Rain


30/11/2014

36 Petikan latihan Bahagian C

PETIKAN 1
Setiap pagi, Aidil pergi ke sekolah seawal pukul 6.30 pagi. Dia ingin cepat sampai di sekolah kerana hendak bermain dengan kawan-kawannya. Oleh sebab mahu cepat, dia selalu tidak bersarapan pagi walaupun ibunya telah menyediakan sarapan kegemarannya, nasi lemak.Ibunya selalu menasihati Aidil supaya makan dulu sebelum ke sekolah. Ibunya juga memberitahu kesannya jika tidak bersarapan pagi. Walaupun begitu, Aidil tidak memperdulikannya.Selain tidak bersarapan pagi, Aidil juga selalu tidak makan pada waktu rehat. Dia menghabiskan masa rehat itu dengan bermain.Pada suatu hari, ketika mengikuti aktiviti Pendidikan Jasmani, Aidil pengsan. Doktor mengesahkan Aidil mengalami gastrik. Sejak peristiwa itu, Aidil menyesal kerana tidak mendengar nasihat ibunya. Dia berjanji akan bersarapan pagi dan makan mengikut waktu.

Bil
Ayat
Nilai/ pengajaran


























PETIKAN 2
Azim sedang leka menonton televisyen. Ibunya datang lalu menyuruhnya segera masuk tidur kerana hari sudah lewat malam.  Ibu tidak mahu Azim terlewat ke sekolah.  Azim segera mematikan suis televisyen.  Namun begitu, sebaik sahaja ibunya masuk ke bilik, Azim secara senyap-senyap kembali menonton televisyen.  Azim tidak mahu terlepas peluang menyaksikan rancangan gusti yang memang menjadi kegemarannya.Keesokannya, Azim terasa amat berat untuk bangun. Sudah dua kali ibu Azim mengejutkannya, namun Azim masih terus berselimut.  Azim tersentak apabila matanya terpandang jarum jam yang sudah menunjukkan pukul 7.30 pagi.  Azim bingkas bangun lalu tergesa-gesa bersiap.  Dia hampir-hampir  tersungkur apabila kakinya terlanggar bucu katil. Sampai di sekolah, loceng sudah lama berbunyi.  Azim ternampak seorang pengawas dengan buku catatan di tangannya.Azim memasamkan mukanya apabila pengawas mencatat namanya.  Kali ini tentu dia akan didenda lagi.

Bil
Ayat
Nilai/ pengajaran

























pnshahrumdskfbt@gmail.com
 



PETIKAN 3
Ayah Saiful telah meninggal dunia. Sejak itu, kehidupan Saiful bersama ibu dan dua orang adiknya bergantung kepada usaha mereka. Walaupun hidup serba kepayahan, Saiful dan adik-adiknya sentiasa tenang dan tabah. Saiful sentiasa membantu ibunya melakukan pelbagai kerja untuk menyara kehidupan mereka sekeluarga.Setiap hari, selepas balik dari sekolah, Saiful akan membantu ibunya menjual kiuh-muih di warung tidak jauh dari rumah mereka. Walaupun kepenatan kerana melakukan pelbagai kerja, Saiful tidak pernah mengabaikan tanggungjawab sebagai murid. Dia sentiasa cemerlang dalam akademik dan kokurikulum.Justeru, tidak hairanlah Saiful sentiasa menerima pelbagai bantuan daripada rakan, guru dan persatuan bagi membantu membiayai perbelanjaan persekolahannya. Malah Saiful sering menjadi contoh oleh guru-guru kerana dia adalah murid cemerlang di sekolah.Sebagai abang, Saiful juga akan sentiasa memberikan  bimbingan kepada adik-adiknya dalam pelajaran. Saiful  mahu memastikan adik-adiknya juga cemerlang sepertinya.

Bil
Ayat
Nilai/ pengajaran


























PETIKAN 4
Pada suatu hari, Hamid pergi ke pasar. Dia dilanggar oleh sebuah motosikal ketika hendak melintas jalan. Kaki kirinya patah. Banyak orang menyaksikan kemalangan itu termasuk rakannya Amin.Amin berlari ke pondok telefon. Dia menelefon polis dan ambulans. Hamid dibawa ke hospital. Penunggang motosikal itu pula membuat laporan polis. Doktor dan jururawat merawat Hamid. Kakinya yang patah terpaksa disimen. Dia terpaksa tinggal di hospital selama dua minggu. Dia tidak dapat pergi ke sekolah.Hamid menyesal kerana terburu-buru ketika hendak melintas jalan. Dia sepatutnya menggunakan jejantas ataupun lintasan pejalan kaki apabila melintas jalan. Selepas kejadian pada hari tersebut, Hamid sentiasa berhati-hati ketika berada di jalan raya. Dia tidak mahu kemalangan yang menimpanya berulang.

