristiwa itu, Aidil menyesal kerana
tidak mendengar nasihat ibunya. Dia berjanji akan bersarapan pagi dan makan
mengikut waktu.
Bil
|
Ayat
|
Nilai/ pengajaran
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
PETIKAN 2
Azim sedang leka menonton televisyen.
Ibunya datang lalu menyuruhnya segera masuk tidur kerana hari sudah lewat malam. Ibu
tidak mahu Azim terlewat ke sekolah. Azim segera mematikan suis
televisyen. Namun begitu, sebaik sahaja ibunya masuk ke bilik, Azim
secara senyap-senyap kembali menonton televisyen. Azim tidak mahu terlepas
peluang menyaksikan rancangan gusti yang memang menjadi
kegemarannya.Keesokannya, Azim terasa amat berat untuk bangun. Sudah dua
kali ibu Azim mengejutkannya, namun Azim masih terus
berselimut. Azim tersentak apabila matanya terpandang jarum jam yang
sudah menunjukkan pukul 7.30 pagi. Azim bingkas bangun lalu
tergesa-gesa bersiap. Dia hampir-hampir tersungkur
apabila kakinya terlanggar bucu katil. Sampai di sekolah, loceng sudah lama
berbunyi. Azim ternampak seorang pengawas dengan buku catatan di
tangannya.Azim memasamkan mukanya apabila pengawas mencatat
namanya. Kali ini tentu dia akan didenda lagi.
Bil
|
Ayat
|
Nilai/ pengajaran
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
pnshahrumdskfbt@gmail.com
|
|
PETIKAN 3
Ayah Saiful telah meninggal dunia. Sejak
itu, kehidupan Saiful bersama ibu dan dua orang adiknya bergantung kepada usaha
mereka. Walaupun hidup serba kepayahan, Saiful dan adik-adiknya sentiasa tenang
dan tabah. Saiful sentiasa membantu ibunya melakukan pelbagai kerja untuk
menyara kehidupan mereka sekeluarga.Setiap hari, selepas balik dari sekolah,
Saiful akan membantu ibunya menjual kiuh-muih di warung tidak jauh dari rumah
mereka. Walaupun kepenatan kerana melakukan pelbagai kerja, Saiful tidak pernah
mengabaikan tanggungjawab sebagai murid. Dia sentiasa cemerlang dalam akademik
dan kokurikulum.Justeru, tidak hairanlah Saiful sentiasa menerima pelbagai
bantuan daripada rakan, guru dan persatuan bagi membantu membiayai perbelanjaan
persekolahannya. Malah Saiful sering menjadi contoh oleh guru-guru kerana dia
adalah murid cemerlang di sekolah.Sebagai abang, Saiful juga akan sentiasa
memberikan bimbingan kepada adik-adiknya dalam pelajaran.
Saiful mahu memastikan adik-adiknya juga cemerlang sepertinya.
Bil
|
Ayat
|
Nilai/ pengajaran
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
PETIKAN 4
Pada suatu hari, Hamid pergi ke pasar.
Dia dilanggar oleh sebuah motosikal ketika hendak melintas jalan. Kaki kirinya
patah. Banyak orang menyaksikan kemalangan itu termasuk rakannya Amin.Amin
berlari ke pondok telefon. Dia menelefon polis dan ambulans. Hamid dibawa ke hospital.
Penunggang motosikal itu pula membuat laporan polis. Doktor dan jururawat
merawat Hamid. Kakinya yang patah terpaksa disimen. Dia terpaksa tinggal di
hospital selama dua minggu. Dia tidak dapat pergi ke sekolah.Hamid menyesal
kerana terburu-buru ketika hendak melintas jalan. Dia sepatutnya menggunakan
jejantas ataupun lintasan pejalan kaki apabila melintas jalan. Selepas kejadian
pada hari tersebut, Hamid sentiasa berhati-hati ketika berada di jalan raya.
Dia tidak mahu kemalangan yang menimpanya berulang.
Bil
|
Ayat
|
Nilai/ pengajaran
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
pnshahrumdskfbt@gmail.com
|
|
PETIKAN 5
Di Asia, Nordin Jadi terkenal sebagai
juara acara lumba lari 400 meter. Di Malaysia, beliau terkenal sebagai pelari
terpantas. Begitulah kejayaan yang dicapai oleh Nordin Jadi dalam bidang
olahraga. Minatnya dalam bidang olahraga bermula sejak sekolah rendah lagi.
Beliau mendapat galakan daripada guru-gurunya di Sekolah Kebangsaan Paya Mas,
Tangkak.Kemudian Nordin melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Tun Mamat,
Tangkak. Ketika itu beliau berlatih dengan tekun dan gigih. Beliau mempunyai
keyakinan bahawa usaha yang tekun dan gigih pasti memperoleh kejayaan.
Kegigihan beliau telah mendapat perhatian pegawa-pegawai sukan. Beliau telah
dipilih mewakili negara ke Kejohanan Sukan Sekolah Asean. Penglibatan beliau
dalam bidang olahraga telah mengharumkan nama negara di seluruh Asia. Kejayaan
yang diperoleh tidak menjadikan
Nordin jadi lupa daratan.
