Rain


10/01/2015

PENGUMUMAN!!!!

KEPADA SEMUA MURID TAHUN 6 2015 .

TUGASAN SEMASA CUTI YANG DIBERI HENDAKLAH DISIAPKAN DAN DISERAHKAN KEPADA GURU BAHASA MALAYSIA (KARANGAN) DAN GURU KELAS (BUKU PINK)
PADA MINGGU KEDUA PERSEKOLAHAN.

JADI,
        BAGI SESIAPA YANG BELUM LENGKAP, ANDA MASIH  MEMPUNYAI MASA.
TERUSKAN TUGASAN ANDA HINGGA SELESAI.

INGAT!! USAHA TANGGA KEJAYAAN.
   

Laporan Hari Kantin

LAPORAN HARI KANTIN SEKOLAH KEBANGSAAN FELDA BUKIT TANGGA

Baru-baru ini, Sekolah Kebangsaan Felda Bukit Tangga telah mengadakan Hari Kantin. Semua pelajar Sekolah Kebangsaan Felda Bukit Tangga telah melibatkan diri. Para Waris juga telah turut memeriahkan Hari Kantin yang diadakan.
            Tujuan Hari Kantin diadakan adalah untuk melatih para pelajar dalam bidang keusahawanan dan perniagaan. Selain itu, sekolah akan memperoleh keuntungan hasil daripada jualan pada hari tersebut.  Wang keuntungan akan diagihkan kepada persatuan-persatuan untuk menjalankan aktiviti sepanjang tahun.
            Terdapat 15 gerai jualan telah didirikan. Setiap gerai diberi tanggungjawab kepada persatuan dan kelab untuk menguruskan jualan. Ada gerai yang menjual makanan, minuman, bahan bacaan dan barangan kraf tangan. Gerai yang paling laris ialah gerai yang menjual rojak madu.
            Selain daripada gerai jualan, turut diadakan peraduan meneka jumlah guli,pertandingan mereka cipta model bangunan dan perlawanan permainan tradisional . Setiap orang yang hadir boleh mengambil bahagian dengan dikenakan bayaran tertentu. Aktiviti yang diadakan mendapat sambutan yang hangat daripada orang ramai.
            Hari Kantin yang diadakan ini telah mencatat keuntungan yang begitu memuaskan. Gerai Doktor Muda telah diumumkan sebagai gerai terbersih dan terlaris. Manakala Kelab Bahasa Malaysia telah dipilih sebagai Kumpulan Usahawan Berjaya.

Kejayaan Hari Kantin Sekolah Kebangsaan Felda Bukit Tangga  adalah hasil kerjasama semua. Dalam ucapan penutupan, Encik Alias b Bahadon, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Felda Bukit Tangga telah merakamkan rasa syukur dan beliau berterima kasih kepada terlibat. Beliau juga telah mengisytiharkan Hari Kantin sebagai aktiviti tahunan Sekolah Kebangsaan Felda Bukit Tangga mulai tahun 2014.

Laporan disediakan oleh:
Hanis EXo
.............................
(Nur Hanis bt Rosli)
Setiausaha Persatuan Bahasa Malaysia,
Sekolah Kebangsaan Felda Bukit Tangga.