Bil
Ayat
Nilai/ pengajaran

























pnshahrumdskfbt@gmail.com
 


PETIKAN 5
Di Asia, Nordin Jadi terkenal sebagai juara acara lumba lari 400 meter. Di Malaysia, beliau terkenal sebagai pelari terpantas. Begitulah kejayaan yang dicapai oleh Nordin Jadi dalam bidang olahraga. Minatnya dalam bidang olahraga bermula sejak sekolah rendah lagi. Beliau mendapat galakan daripada guru-gurunya di Sekolah Kebangsaan Paya Mas, Tangkak.Kemudian Nordin melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Tun Mamat, Tangkak. Ketika itu beliau berlatih dengan tekun dan gigih. Beliau mempunyai keyakinan bahawa usaha yang tekun dan gigih pasti memperoleh kejayaan. Kegigihan beliau telah mendapat perhatian pegawa-pegawai sukan. Beliau telah dipilih mewakili negara ke Kejohanan Sukan Sekolah Asean. Penglibatan beliau dalam bidang olahraga telah mengharumkan nama negara di seluruh Asia. Kejayaan yang diperoleh tidak menjadikan Nordin          jadi lupa daratan. Beliau masih tekun berlatih dan sentiasa       mendengar nasihat jurulatih walaupun sudah bergelar juara

Bil
Ayat
Nilai/ pengajaran



























PETIKAN 6
Rizal dan Hafiz berjalan ke pondok telefon untuk membuat panggilan kepada rakan mereka. Malangnya apabila mereka tiba di situ, mereka berasa hampa kerana telefon di pondok itu telah rosak. Di dinding pondok telefon itu juga terdapat beberapa kesan contengan. Mereka dapat mengagak perbuatan itu dilakukan oleh beberapa orang budak nakal yang tidak bertanggungjawab.
            Mereka berdua pernah terlihat beberapa orang budak nakal yang bermain-main di situ ketika mereka pulang dari sekolah. Mereka berdua bercadang untuk melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa. Mereka berharap setelah laporan itu dibuat, pihak berkuasa akan mengenakan tindakan yang sewajarnya kepada budak-budak yang tidak bertanggungjawab itu. Kemudahan awam yang disediakan oleh pihak kerajaan sepatutnya dijaga oleh semua golongan untuk kemudahan semua penduduk.

Bil
Ayat
Nilai/ pengajaran

























pnshahrumdskfbt@gmail.com
 


PETIKAN 7
Taman Seri Murni merupakan taman yang terkenal di daerah ini.  Taman ini terkenal kerana kebersihan dan aktiviti-aktiviti yang diadakan. Walaupun penduduknya terdiri daripada berbilang kaum namun mereka sentiasa bersatu padu.  Mereka hidup dengan harmoni.
Setiap dua bulan, mereka akan turun ke taman tersebut untuk membersihkan kawasan taman itu.  Mereka membersihkan longkang-longkang supaya pengaliran air tidak tersekat.  Air yang tersekat boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk.  Aktiviti yang mereka lakukan dapat mengatasi  masalah kekotoran taman, mereka juga dapat mengenali jiran setaman.
Aktiviti senam robik diadakan setiap hari Ahad.  Dengan senaman ini kesihatan penduduk terjamin.  Setiap bulan pula diadakan pemeriksaan kesihatan percuma oleh dua orang doktor yang mempunyai klinik di situ. Pemeriksaan kesihatan ini merupakan satu cara mereka menabur bakti kepada penduduk setempat

Bil
Ayat
Nilai/ pengajaran



























PETIKAN 8
Izmir seisi keluarga pulang ke kampung mereka di Kuala Kangsar, Perak.  Dia pulang dengan menaiki kereta. Sebelum memulakan perjalanan, terlebih dahulu ayah Izmir memeriksa keadaan keretanya. Setelah pasti semuanya berada dalam keadaan selamat, mereka pun memulakan perjalanan.
            Di sepanjang perjalanan melalui Lebuhraya Utara-Selatan, Izmir terpukau melihat  keindahan Banjaran Titiwangsa yang melatari pemandangan.  Selepas lebih tiga jam di perjalanan, merekapun sampai di kampung mereka.  Izmir bersalaman dengan neneknya sambil menghulurkan buah tangan yang dibawanya

Bil
Ayat
Nilai/ pengajaran

























pnshahrumdskfbt@gmail.com
 



PETIKAN 9
“Kau bacalah buku Ah Long, jangan asyik menonton televisyen saja . Peperiksaan dah semakin hampir. Kau tak nak berjaya ke macam anak Mak Cik Melah jiran kita tu,” rungut Puan Swee Mooi pada anaknya.“Alah mak ni, bisinglah. Tahulah saya nak baca buku.” Saban hari begitulah sikap Ah Long. Penat menonton dia berbasikal merayau-rayau bersama kawan-kawannya. Senja  baru dia pulang. Nasihat ibu langsung tidak dihiraukannya.
       Suatu petang,  Ah Long diajak berlumba. Dia yang pantang dicabar menyahut ajakan kawannya itu. Ah Long mengayuh basikal dengan lajunya. Malang tidak berbau. Ah Long hilang kawalan apabila terlanggar seekor anjing yang melintas secara tiba-tiba.
“Makkkk ........!”
            ”Anak encik perlu  menjalani beberapa ujian kerana otaknya mengalami sedikit gegaran akibat terhentak pada batang pokok semasa kemalangan itu. Dia akan sedar sedikit hari lagi. Sama-samalah kita berdoa,” pujuk doktor muda itu kepada Puan Swee Mooi sekeluarga. Air mata Puan Swee Mooi mengalir laju.
    