Beliau masih tekun berlatih dan sentiasa mendengar
nasihat jurulatih walaupun sudah bergelar juara
Bil
|
Ayat
|
Nilai/ pengajaran
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
PETIKAN 6
Rizal dan Hafiz berjalan ke pondok
telefon untuk membuat panggilan kepada rakan mereka. Malangnya apabila mereka
tiba di situ, mereka berasa hampa kerana telefon di pondok itu telah rosak. Di
dinding pondok telefon itu juga terdapat beberapa kesan contengan. Mereka dapat
mengagak perbuatan itu dilakukan oleh beberapa orang budak nakal yang tidak
bertanggungjawab.
Mereka
berdua pernah terlihat beberapa orang budak nakal yang bermain-main di situ
ketika mereka pulang dari sekolah. Mereka berdua bercadang untuk melaporkan
perkara itu kepada pihak berkuasa. Mereka berharap setelah laporan itu dibuat,
pihak berkuasa akan mengenakan tindakan yang sewajarnya kepada budak-budak yang
tidak bertanggungjawab itu. Kemudahan awam yang disediakan oleh pihak kerajaan
sepatutnya dijaga oleh semua golongan untuk kemudahan semua penduduk.
Bil
|
Ayat
|
Nilai/ pengajaran
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
pnshahrumdskfbt@gmail.com
|
|
PETIKAN 7
Taman Seri Murni merupakan taman yang
terkenal di daerah ini. Taman ini terkenal kerana kebersihan dan
aktiviti-aktiviti yang diadakan. Walaupun penduduknya terdiri daripada
berbilang kaum namun mereka sentiasa bersatu padu. Mereka hidup
dengan harmoni.
Setiap dua bulan, mereka akan turun ke
taman tersebut untuk membersihkan kawasan taman itu. Mereka
membersihkan longkang-longkang supaya pengaliran air tidak
tersekat. Air yang tersekat boleh menjadi tempat pembiakan
nyamuk. Aktiviti yang mereka lakukan dapat
mengatasi masalah kekotoran taman, mereka juga dapat mengenali jiran
setaman.
Aktiviti senam robik diadakan setiap
hari Ahad. Dengan senaman ini kesihatan penduduk
terjamin. Setiap bulan pula diadakan pemeriksaan kesihatan percuma
oleh dua orang doktor yang mempunyai klinik di situ. Pemeriksaan kesihatan
ini merupakan satu cara mereka menabur bakti kepada penduduk setempat
Bil
|
Ayat
|
Nilai/ pengajaran
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
PETIKAN 8
Izmir seisi keluarga pulang ke kampung
mereka di Kuala Kangsar, Perak. Dia pulang dengan menaiki kereta.
Sebelum memulakan perjalanan, terlebih dahulu ayah Izmir memeriksa keadaan
keretanya. Setelah pasti semuanya berada dalam keadaan selamat,
mereka pun memulakan perjalanan.
Di
sepanjang perjalanan melalui Lebuhraya Utara-Selatan, Izmir
terpukau melihat keindahan Banjaran Titiwangsa yang melatari
pemandangan. Selepas lebih tiga jam di perjalanan, merekapun
sampai di kampung mereka. Izmir bersalaman dengan neneknya
sambil menghulurkan buah tangan yang dibawanya
Bil
|
Ayat
|
Nilai/ pengajaran
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
pnshahrumdskfbt@gmail.com
|
|
PETIKAN 9
“Kau bacalah buku Ah Long, jangan asyik
menonton televisyen saja . Peperiksaan dah semakin hampir. Kau tak nak berjaya
ke macam anak Mak Cik Melah jiran kita tu,” rungut Puan Swee Mooi pada
anaknya.“Alah mak ni, bisinglah. Tahulah saya nak baca buku.” Saban hari
begitulah sikap Ah Long. Penat menonton dia berbasikal merayau-rayau bersama
kawan-kawannya. Senja baru dia pulang. Nasihat ibu langsung tidak
dihiraukannya.
Suatu
petang, Ah Long diajak berlumba. Dia yang pantang dicabar menyahut
ajakan kawannya itu. Ah Long mengayuh basikal dengan lajunya. Malang tidak
berbau. Ah Long hilang kawalan apabila terlanggar seekor anjing yang
melintas secara tiba-tiba.
“Makkkk ........!”
”Anak
encik perlu menjalani beberapa ujian kerana otaknya mengalami
sedikit gegaran akibat terhentak pada batang pokok semasa kemalangan itu.
Dia akan sedar sedikit hari lagi. Sama-samalah kita berdoa,” pujuk doktor
muda itu kepada Puan Swee Mooi sekeluarga. Air mata Puan Swee Mooi
mengalir laju.
Bil
|
Ayat
|
Nilai/ pengajaran
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
PETIKAN 10
Aminah
sedang membaca buku sambil menunggu bas sekolahnya. Tiba-tiba dia dihampiri
seorang pengemis. Pengemis itu meminta wang daripada Aminah.Aminah telah
memberikan wang syiling baki wang sakunya kepada pengemis itu. Pengemis itu
mengucapkan terima kasih sebelum pergi. Apabila bas sekolahnya tiba, Aminah
beratur sebelum menaiki bas. Dia memberikan peluang
kepada murid-murid yang lebih kecil untuk menaiki bas dahulu. Ketika
berada di dalam bas, dia ternampak seorang murid tahun 2 membuang sampah
melalui tingkap bas. Dia telah menegur budak itu dan
memberitahunya bahawa perbuatan itu tidak wajar dilakukan kerana
boleh menimbulkan berbagai-bagai kesan.
