Rain


30/11/2014

Sambutan Hari Guru

Sekolah kamu telah mengadakan sambutan Hari Guru. Tuliskan catatan lengkap tentang aktiviti sambutan Hari Guru yang telah dijalankan pada hari tersebut.

Isnin, 16 Mei 2014

7.45 pagi
Semua guru diarak ke dewan diiringi paluan kompang bagi meraikan sambutan Hari Guru 2014 . Dalam keadaan ceria, semua guru mengambil tempat masing-masing.

8.00 pagi
Acara dimulakan dengan ucapan daripada Guru Besar . Seterusnya, Puan Shahrum dan Encik Fauzi membaca perutusan daripada dan Menteri Pelajaran Malaysia dan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Dalam kedua-dua perutusan tersebut, terdapat saranan agar masyarakat menghormati dan mengenang jasa guru.

9.00 pagi
Sukaneka dimulakan dengan acara galah panjang. Selain itu, terdapat pelbagai acara sukaneka lain yang diubahsuai daripada sukan tradisonal. Semua guru termasuk guru besar turut mengambil bahagian dengan penuh bersemangat.

10.30 pagi
Majlis berhenti rehat . Murid-murid dan para guru menikmati ais krim dan pelbagai jenis kuih muih di kantin sekolah. Acara memotong kek sumbangan para waris turut disempurnakan oleh guru besar di kantin sekolah.

11.00 pagi
Sambutan diteruskan lagi dengan acara persembahan yang diadakan di dewan sekolah. Beberapa orang murid dan guru mengambil bahagian dalam acara nyanyian dan lakonan . Setiap persembahan mendapat tepukan gemuruh daripada semua murid.

12.45pagi

Sebagai penutup, diadakan acara penyampaian hadiah kepada guru-guru. Ramai juga murid yang memberi hadiah kepada guru kesayangan meraka. Kemudian semua murid dan guru pulang dengan hati yang gembira.

No comments :