Bil
Ayat
Nilai/ pengajaran


























 PETIKAN 10

     Aminah sedang membaca buku sambil menunggu bas sekolahnya. Tiba-tiba dia dihampiri seorang pengemis. Pengemis itu meminta wang daripada Aminah.Aminah telah memberikan wang syiling baki wang sakunya kepada pengemis itu. Pengemis itu mengucapkan terima kasih sebelum pergi. Apabila bas sekolahnya tiba, Aminah beratur sebelum menaiki bas. Dia  memberikan peluang kepada murid-murid yang lebih kecil untuk menaiki bas dahulu. Ketika berada di dalam bas, dia ternampak seorang murid tahun  2 membuang sampah melalui tingkap bas. Dia telah menegur budak itu dan memberitahunya  bahawa perbuatan itu tidak wajar dilakukan kerana boleh menimbulkan berbagai-bagai kesan.

Bil
Ayat
Nilai/ pengajaran

























pnshahrumdskfbt@gmail.com
 


PETIKAN   11

Sahabatku Fadhil,
      Tujuan saya menulis warkah ini adalah untuk menceritakan pengalaman saya semasa menyertai lawatan ke Pulau Langkawi anjuran  Kelaab Bahasa Melayu sekolah saya. Kami memperolehi ilmu pengetahuan yang banyak.Setiap detik yang dilalui,kami manfaatkandengan mengunjungi tempat bersejarah seperti Beras Terbakar, Makam Mahsuri,  dan Pantai Pasir Hitam.Ketika menaiki Kereta Kabel Langkawi menuju ke puncak Gunung Machincang,Kami kagum akan keindahan alam semula jadi. Cuacanya sejuk manakala udaranya segar dan nyaman. Semasa di Pantai Cenang,kami meminta kebenaran untuk mandi tetapi guru pengiring melarang kami kerana ombak besar.Kami akur akan nasihat guru tersebut.Lawatan seterusnya ke “Underwater World”,iaitu tempat pelbagai jenis hidupan air dipamerkan.Kami berbaris sebelum masuk untuk mengelakkan kesesakan. Sebelum pulang kami singgah di Pekan Kuah untuk membeli-belah.Saya hanya membeli barang-barang yang perlu sahaja  kerana itulah yang dipesan oleh ibu .Saya juga membeli cenderamata untuk kawan-kawan dan keluarga.

Bil
Ayat
Nilai/ pengajaran


























PETIKAN   12

Sang Semut sering keluar mencari makanan untuk kumpulannya. Sang Semut bersungguh-sungguh dalam menjalankan tugas yang diberikan. Pada suatu hari, ketika Sang Semut asyik mencari makanan, Sang Semut telah terjatuh ke dalam sungai. Sang Semut dihanyutkan air dan hampir lemas. Sang Merbuk yang melihat kejadian itu segera menjatuhkan sehelai daun agar Sang Semut dapat berpaut. Sang Semut berjaya menyelamatkan dirinya dengan bantuan Sang Merbuk.  Pada suatu pentang, Sang Semut terlihat seorang pemburu sedang mengacukan senapang ke arah Sang Merbuk. Sang Semut segera mengigit kaki pemburu itu. Pemburu terkejut lalu tembakannya tersasar. Sang Merbuk segera terbang untuk menyelamatkan diri. Sang Merbuk mengucapkan terima kasih kepada Sang Semut.  Sejak peristiwa itu, Sang Semut dan Sang Merbuk bersahabat baik.

Bil
Ayat
Nilai/ pengajaran

























pnshahrumdskfbt@gmail.com
 


PETIKAN   13
Ana          : Apa khabar, Halim?
Halim       : Beransur baik sekarang. Cuma badan saya masih lemah dan tidak berselera untuk makan.
Ana          : Awak mesti makan, jangan turutkan hati. Makanan di sini berkhasiat. Kalau tak makan,                              bagaimana nak sihat?
Halim       : Terima kasih atas ingatan awak.
Ana          : Eh, tentulah! Kita berkawan mestilah saling mengingati.
Halim       : Apa khabar kawan-kawan kita?
Ana          : Oh, semuaya baik belaka! Mereka mendoakan supaya awak segera sembuh. Apa kata soktor                                tentang  penyakit awak?
Halim       : Doktor mengatakan bahawa saya disyaki menghidap demam denggi.
Ana          : Oh, begitu! Penyakit demam denggi ini berpunca daripada nyamuk aedes. Kita mesti pastikan                               air tidak bertakung agar nyamuk aedes tidak membiak.
Halim       : Betul tu, Ana. Semua pihak perlu menjaga kebersihan persekitaran.
Ana          : Baiklah, Halim. Saya minta diri dulu. Saya dah berjanji dengan ibu saya untuk pulang awal. Ini                                 ada beberapa buah buku yang boleh awak baca untuk menghilangkan rasa bosan awak.
Halim       : Terima kasih, Ana. Sekurang-kurangnya buku ini boleh mengisi masa lapang saya di sini.                            Berhati-hati  semasa pulang. Sampaikan salam saya kepada kawan-kawan dan keluarga
                     awak.      
Bil
Ayat
Nilai/ pengajaran


