Bil
|
Ayat
|
Nilai/ pengajaran
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
pnshahrumdskfbt@gmail.com
|
|
PETIKAN 11
Sahabatku Fadhil,
Tujuan saya menulis warkah ini adalah untuk menceritakan
pengalaman saya semasa menyertai lawatan ke Pulau Langkawi anjuran
Kelaab Bahasa Melayu sekolah saya. Kami memperolehi ilmu pengetahuan yang
banyak.Setiap detik yang dilalui,kami manfaatkandengan mengunjungi tempat
bersejarah seperti Beras Terbakar, Makam Mahsuri, dan Pantai Pasir
Hitam.Ketika menaiki Kereta Kabel Langkawi menuju ke puncak Gunung
Machincang,Kami kagum akan keindahan alam semula jadi. Cuacanya sejuk manakala
udaranya segar dan nyaman. Semasa di Pantai Cenang,kami meminta
kebenaran untuk mandi tetapi guru pengiring melarang kami kerana ombak
besar.Kami akur akan nasihat guru tersebut.Lawatan seterusnya ke
“Underwater World”,iaitu tempat pelbagai jenis hidupan air dipamerkan.Kami
berbaris sebelum masuk untuk mengelakkan kesesakan. Sebelum pulang kami singgah
di Pekan Kuah untuk membeli-belah.Saya hanya membeli barang-barang yang
perlu sahaja kerana itulah yang dipesan oleh
ibu .Saya juga membeli cenderamata untuk kawan-kawan dan keluarga.
Bil
|
Ayat
|
Nilai/ pengajaran
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
PETIKAN 12
Sang Semut sering keluar mencari makanan untuk
kumpulannya. Sang Semut bersungguh-sungguh dalam menjalankan tugas yang
diberikan. Pada suatu hari, ketika Sang Semut asyik mencari makanan, Sang
Semut telah terjatuh ke dalam sungai. Sang Semut dihanyutkan air dan hampir
lemas. Sang Merbuk yang melihat kejadian itu segera menjatuhkan sehelai
daun agar Sang Semut dapat berpaut. Sang Semut berjaya menyelamatkan dirinya
dengan bantuan Sang Merbuk. Pada suatu pentang, Sang Semut terlihat
seorang pemburu sedang mengacukan senapang ke arah Sang Merbuk. Sang Semut
segera mengigit kaki pemburu itu. Pemburu terkejut lalu tembakannya tersasar.
Sang Merbuk segera terbang untuk menyelamatkan diri. Sang Merbuk mengucapkan
terima kasih kepada Sang Semut. Sejak peristiwa itu, Sang Semut dan
Sang Merbuk bersahabat baik.
Bil
|
Ayat
|
Nilai/ pengajaran
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
pnshahrumdskfbt@gmail.com
|
|
PETIKAN 13
Ana :
Apa khabar, Halim?
Halim :
Beransur baik sekarang. Cuma badan saya masih lemah dan tidak berselera untuk
makan.
Ana :
Awak mesti makan, jangan turutkan hati. Makanan di sini berkhasiat. Kalau tak
makan, bagaimana nak sihat?
Halim :
Terima kasih atas ingatan awak.
Ana :
Eh, tentulah! Kita berkawan mestilah saling mengingati.
Halim : Apa
khabar kawan-kawan kita?
Ana :
Oh, semuaya baik belaka! Mereka mendoakan supaya awak segera sembuh. Apa kata
soktor tentang penyakit awak?
Halim :
Doktor mengatakan bahawa saya disyaki menghidap demam denggi.
Ana :
Oh, begitu! Penyakit demam denggi ini berpunca daripada nyamuk aedes. Kita
mesti pastikan air tidak bertakung agar nyamuk aedes
tidak membiak.
Halim : Betul
tu, Ana. Semua pihak perlu menjaga kebersihan persekitaran.
Ana :
Baiklah, Halim. Saya minta diri dulu. Saya dah berjanji dengan ibu saya untuk
pulang awal. Ini ada beberapa buah buku yang boleh awak baca
untuk menghilangkan rasa bosan awak.
Halim :
Terima kasih, Ana. Sekurang-kurangnya buku ini boleh mengisi masa lapang saya
di sini. Berhati-hati semasa pulang. Sampaikan salam saya kepada
kawan-kawan dan keluarga
awak.
Bil
|
Ayat
|
Nilai/ pengajaran
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
PETIKAN 14
Ketika berjalan ke sekolah untuk menghadiri latihan
sukan, aku terjumpa sebuah dompet. Aku membuka dompet itu untuk mengetahui
siapa pemiliknya. Di dalam dompet itu terdapat wang yang banyak dan dokumen
penting. Aku berfikir sejenak sambil melihat sekeliling sekiranya ada orang
yang sedang mencari-cari dompetnya.
