Semasa kamu dan rakan kamu berjalan
pulang dari sekolah. Kamu telah ternampak seorang kanak-kanak terjatuh ke dalam
sungai. Tuliskan tindakan yang kamu
lakukan.
Semasa saya dan Zaim berjalan pulang dari sekolah, kami telah terdengar suara kanak-kanak menjerit. Setelah disiasat, didapati sekumpulan kanak-kanak kecil sedang menjerit-jerit meminta pertolongan kerana salah seorang rakan mereka tergelincir ke dalam sungai.
Semasa saya dan Zaim berjalan pulang dari sekolah, kami telah terdengar suara kanak-kanak menjerit. Setelah disiasat, didapati sekumpulan kanak-kanak kecil sedang menjerit-jerit meminta pertolongan kerana salah seorang rakan mereka tergelincir ke dalam sungai.
Saya lihat kanak-kanak yang jatuh
itu berpaut pada rumput-rumpai di tebing sungai. Saya segera menyuruh Zaim
berlari ke jalan besar untuk mendapatkan bantuan. Sementara itu, saya cuba
menghulurkan tangan untuk menarik kanak-kanak itu naik. Usaha saya gagal kerana
tebing sungai itu sangat tinggi dan licin.
Lantas saya meminta salah seorang
kanak-kanak di situ mematahkan ranting pokok. Saya menghulurkan ranting
tersebut hingga dapat dicapainya. Namun seketika kemudian, pautannya terlepas
kerana arus sungai yang deras. Kanak-kanak itu hanyut dibawa arus. Tangannya
terkapai-kapai.
Dalam keadaan kelam-kabut itu, Zaim
kembali bersama seorang pemuda. Pemuda itu segera terjun ke dalam sungai. Dia
dapat mencapai kanak-kanak tersebut dan menariknya ke tebing. Saya menghulurkan
tangan untuk membantu pemuda itu.
Di tepi sungai, saya membantu pemuda itu
menepuk-nepuk badan kanak-kanak itu supaya memuntahkan air yang tertelan. Saya
juga turut memujuk rakan-rakannya yang menangis ketakutan sambil menasihati
mereka supaya tidak bermain berhampiran sungai lagi.
Kanak-kanak yang
lemas itu telah dibawa ke hospital oleh orang ramai. Ibu bapanya yang datang
sejurus kemudian telah mengucapkan terima kasih kepada kami yang telah membantu
menyelamatkan anaknya.
No comments :
Post a Comment