PETIKAN   14
Ketika berjalan ke sekolah untuk menghadiri latihan sukan, aku terjumpa sebuah dompet. Aku membuka dompet itu untuk mengetahui siapa pemiliknya. Di dalam dompet itu terdapat wang yang banyak dan dokumen penting. Aku berfikir sejenak sambil melihat sekeliling sekiranya ada orang yang sedang mencari-cari dompetnya.
Tiba-tiba rakanku datang dan aku memberitahunya tentang dompet tersebut. Dia menyuruh aku mengambil sahaja dompet itu. Aku tidak berani untuk berbuat demikian. Aku teringat akan pesanan ibu bapaku agar tidak mengambil barang kepunyaan orang lain.
Aku membuat keputusan untuk menyerahkan dompet tersebut kepada guru bertugas, iaitu Cik Rani. Beliau telah membawa aku berjumpa dengan guru besar. Guru besar memuji tindakan yang telah aku lakukan itu.
Bil
Ayat
Nilai/ pengajaran






















pnshahrumdskfbt@gmail.com
 




PETIKAN   15

Nani murid yang sentiasa mengambil berat tentang pelajaranya. Pada masa yang sama dia mempunyai pelbagai hobi. Mengumpul setem adalah antara hobi yang paling digemarinya. Dia memiliki lima buah album setem yang disimpan di dalam almari yang berkunci.  
Setem yang dikumpulkannya diperoleh daripada beberapa buah negara. Nani bertukar-tukar setem dengan kawan-kawan sekolahnya dan sahabat pena dari negeri-negeri di Malaysia dan luar negara.  Kini dia memiliki pelbagai setem dan mempunyai ramai kawan.
Melalui hobinya, Nani dapat mengetahui berbagai-bagai maklumat tentang negara luar seperti mata wang, kebudayaan, makanan dan pemimpin negara.  Dia amat gembira kerana hobinya mendatangkan banyak faedah. Di samping itu, dia dapat mengelakkan dirinya daripada terlibat dengan perkara-perkara yang tidak bermanfaat dan membuang masa.

Bil
Ayat
Nilai/ pengajaran


























PETIKAN   16

 Semasa kakak pergi bekerja, adik telah masuk ke bilik kakak dan bermain-main di situ. Sedang asyik bermain, tiba-tiba adik ternampak sebuah cenderamata kepunyaan kakak yang diperbuat daripada kaca. Cenderamata itu ialah pemberian kawan kakak yang baru pulang dari luar negeri.
                Saya telah melarang adik supaya tidak bermain-main dengan cenderamata itu tetapi adik tidak mengendahkannya. Tiba-tiba, cenderamata itu terlepas dari tangan adik dan terhempas di lantai lalu pecah berderai. Emak memarahi adik.
                Sebelah petang, kakak pulang dari tempat kerja. Kakak sungguh sedih apabila mengetahui cenderamata kesayangannya telah pecah. Adik meminta maaf dan berjanji tidak akan mengusik barang-barang kepunyaan kakak lagi.

Bil
Ayat
Nilai/ pengajaran

























pnshahrumdskfbt@gmail.com
 



PETIKAN   17

Luqman bangun lewat pada pagi itu kerana dia menonton televisyen hingga larut malam. Dia tidak sempat bersarapan. Dia terus mencapai basikal untuk pergi ke sekolah tanpa bersalam dengan ibu dan bapanya. Tiba di persimpangan jalan, dia tidak menghiraukan lampu merah lalu terus memecut ke sekolah. Mujurlah tiada kenderaan ketika itu. Sesampainya di hadapan sekolah, murid-murid telah berada di tapak perhimpunan. Dia terus berlari ke tapak perhimpunan tanpa mengunci basikalnya. Sedang semua murid menyanyi lagu “Negaraku” , dia masih lagi berlari untuk masuk ke dalam barisan. Ketika hendak pulang ke rumah, dia mendapati bahawa basikalnya telah hilang. Dia telah diberi peluang tumpang oleh rakan untuk pulang ke rumah.

Bil
Ayat
Nilai/ pengajaran


























PETIKAN 18
Menemui sahabatku, Amira yang berada di Kuala Terengganu agar sentiasa sihat.
Saudari,
Tujuan saya menulis surat ini ialah untuk menceritakan pengalaman saya yang menyertai lawatan sekolah ke Pulau Pinang semasa cuti sekolah yang lalu.
Untuk pengetahuan saudari, saya dan rakan  rakan menggunakan masa lawatan dengan sebaik-baiknya kerana banyak tempat yang akan kami lawati. Saya begitu terpegun melihat keindahan pantai Batu Feringgi yang sungguh cantik. Ketika di pantai Batu Feringgi  itu, saya meminta kebenaran daripada guru untuk mandi. Namun begitu, guru tidak membenarkan kerana agak berbahaya. Saya dan rakan akur mendengar nasihat guru.
Selepas bersantai di pantai Batu Feringgi, kami menuju ke Bukit Bendera. Kami semua berbaris sebelum masuk ke dalam kereta api untuk naik ke Bukit Bendera. Sampai di puncak Bukit Bendera, kawan kawan saya membeli barang barang kraftangan. Saya hanya membeli barang barang yang saya fikir murah dan menarik sahaja kerana ibu selalu berpesan agar jangan boros ketika berbelanja. Namun begitu, saya tidak lupa membelikan cenderamata untuk saudari. Oleh itu , saya harap saudari sudi menerimanya.