Tiba-tiba rakanku datang dan aku memberitahunya
tentang dompet tersebut. Dia menyuruh aku mengambil sahaja dompet itu. Aku
tidak berani untuk berbuat demikian. Aku teringat akan pesanan ibu bapaku agar
tidak mengambil barang kepunyaan orang lain.
Aku membuat keputusan untuk menyerahkan dompet
tersebut kepada guru bertugas, iaitu Cik Rani. Beliau telah membawa aku
berjumpa dengan guru besar. Guru besar memuji tindakan yang telah aku lakukan
itu.
Bil
|
Ayat
|
Nilai/ pengajaran
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
pnshahrumdskfbt@gmail.com
|
|
|
|
PETIKAN 15
Nani murid yang sentiasa mengambil berat tentang
pelajaranya. Pada masa yang sama dia mempunyai pelbagai hobi. Mengumpul setem
adalah antara hobi yang paling digemarinya. Dia memiliki lima buah
album setem yang disimpan di dalam almari yang berkunci.
Setem yang dikumpulkannya diperoleh
daripada beberapa buah negara. Nani bertukar-tukar setem dengan kawan-kawan
sekolahnya dan sahabat pena dari negeri-negeri di Malaysia dan luar
negara. Kini dia memiliki pelbagai setem dan mempunyai ramai kawan.
Melalui hobinya, Nani dapat
mengetahui berbagai-bagai maklumat tentang negara luar seperti mata wang,
kebudayaan, makanan dan pemimpin negara. Dia amat gembira kerana
hobinya mendatangkan banyak faedah. Di samping itu, dia dapat mengelakkan
dirinya daripada terlibat dengan perkara-perkara yang tidak bermanfaat dan
membuang masa.
Bil
|
Ayat
|
Nilai/ pengajaran
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
PETIKAN 16
Semasa kakak pergi bekerja, adik telah masuk ke
bilik kakak dan bermain-main di situ. Sedang asyik bermain, tiba-tiba adik
ternampak sebuah cenderamata kepunyaan kakak yang diperbuat daripada kaca. Cenderamata
itu ialah pemberian kawan kakak yang baru pulang dari luar negeri.
Saya
telah melarang adik supaya tidak bermain-main dengan cenderamata itu tetapi
adik tidak mengendahkannya. Tiba-tiba, cenderamata itu terlepas dari tangan adik
dan terhempas di lantai lalu pecah berderai. Emak memarahi adik.
Sebelah
petang, kakak pulang dari tempat kerja. Kakak sungguh sedih apabila mengetahui
cenderamata kesayangannya telah pecah. Adik meminta maaf dan berjanji tidak
akan mengusik barang-barang kepunyaan kakak lagi.
Bil
|
Ayat
|
Nilai/ pengajaran
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
pnshahrumdskfbt@gmail.com
|
|
PETIKAN 17
Luqman bangun lewat pada pagi itu kerana dia
menonton televisyen hingga larut malam. Dia tidak sempat bersarapan. Dia terus
mencapai basikal untuk pergi ke sekolah tanpa bersalam dengan ibu dan bapanya.
Tiba di persimpangan jalan, dia tidak menghiraukan lampu merah lalu terus
memecut ke sekolah. Mujurlah tiada kenderaan ketika itu. Sesampainya di hadapan
sekolah, murid-murid telah berada di tapak perhimpunan. Dia terus berlari ke
tapak perhimpunan tanpa mengunci basikalnya. Sedang semua murid menyanyi lagu
“Negaraku” , dia masih lagi berlari untuk masuk ke dalam barisan. Ketika hendak
pulang ke rumah, dia mendapati bahawa basikalnya telah hilang. Dia telah diberi
peluang tumpang oleh rakan untuk pulang ke rumah.
Bil
|
Ayat
|
Nilai/ pengajaran
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
PETIKAN 18
Menemui
sahabatku, Amira yang berada di Kuala Terengganu agar sentiasa sihat.
Saudari,
Tujuan saya menulis surat ini ialah untuk menceritakan pengalaman saya
yang menyertai lawatan sekolah ke Pulau Pinang semasa cuti sekolah yang lalu.
Untuk pengetahuan saudari, saya dan rakan rakan menggunakan masa
lawatan dengan sebaik-baiknya kerana banyak tempat yang akan kami lawati. Saya
begitu terpegun melihat keindahan pantai Batu Feringgi yang sungguh cantik.
Ketika di pantai Batu Feringgi itu, saya meminta kebenaran daripada guru
untuk mandi. Namun begitu, guru tidak membenarkan kerana agak berbahaya. Saya
dan rakan akur mendengar nasihat guru.
Selepas bersantai di pantai Batu Feringgi, kami menuju ke Bukit Bendera.
Kami semua berbaris sebelum masuk ke dalam kereta api untuk naik ke Bukit
Bendera. Sampai di puncak Bukit Bendera, kawan kawan saya membeli barang barang
kraftangan. Saya hanya membeli barang barang yang saya fikir murah dan menarik
sahaja kerana ibu selalu berpesan agar jangan boros ketika berbelanja. Namun
begitu, saya tidak lupa membelikan cenderamata untuk saudari. Oleh itu , saya
harap saudari sudi menerimanya.
