Rain


30/11/2014

Catatan bercuti di kampung

SOALAN : Kamu telah pulang ke kampung sempena cuti persekolahan. Tulis catatan tentang aktiviti yang dilakukan sepanjang berada di kampung.

Selasa, 1 Julai 2014
Aku dan abangku menaiki bas Ekspres Melati untuk pulang ke kampung datukku di Lenggong, Perak. Kami membawa beg pakaian masing-masing dan buah tangan kiriman ibu dan ayah. Kami sampai di kampung setelah empat jam perjalanan.
Rabu, 2 Julai 2014
Sejak awal pagi lagi datuk telah mengajak aku dan abang aku ke dusun. Di dusun, kami melihat banyak jenis buah yang telah masak. Buah-buahan itu kami kait dan dibawa pulang ke rumah. Aku begitu seronok dapat menikmati buah-buahan sepuas-puasnya.
Khamis, 3 Julai 2014
Datuk membawa kami ke sungai untuk menjala ikan. Aku membawa batang joran yang dibuat oleh datuk daripada batang bambu. Aku sungguh bangga kerana ikan yang kami pancing, dimasak oleh nenek untuk hidangan makan tengah hari kami.
Jumaat, 4 Julai 2014
Jiran datuk akan mengadakan majlis kenduri kahwin anaknya pada esok hari. Aku dan abang turut membantu memasang khemah dan menyusun kerusi dan meja. Aku sungguh seronok melihat kerjasama yang ditunjukkan oleh penduduk kampung ini.

Sabtu, 5 Julai 2014
Kami bersiap-siap untuk pulang semula ke bandar. Selepas makan kenduri di rumah jiran datuk, aku dan abang menaiki teksi untuk pulang ke pangkuan ibu bapa kami.Aku bersalaman dan berpelukan dengan nenek dan datuk. 

No comments :