Bil
Ayat
Nilai/ pengajaran

























pnshahrumdskfbt@gmail.com
 



PETIKAN 19
Kamil diminta oleh ibunya pergi ke kedai membeli garam dan gula. Selalunya Kamil akan mengayuh basikal tetapi petang itu dia mengambil keputusan untuk berjalan kaki sahaja. Tambahan pula, sekarang dia sedang giat menjalani latihan sukan olahraga di sekolah. Sekurang-kurangnya dia dapat meningkatkan kecergasan dirinya.
Kamil seorang yang bijak. Dia selalu menjadi rujukan kepada rakan-rakan sekelasnya. Kelebihan yang dimilikinya itu tidak sedikit pun membuatkan dia meninggi diri. Malahan, dia sentiasa sahaja memberi pandangan dan tunjuk ajar apabila diperlukan oleh rakan-rakannya.
Dalam kalangan rakan-rakan, Kamil juga dikenali dengan gelaran ”orang besi”. Panggilan ini disebabkan Kamil telah dipilih sebagai pemain terbaik dalam pertandingan ragbi peringkat negeri. Kamil juga seorang pelari pecut sekolah. Sehingga hari ini, tiada seorang pelajar yang dapat menandingi kepantasan Kamil ketika berlari. Kamil mempunyai cita-cita yang tinggi. Dia ingin mencapai kejayaan dalam akademik dan ingin menjadi ahli sukan yang berpendidikan tinggi. Dia juga bertekad mengharumkan nama negara dalam bidang sukan suatu hari nanti. 

Bil
Ayat
Nilai/ pengajaran


























PETIKAN 20
Esok,  16 Mei merupakan hari yang dinanti-nantikan oleh Amira. Hari Guru yang akan disambut esok cukup bermakna baginya. Dia ingin meraikan sambutan Hari Guru itu sebagai mengenang jasa dan pengorbanan gurunya. Dia tidak sabar-sabar lagi menantikan kemunculan hari yang penuh bermakna itu. Amira berhasrat untuk memberikan sekuntum bunga mawar dan sekeping kad sempena hari tersebut kepada guru kesayangannya, Cikgu Nadia. Amira tahu bahawa gurunya pasti gembira dengan pemberian ikhlas itu. Dia juga sedar bahawa bukan sekadar pemberian sekuntum bunga mawar serta sekeping kad yang menjadi ukuran tanda dia menghormati serta patuh kepada gurunya. Dia juga berazam untuk mematuhi disiplin serta belajar dengan bersungguh-sungguh. Peningkatan prestasi akademiknya dalam semua mata pelajaran UPSR nanti pasti akan membuatkan gurunya menjadi lebih gembira. Sambutan Hari Guru tahun ini membuatkan Amira lebih bersemangat demi mencapai cita-cita murni serta impiannya di samping ingin merealisasikan harapan ibu bapa dan guru-gurunya.

Bil
Ayat
Nilai/ pengajaran






















pnshahrumdskfbt@gmail.com
 



PETIKAN 21

Imran berjanji kepada dirinya akan belajar bersungguh-sungguh. Kegagalannya untuk masuk ke kelas Tahun Enam Bestari iaitu kelas yang pertama tidak mematahkan semangatnya. Dia yakin bahawa dia akan berjaya dengan cemerlang dalam UPSR hujung tahun nanti.
       Oleh itu, Imran bertekad untuk membaiki kelemahan dan menebus kesilapan yang telah dilakukannya. Sejak awal tahun lagi, Imran sudah membuat persiapan. Dia mengulangkaji pelajaran tahun empat dan tahun lima. Dia turut membuat latihan serta mencuba menjawab soalan-soalan peperiksaan UPSR. Dia tidak malu untuk bertanya kepada guru jika dia kurang memahami sesuatu pelajaran atau menghadapi masalah.
         Selain itu, Imran dan rakan-rakannya menubuhkan kumpulan belajar. Mereka sering mengadakan perbincangan tentang sesuatu pelajaran. Mereka turut menjawb soalan-soalan peperiksaan UPSR pada tahun sebelumnya. Melalui perbincangan ini Imran dan rakan-rakanya dapat memahami setiap pelajaan diajarkan dengan mendalam lagi. Disamping itu, mereka yang mahir tentang sesuatu pelajaran  dapat membantu rakan yang lemah. Pada masa lapang,Imran akan berkunjung ke perpustakaan untuk mengulangkaji pelajaran atau membuat rujukan.