Bil
|
Ayat
|
Nilai/ pengajaran
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
pnshahrumdskfbt@gmail.com
|
|
PETIKAN 19
Kamil diminta oleh ibunya pergi ke kedai
membeli garam dan gula. Selalunya Kamil akan mengayuh basikal tetapi petang itu
dia mengambil keputusan untuk berjalan kaki sahaja. Tambahan pula, sekarang dia
sedang giat menjalani latihan sukan olahraga di sekolah. Sekurang-kurangnya dia
dapat meningkatkan kecergasan dirinya.
Kamil seorang yang bijak. Dia selalu
menjadi rujukan kepada rakan-rakan sekelasnya. Kelebihan yang dimilikinya itu
tidak sedikit pun membuatkan dia meninggi diri. Malahan, dia sentiasa sahaja
memberi pandangan dan tunjuk ajar apabila diperlukan oleh rakan-rakannya.
Dalam kalangan rakan-rakan, Kamil juga
dikenali dengan gelaran ”orang besi”. Panggilan ini disebabkan Kamil telah
dipilih sebagai pemain terbaik dalam pertandingan ragbi peringkat negeri. Kamil
juga seorang pelari pecut sekolah. Sehingga hari ini, tiada seorang pelajar
yang dapat menandingi kepantasan Kamil ketika berlari. Kamil mempunyai
cita-cita yang tinggi. Dia ingin mencapai kejayaan dalam akademik dan ingin
menjadi ahli sukan yang berpendidikan tinggi. Dia juga bertekad mengharumkan
nama negara dalam bidang sukan suatu hari nanti.
Bil
|
Ayat
|
Nilai/ pengajaran
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
PETIKAN 20
Esok,
16 Mei merupakan hari yang dinanti-nantikan oleh Amira. Hari Guru yang
akan disambut esok cukup bermakna baginya. Dia ingin meraikan sambutan Hari
Guru itu sebagai mengenang jasa dan pengorbanan gurunya. Dia tidak sabar-sabar
lagi menantikan kemunculan hari yang penuh bermakna itu. Amira berhasrat untuk
memberikan sekuntum bunga mawar dan sekeping kad sempena hari tersebut kepada
guru kesayangannya, Cikgu Nadia. Amira tahu bahawa gurunya pasti gembira dengan
pemberian ikhlas itu. Dia juga sedar bahawa bukan sekadar pemberian sekuntum
bunga mawar serta sekeping kad yang menjadi ukuran tanda dia menghormati serta
patuh kepada gurunya. Dia juga berazam untuk mematuhi disiplin serta belajar
dengan bersungguh-sungguh. Peningkatan prestasi akademiknya dalam semua mata
pelajaran UPSR nanti pasti akan membuatkan gurunya menjadi lebih gembira.
Sambutan Hari Guru tahun ini membuatkan Amira lebih bersemangat demi mencapai
cita-cita murni serta impiannya di samping ingin merealisasikan harapan ibu
bapa dan guru-gurunya.
Bil
|
Ayat
|
Nilai/ pengajaran
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
pnshahrumdskfbt@gmail.com
|
|
|
|
PETIKAN 21
Imran
berjanji kepada dirinya akan belajar bersungguh-sungguh. Kegagalannya untuk masuk
ke kelas Tahun Enam Bestari iaitu kelas yang pertama tidak mematahkan
semangatnya. Dia yakin bahawa dia akan berjaya dengan cemerlang dalam UPSR
hujung tahun nanti.
Oleh itu, Imran bertekad untuk membaiki kelemahan dan
menebus kesilapan yang telah dilakukannya. Sejak awal tahun lagi, Imran sudah
membuat persiapan. Dia mengulangkaji pelajaran tahun empat dan tahun lima. Dia
turut membuat latihan serta mencuba menjawab soalan-soalan peperiksaan UPSR.
Dia tidak malu untuk bertanya kepada guru jika dia kurang memahami sesuatu
pelajaran atau menghadapi masalah.
Selain itu, Imran dan rakan-rakannya menubuhkan
kumpulan belajar. Mereka sering mengadakan perbincangan tentang sesuatu
pelajaran. Mereka turut menjawb soalan-soalan peperiksaan UPSR pada tahun
sebelumnya. Melalui perbincangan ini Imran dan rakan-rakanya dapat memahami
setiap pelajaan diajarkan dengan mendalam lagi. Disamping itu, mereka yang
mahir tentang sesuatu pelajaran dapat membantu rakan yang lemah. Pada
masa lapang,Imran akan berkunjung ke perpustakaan untuk mengulangkaji pelajaran
atau membuat rujukan.
Bil
|
Ayat
|
Nilai/ pengajaran
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
PETIKAN 22
Pada
pagi itu Kamal tergopah-gapah untuk ke sekolah kerana terlewat bangun. Oleh itu
dia tidak sempat bersarapan. Selepas bersalam dengan ibu, dia terus berjalan
kaki menuju ke rumah Kumar yang terletak tidak jauh dari rumahnya. Mereka telah
bercadang untuk pergi bermandi di sungai. Oleh itu mereka telah menuju ke
sebatang sungai yang terletak jauh dari rumah mereka. Mereka menukar pakaian
lalu bermandi di sungai itu. Setelah puas bermandi, mereka berasa lapar. Dengan
itu mereka mencuri buah rambutan di sebuah dusun buah-buahan yang berhampiran
dengan sungai itu. Apabila sampai waktu tengahari, Kamal dan Kumar pulang ke
rumah bersama kawan-kawan lain yang balik dari sekolah.