Bil
Ayat
Nilai/ pengajaran



























PETIKAN 22
Pada pagi itu Kamal tergopah-gapah untuk ke sekolah kerana terlewat bangun. Oleh itu dia tidak sempat bersarapan. Selepas bersalam dengan ibu, dia terus berjalan kaki menuju ke rumah Kumar yang terletak tidak jauh dari rumahnya. Mereka telah bercadang untuk pergi bermandi di sungai. Oleh itu mereka telah menuju ke sebatang sungai yang terletak jauh dari rumah mereka. Mereka menukar pakaian lalu bermandi di sungai itu. Setelah puas bermandi, mereka berasa lapar. Dengan itu mereka mencuri buah rambutan di sebuah dusun buah-buahan yang berhampiran dengan sungai itu. Apabila sampai waktu tengahari, Kamal dan Kumar pulang ke rumah bersama kawan-kawan lain yang balik dari sekolah.

Bil
Ayat
Nilai/ pengajaran

























pnshahrumdskfbt@gmail.com
 
PETIKAN 23

Esok Hari Raya Aidil Fitri akan menjelang. Aku sekeluarga sibuk melakukan persiapan akhir untuk menyambut kedatangannya. Sejak pagi lagi, ibu tidak menang tangan menyediakan pelbagai juadah. Aku dan kakak turut membantu ibu di dapur. Kali ini ib memasak ketupat, rendang daging, gulai ayam dan kuah kacang. Ibu turut menyediakan makanan kegemaranku iaitu lontong.

Di belakang rumah ayah dan abang sedang sibuk mengacau dodol. Tahun ini merupakan tahun kedua kami menyediakan dodol sebagai juadah hari raya. Adik-adikku pula bersorak riang sambil bermain bunga api di halaman rumah.

“Baik-baik bermain bunga api itu!” jerit ibu yang turut menjenguk keluar tingkap. Dalam kesibukan di dapur, ibu tetap bimbang akan keselamatan ketiga-tiga orang adikku itu. Selepas membantu ibu akau beralih ke ruang tamu pula. Aku menyusun kad-kad ucapan hari raya yang telah diterima daripada sanak-saudara dan rakan-taulan yang kusayangi Kad-kad itu aku gantungkan pada ranting pokok yang diletakkan di dalam pasu bunga. 

Bil
Ayat
Nilai/ pengajaran


























PETIKAN 24
Pada hari minggu, keluarga Faridah sibuk dengan aktiviti masing-masing. Ibubapanya menghadiri satu majlis perkahwinan. Mereka berpesan kepada Faridah agar menjaga adik-adiknya yang seramai tiga orang di rumah. Di rumah, Faridah terpaksa mengemas rumah, memasak, menyiram pokok bunga, memandikan adik-adik dan memberi mereka makan. Faridah melakukan semua pekerjaan itu dengan penuh rasa tanggungjawab. Adik-adiknya sangat patuh kepada arahan kakak mereka. Ketiga-tiga adik Faridah juga rajin menolong meringankan beban Faridah. Faridah mengucapkan terima kasih kepada adik-adiknya kerana sudi meringankan tanggungjawabnya pada hari itu. Dia bersyukur kerana dikurniakan dengan ibubapa yang baik dan adik-adik yang ringan tulang

Bil
Ayat
Nilai/ pengajaran

























pnshahrumdskfbt@gmail.com
 


PETIKAN 25

Izzat seorang anak yang baik. Dia sentiasa mendengar kata ibu bapanya. Dia juga tidak pernah meninggikan suara apabila bercakap dengan orang tuanya. Adam, adiknya pula suka bergaduh dengan Ali, jiran mereka. Izzat selalu memberi nasihat kepada Adam supaya jangan berbuat demikian. Selain itu, Izzat juga sering menegur sikap Adam yang selalu terlupa membasuh tangan sebelum makan dan suka membeli makanan dan minuman di warong yang kotor. Sikap Adam yang menggemari makanan manis, berminyak dan tidak berkhasiat juga tidak disenangi oleh Izzat. Dia selalu mengingatkan adik kesayangannya itu supaya mengamalkan pemakanan yang seimbang.

Bil
Ayat
Nilai/ pengajaran




























PETIKAN 26

Jamil murid Tahun 4 Hijau. Setiap hari dia datang ke sekolah dengan pakaian yang kotor dan tidak kemas. Setiap hari dia sampai ke sekolah setelah loceng berbunyi. Apabila ditegur oleh guru kelas, dia asyik memberi pelbagai alasan. Semasa guru-guru mengajar, dia tidak menumpukan perhatian malah mengganggu murid-murid yang lain. Latihan yang diberi oleh guru tidak disiapkan. Murid-murid dalam kelasnya selalu mengadu barang-barang mereka hilang. Apabila disiasat, Jamil tidak pernah mengakui bahawa dia yang melakukannya. Dia juga berani melawan guru. Walaupun beberapa kali telah didenda oleh guru disiplin. Murid-murid dalam kelasnya tidak suka berkawan dengannya. Mereka takut pada Jamil.