Bil
|
Ayat
|
Nilai/ pengajaran
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
pnshahrumdskfbt@gmail.com
|
|
PETIKAN 23
Esok
Hari Raya Aidil Fitri akan menjelang. Aku sekeluarga sibuk melakukan persiapan akhir
untuk menyambut kedatangannya. Sejak pagi lagi, ibu tidak menang tangan
menyediakan pelbagai juadah. Aku dan kakak turut membantu ibu di dapur. Kali
ini ib memasak ketupat, rendang daging, gulai ayam dan kuah kacang. Ibu turut
menyediakan makanan kegemaranku iaitu lontong.
Di belakang rumah ayah dan abang sedang sibuk mengacau dodol. Tahun ini
merupakan tahun kedua kami menyediakan dodol sebagai juadah hari raya.
Adik-adikku pula bersorak riang sambil bermain bunga api di halaman
rumah.
“Baik-baik bermain bunga api itu!” jerit ibu yang turut menjenguk keluar
tingkap. Dalam kesibukan di dapur, ibu tetap bimbang akan keselamatan
ketiga-tiga orang adikku itu. Selepas membantu ibu akau beralih ke ruang tamu
pula. Aku menyusun kad-kad ucapan hari raya yang telah diterima daripada
sanak-saudara dan rakan-taulan yang kusayangi Kad-kad itu aku gantungkan pada
ranting pokok yang diletakkan di dalam pasu bunga.
Bil
|
Ayat
|
Nilai/ pengajaran
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
PETIKAN 24
Pada
hari minggu, keluarga Faridah sibuk dengan aktiviti masing-masing. Ibubapanya
menghadiri satu majlis perkahwinan. Mereka berpesan kepada Faridah agar menjaga
adik-adiknya yang seramai tiga orang di rumah. Di rumah, Faridah terpaksa
mengemas rumah, memasak, menyiram pokok bunga, memandikan adik-adik dan memberi
mereka makan. Faridah melakukan semua pekerjaan itu dengan penuh rasa
tanggungjawab. Adik-adiknya sangat patuh kepada arahan kakak mereka.
Ketiga-tiga adik Faridah juga rajin menolong meringankan beban Faridah. Faridah
mengucapkan terima kasih kepada adik-adiknya kerana sudi meringankan
tanggungjawabnya pada hari itu. Dia bersyukur kerana dikurniakan dengan ibubapa
yang baik dan adik-adik yang ringan tulang
Bil
|
Ayat
|
Nilai/ pengajaran
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
pnshahrumdskfbt@gmail.com
|
|
PETIKAN 25
Izzat
seorang anak yang baik. Dia sentiasa mendengar kata ibu bapanya. Dia juga tidak
pernah meninggikan suara apabila bercakap dengan orang tuanya. Adam, adiknya
pula suka bergaduh dengan Ali, jiran mereka. Izzat selalu memberi nasihat
kepada Adam supaya jangan berbuat demikian. Selain itu, Izzat juga sering
menegur sikap Adam yang selalu terlupa membasuh tangan sebelum makan dan suka
membeli makanan dan minuman di warong yang kotor. Sikap Adam yang menggemari makanan
manis, berminyak dan tidak berkhasiat juga tidak disenangi oleh Izzat. Dia
selalu mengingatkan adik kesayangannya itu supaya mengamalkan pemakanan yang
seimbang.
Bil
|
Ayat
|
Nilai/ pengajaran
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
PETIKAN 26
Jamil
murid Tahun 4 Hijau. Setiap hari dia datang ke sekolah dengan pakaian yang
kotor dan tidak kemas. Setiap hari dia sampai ke sekolah setelah loceng
berbunyi. Apabila ditegur oleh guru kelas, dia asyik memberi pelbagai alasan.
Semasa guru-guru mengajar, dia tidak menumpukan perhatian malah mengganggu
murid-murid yang lain. Latihan yang diberi oleh guru tidak disiapkan.
Murid-murid dalam kelasnya selalu mengadu barang-barang mereka hilang. Apabila
disiasat, Jamil tidak pernah mengakui bahawa dia yang melakukannya. Dia juga
berani melawan guru. Walaupun beberapa kali telah didenda oleh guru disiplin.
Murid-murid dalam kelasnya tidak suka berkawan dengannya. Mereka takut pada
Jamil.
Bil
|
Ayat
|
Nilai/ pengajaran
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
PETIKAN 27
Ibu
menyuruh Melati ke kedai Pak Naim untu membeli tepung dan gula. Dengan marah
Melati menunggang basikal ke kedai Pak Naim. Dia menunggang basikal sambil
melepaskan sebelah tangan. Setibanya di kedai, dia pun membeli tepung dan gula.