Bil
Ayat
Nilai/ pengajaran


























p



 PETIKAN 27

Ibu menyuruh Melati ke kedai Pak Naim untu membeli tepung dan gula. Dengan marah Melati menunggang basikal ke kedai Pak Naim. Dia menunggang basikal sambil melepaskan sebelah tangan. Setibanya di kedai, dia pun membeli tepung dan gula. Dia juga membeli gula-gula dan aiskrim. Selepas dia habis makan aiskrim dan gula-gula, dia pun terus menunggang basikal ke rumahnya. Dalam perjalanan ke rumah, dia singgah sebentar di tepi sungai yang berhampiran lalu bermain-main selama beberapa jam.Kemudian,barulah dia pulang ke rumah. Sesampai di rumah dia menyerahkan tepung dan gula kepada ibunya. Wang bakinya tidak dipulangkan. Apabila ibu bertanya akan wang bakinya, dia memberikan alasan wangnya hilang lalu lari ke rumah jirannya semula. 

Bil
Ayat
Nilai/ pengajaran



























PETIKAN 28

Apabila  balik  dari  sekolah,  Liza  mengeluarkan buku-buku barunya  dari  beg.  Kakaknya  berkata, “Biar kak tolong kamu balut buku-buku kamu itu.” Liza menjawab, “Terima kasih, kak. Biar saya sendiri yang membalut buku-buku ini.”  Liza  merupakan  anak   yang  suka  menolong  ibu  dan  ahli keluarganya  yang  lain.  Liza  selalu  menolong  ibunya   mencuci pinggan  mangkuk,  melipat kain dan mengemas rumah. Liza juga membantu ayahnya mencuci kereta. Setiap pagi sebelum mandi , dia akan mengemas bilik tidurnya supaya    kelihatan    kemas   dan   bersih.  Dia   sentiasa   menjaga kebersihan diri. Rambutnya diikat kemas, kukunya dipotong dan dia sentiasa menjaga kebersihan pakaiannya. 
Pada hari minggu, Liza dan keluarganya selalu bersama-sama membersihkan rumah dan menanam pokok-pokok bunga. Terdapat pelbagai jenis pokok bunga di halaman rumahnya. Menanam pokok bunga merupakan hobi keluarga mereka. Kawasan tempat tinggal mereka sentiasa kelihatan bersih dan cantik.

Bil
Ayat
Nilai/ pengajaran

























pnshahrumdskfbt@gmail.com
 


PETIKAN 29
Kempen budi bahasa dan nilai-nilai murni telah dilancarkan oleh Perdana Menteri. Kempen ini bertujuan untuk memupuk sifat-sifat hormat-menghormati,sayang- menyayangi, bantu-membantu di kalangan masyarakat Malaysia .Itu amat dialu-alukan oleh banyak pihak kerana amalan nilai-nilai murni yang semakin kurang diamalkan terutamanya di kalangan muda mudi.Perkara sebegini sememangnya penting bagi kita kerana tanpa budi bahasa yang baik tidak ada gunanya sesebuah negara itu maju tinggi melangit tanpa rakyat yang berdisiplin.
Rakyat berdisiplin akan melahirkan sebuah negara maju yang disegani contohnya negara Jepun.Kemajuan negara Jepun dalam pelbagai bidang amat dikagumi oleh negara-negara barat .

Bil
Ayat
Nilai/ pengajaran




























PETIKAN 30
Sebagai seorang murid yang bertanggungjawab mestilah berdisiplin dengan bangun awal untuk pergi ke sekolah.Selain itu, kita hendaklah jujur terhadap ibu bapa kerana menipu ibu bapa adalah perbuatan yang tidak baik. Di samping itu, kita perlulah rajin pergi ke sekolah.Jika ponteng sekolah kita akan tertinggal dalam pelajaran. Kita juga patutlah tekun berusaha kerana masa depan kita akan menjadi gelap jika kita tidak mementingkan pelajaran.Akhir sekali, kita sewajarnya  amanah iaitu tidak mencuri harta benda orang lain . Perbuatan sedemikian akan mencemarkan nama baik keluarga. 

Bil
Ayat
Nilai/ pengajaran


























pnshahrumdskfbt@gmail.com
 
 









PETIKAN31
Sudah tiga hari Cikgu Adira tidak datang ke sekolah. Hati Fatihah tertanya-tanya tentang gurunya itu. Sakitkah dia ? Jika sakit, sakit apa ? Rasa ingin tahu dan rindu terhadap guru itu berbaur di hatinya. Rumah Cikgu Adira selang 12 rumah dari rumahnya dan kini rumah guru yang disayangi itu sudah berada di depannya.
        Setelah dua kali memberi salam, akhirnya pintu terbuka. Apabila pintu terbuka, alangkah terkejutnya dia melihat wajah Cikgu Adira yang sugul dan pucat.
        “Saya datang hendak melawat cikgu. Saya risau memikirkan cikgu,” kata Fatihah, ikhlas. Cikgu Adira tersenyum. Kata-kata anak muridnya itu berjaya menghiburkan hatinya. Setelah dibenarkan masuk, Fatihah masuk ke rumah teres dua tingkat itu.
        “Cikgu tidak berapa sihat. Cikgu berharap sepanjang cikgu tiada, anak-anak murid cikgu tetap tekun belajar,” kata Cikgu Adira. Fatihah mengangguk mendengar kata-kata cikgunya itu.