Dia juga membeli gula-gula dan aiskrim. Selepas dia habis makan aiskrim dan
gula-gula, dia pun terus menunggang basikal ke rumahnya. Dalam perjalanan ke
rumah, dia singgah sebentar di tepi sungai yang berhampiran lalu bermain-main selama
beberapa jam.Kemudian,barulah dia pulang ke rumah. Sesampai di rumah dia
menyerahkan tepung dan gula kepada ibunya. Wang bakinya tidak dipulangkan.
Apabila ibu bertanya akan wang bakinya, dia memberikan alasan wangnya hilang
lalu lari ke rumah jirannya semula.
Bil
|
Ayat
|
Nilai/ pengajaran
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
PETIKAN 28
Apabila balik dari
sekolah, Liza mengeluarkan buku-buku barunya dari
beg. Kakaknya berkata, “Biar kak tolong kamu balut buku-buku kamu
itu.” Liza menjawab, “Terima kasih, kak. Biar saya sendiri yang membalut
buku-buku ini.” Liza merupakan anak yang
suka menolong ibu dan ahli keluarganya yang
lain. Liza selalu menolong ibunya mencuci
pinggan mangkuk, melipat kain dan mengemas rumah. Liza juga
membantu ayahnya mencuci kereta. Setiap pagi sebelum mandi , dia akan
mengemas bilik tidurnya supaya kelihatan
kemas dan bersih. Dia
sentiasa menjaga kebersihan diri. Rambutnya diikat kemas, kukunya
dipotong dan dia sentiasa menjaga kebersihan pakaiannya.
Pada hari minggu, Liza dan keluarganya
selalu bersama-sama membersihkan rumah dan menanam pokok-pokok bunga. Terdapat
pelbagai jenis pokok bunga di halaman rumahnya. Menanam pokok bunga merupakan
hobi keluarga mereka. Kawasan tempat tinggal mereka sentiasa kelihatan bersih
dan cantik.
Bil
|
Ayat
|
Nilai/ pengajaran
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
pnshahrumdskfbt@gmail.com
|
|
PETIKAN 29
Kempen budi bahasa dan nilai-nilai murni
telah dilancarkan oleh Perdana Menteri. Kempen ini bertujuan untuk memupuk
sifat-sifat hormat-menghormati,sayang- menyayangi, bantu-membantu di kalangan
masyarakat Malaysia .Itu amat dialu-alukan oleh banyak pihak kerana amalan
nilai-nilai murni yang semakin kurang diamalkan terutamanya di kalangan muda
mudi.Perkara sebegini sememangnya penting bagi kita kerana tanpa budi bahasa
yang baik tidak ada gunanya sesebuah negara itu maju tinggi melangit tanpa
rakyat yang berdisiplin.
Rakyat berdisiplin akan melahirkan
sebuah negara maju yang disegani contohnya negara Jepun.Kemajuan negara Jepun
dalam pelbagai bidang amat dikagumi oleh negara-negara barat .
Bil
|
Ayat
|
Nilai/ pengajaran
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
PETIKAN 30
Sebagai seorang murid yang
bertanggungjawab mestilah berdisiplin dengan bangun awal untuk pergi
ke sekolah.Selain itu, kita hendaklah jujur terhadap ibu bapa kerana
menipu ibu bapa adalah perbuatan yang tidak baik. Di samping itu, kita
perlulah rajin pergi ke sekolah.Jika ponteng sekolah kita akan
tertinggal dalam pelajaran. Kita juga patutlah tekun berusaha kerana
masa depan kita akan menjadi gelap jika kita tidak mementingkan pelajaran.Akhir
sekali, kita sewajarnya amanah iaitu tidak mencuri harta benda
orang lain . Perbuatan sedemikian akan mencemarkan nama baik keluarga.
Bil
|
Ayat
|
Nilai/ pengajaran
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
pnshahrumdskfbt@gmail.com
|
|
PETIKAN31
Sudah tiga hari Cikgu Adira tidak datang
ke sekolah. Hati Fatihah tertanya-tanya tentang gurunya itu. Sakitkah dia ?
Jika sakit, sakit apa ? Rasa ingin tahu dan rindu terhadap guru itu berbaur di
hatinya. Rumah Cikgu Adira selang 12 rumah dari rumahnya dan kini rumah guru
yang disayangi itu sudah berada di depannya.
Setelah dua kali memberi salam, akhirnya pintu terbuka. Apabila pintu terbuka,
alangkah terkejutnya dia melihat wajah Cikgu Adira yang sugul dan pucat.
“Saya datang hendak melawat cikgu. Saya risau memikirkan cikgu,” kata Fatihah,
ikhlas. Cikgu Adira tersenyum. Kata-kata anak muridnya itu berjaya menghiburkan
hatinya. Setelah dibenarkan masuk, Fatihah masuk ke rumah teres dua tingkat
itu.
“Cikgu tidak berapa sihat. Cikgu berharap sepanjang cikgu tiada, anak-anak
murid cikgu tetap tekun belajar,” kata Cikgu Adira. Fatihah mengangguk
mendengar kata-kata cikgunya itu.
Bil
|
Ayat
|
Nilai/ pengajaran
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
PETIKAN 32
Kehilangan ayahnya meninggalkan
kesan dalam hidup Razali. Kini, dia
menjalanikehidupan yang amat mencabar sebagai anak yatim. Walau
bagaimanapun, diatetap meneruskan persekolahan kerana itu
merupakan amanah arwah ayahnyayang berkehendakkan Razali belajar
bersungguh— sungguh hingga berjaya.