Bil
Ayat
Nilai/ pengajaran


























PETIKAN 32
Kehilangan ayahnya meninggalkan kesan dalam hidup Razali. Kini, dia menjalanikehidupan yang amat mencabar sebagai anak yatim. Walau bagaimanapun, diatetap meneruskan persekolahan kerana itu merupakan amanah arwah ayahnyayang berkehendakkan Razali belajar bersungguh— sungguh hingga berjaya.
Kejayaan sebenarnya bukan datang bergolek, tetapi perlu ditagih melalui usaha gigih tanpa mengenal jemu. Razali tidak menjadikan kemiskinan sebagai alasan untuk mengabaikan pelajaran. Demi mencapai kejayaan, dia terpaksa berpisah sementara dengan ibu dan tiga orang adiknya. Dia tinggal di RumahAnak-anak Yatim Semai Bakti. Dia ingin membuktikan bahawa murid miskinmampu mencapai keputusan akademik yang cemerlang.
Hari  demi  hari  Razali  berusaha  gigih  untuk  mencapai  keputusan  yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR nanti. Dia tidak mahu menghampakan harapan ibunya. Razali bertekad untuk mencapai cita-citanya menjadi seorang peguam pada suatu hari nanti.

Bil
Ayat
Nilai/ pengajaran

























pnshahrumdskfbt@gmail.com
 


PETIKAN33
SUBANG JAYA,6 Mei – Datuk Zawawi Mohd Zain,Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor telah merasmikan Hari Penyampaian Hadiah Sekolah Kebangsaan Seri Selangor pada petang semalam. Majlis yang dihadiri lebih 600 orang ibu bapa itu bertujuan untuk mengiktiraf pencapaian murid dalam bidang akademik dan kokurikulum.
         “Kita menghargai murid-murid yang bersungguh-sungguh belajar sehingga mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR. Kita juga menghargai kegigihan murid melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum. Kejayaan mereka tidak akan tercapai tanpa sokongan guru dan dorongan ibu bapa,” kata Datuk Zawawi ketika merasmikan majlis tersebut.
         Selain upacara penyampaian hadiah, tetamu dihidangkan dengan persembahan kebudayaan daripada murid-murid yang terdiri daripada pelbagai kaum. Tetamu terhibur melihat kecekapan murid-murid mempersembahkan tarian zapin, inang, dan persembahan koir.

Bil
Ayat
Nilai/ pengajaran


























PETIKAN 34
Ketika berjalan menuju ke sekolah, aku terjumpa sebuah dompet. Aku mengambil dompet itu lalu membukanya untuk mengetahui pemiliknya . Aku dapati di dalam dompet tersebut terdapat beberapa keping wang kertas RM50 dan dokumen-dokumen penting. Tiba-tiba, datang seorang kawanku iaitu Kamal menyuruh supaya aku mengambil wang tersebut.Namun begitu ,aku tidak berani berbuat demikian kerana ibuku pernah berpesan jangan mengambil kepunyaan orang lain. Akhirnya,aku mengambil keputusan menyerahkan dompet tersebut kepada guru bertugas pada hari itu iaitu Cikgu Karim. Beliau telah membawa aku berjumpa dengan Guru Besar.Guru Besar memuji-muji tindakan yang telah aku lakukan.

Bil
Ayat
Nilai/ pengajaran




























 
 






PETIKAN 35
Encik Azman seorang yang rajin. Dia bekerja sebagai pengawal keselamatan. Dia bertugas di sebuah bank. Dia sentiasa membantu pelanggan bank tersebut. Dia juga menolong orang-orang tua mengisi borang atau berurusan dengan pihak bank. Adaketikanya, dia tidak berkesempatan untuk berehat kerana ramai pelanggan yang berurusan dengan pihak bank. Pada hujung minggu En.Azman  akan ke kebun miliknya yang terletak tidak jauh dari rumahnya. Di kebunnya terdapat pelbagai jenis pokok buah-buahan yang ditanamnya. Pada musim buah-buahan dia akan menjual buah-buahan di pasar malam. Hasil jualan ini sebagai sumber pendapatan sampingan keluarganya. Di samping itu En.Azman juga mengusahakan ternakan ayam.Dengan ini, dapat menambahkan lagi pendapatan keluarganya.

Bil
Ayat
Nilai/ pengajaran



























PETIKAN36
Pada hari Sabtu yang lalu, Siti dan Amira pergi ke  bandar.  Mereka pergi menaiki bas. Ketika di dalam bas, mereka melihat seorang tua sedang berdiri. Siti memberikan tempat duduknya kepada orang tua itu. Orang tua itu mengucapkan terima kasih kepada Siti. Ketika turun dari bas, mereka memberi laluan kepada orang tua itu dahulu. Selepas itu, mereka melintas jalan dan pergi ke kedai buku. Mereka ke kedai itu untuk membeli buku ulangkaji UPSR. Mereka bercita-cita menjadi seorang pelajar yang cemerlang,gemilang dan terbilang.  Di samping itu,  setelah tamat persekolahan di sekolah rendah mereka ingin meneruskan pelajarannya ke sekolah berasrama penuh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Bil
Ayat
Nilai/ pengajaran




























 







No comments :