Kejayaan sebenarnya bukan datang bergolek, tetapi perlu ditagih melalui
usaha gigih tanpa mengenal jemu. Razali tidak menjadikan kemiskinan
sebagai alasan untuk mengabaikan pelajaran. Demi mencapai kejayaan, dia terpaksa
berpisah sementara
dengan ibu dan tiga orang adiknya. Dia tinggal di RumahAnak-anak Yatim Semai Bakti. Dia ingin
membuktikan bahawa murid
miskinmampu mencapai keputusan akademik yang cemerlang.
Hari demi hari Razali berusaha gigih untuk mencapai keputusan yang
cemerlang dalam peperiksaan UPSR nanti. Dia tidak
mahu menghampakan harapan ibunya. Razali bertekad
untuk mencapai cita-citanya menjadi seorang
peguam pada suatu hari nanti.
Bil
|
Ayat
|
Nilai/ pengajaran
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
pnshahrumdskfbt@gmail.com
|
|
PETIKAN33
SUBANG JAYA,6 Mei – Datuk Zawawi Mohd
Zain,Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor telah merasmikan Hari
Penyampaian Hadiah Sekolah Kebangsaan Seri Selangor pada petang semalam. Majlis
yang dihadiri lebih 600 orang ibu bapa itu bertujuan untuk mengiktiraf
pencapaian murid dalam bidang akademik dan kokurikulum.
“Kita
menghargai murid-murid yang bersungguh-sungguh belajar sehingga mencapai
keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR. Kita juga menghargai kegigihan
murid melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum. Kejayaan mereka tidak akan
tercapai tanpa sokongan guru dan dorongan ibu bapa,” kata Datuk Zawawi ketika
merasmikan majlis tersebut.
Selain
upacara penyampaian hadiah, tetamu dihidangkan dengan persembahan kebudayaan
daripada murid-murid yang terdiri daripada pelbagai kaum. Tetamu terhibur
melihat kecekapan murid-murid mempersembahkan tarian zapin, inang, dan persembahan
koir.
Bil
|
Ayat
|
Nilai/ pengajaran
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
PETIKAN 34
Ketika berjalan menuju ke sekolah, aku
terjumpa sebuah dompet. Aku mengambil dompet itu lalu membukanya untuk
mengetahui pemiliknya . Aku dapati di dalam dompet tersebut terdapat beberapa keping
wang kertas RM50 dan dokumen-dokumen penting. Tiba-tiba, datang seorang kawanku
iaitu Kamal menyuruh supaya aku mengambil wang tersebut.Namun begitu ,aku tidak
berani berbuat demikian kerana ibuku pernah berpesan jangan mengambil kepunyaan
orang lain. Akhirnya,aku mengambil keputusan menyerahkan dompet tersebut kepada
guru bertugas pada hari itu iaitu Cikgu Karim. Beliau telah membawa aku
berjumpa dengan Guru Besar.Guru Besar memuji-muji tindakan yang telah aku
lakukan.
Bil
|
Ayat
|
Nilai/ pengajaran
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
PETIKAN 35
Encik Azman seorang yang rajin. Dia
bekerja sebagai pengawal keselamatan. Dia bertugas di sebuah bank. Dia sentiasa
membantu pelanggan bank tersebut. Dia juga menolong orang-orang tua mengisi
borang atau berurusan dengan pihak bank. Adaketikanya, dia tidak
berkesempatan untuk berehat kerana ramai pelanggan yang berurusan dengan pihak
bank. Pada hujung minggu En.Azman akan ke kebun miliknya yang
terletak tidak jauh dari rumahnya. Di kebunnya terdapat pelbagai jenis pokok
buah-buahan yang ditanamnya. Pada musim buah-buahan dia akan menjual
buah-buahan di pasar malam. Hasil jualan ini sebagai sumber pendapatan
sampingan keluarganya. Di samping itu En.Azman juga mengusahakan ternakan ayam.Dengan
ini, dapat menambahkan lagi pendapatan keluarganya.
Bil
|
Ayat
|
Nilai/ pengajaran
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
PETIKAN36
Pada hari Sabtu yang lalu, Siti dan
Amira pergi ke bandar. Mereka pergi menaiki bas. Ketika
di dalam bas, mereka melihat seorang tua sedang berdiri. Siti memberikan tempat
duduknya kepada orang tua itu. Orang tua itu mengucapkan terima kasih kepada
Siti. Ketika turun dari bas, mereka memberi laluan kepada orang tua itu dahulu.
Selepas itu, mereka melintas jalan dan pergi ke kedai buku. Mereka ke kedai itu
untuk membeli buku ulangkaji UPSR. Mereka bercita-cita menjadi seorang pelajar
yang cemerlang,gemilang dan terbilang. Di samping
itu, setelah tamat persekolahan di sekolah rendah mereka ingin
meneruskan pelajarannya ke sekolah berasrama penuh Kementerian
Pelajaran Malaysia.
Bil
|
Ayat
|
Nilai/ pengajaran
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|