Kata
Penguat
Kata penguat hadapan
(paling, agak,terlalu)
pat
1.Kereta itu bergerak agak perlahan.
2.Saya paling benci
akan bau busuk.
3.Dia sudah terlalu tua
untuk bekerja.
Kata penguat belakang
(benar, sekali, nian,betul) bsnb
(benar, sekali, nian,betul) bsnb
1. Sakit benar kaki
saya ini.
2.Susah betul soalan
Sejarah ini.
3.Indah nian pemandangan
senja di kampung nelayan ini.
4.Berat sekali beg
ini.
Kata penguat bebas
(amat, sangat, sungguh) ass
(amat, sangat, sungguh) ass
1a.Pokok pinang ini amat tinggi.
1b.Pokok pinang ini tinggi amat.
2a.Suara Mira sangat merdu.
2b.Suara Mira merdu sangat.
3a.Guru kami sungguh baik.
3b.Guru kami baik sungguh.
Penggunaan kata penguat bebas seperti amat,
sangat dan sungguh bersama-sama dengan kata penguat
belakang sekali dianggap betul dalam bahasa Melayu.
1.Jiran saya amat baik sekali.
2.Budak kecil itu amat pintar sekali.
3.Sungguh berjasa sekali Pak Man kepada penduduk kampung ini.
4.Baktinya kepada masyarakat di sini sangat besar sekali.
Dua kata penguat tidak
boleh diletakkan serentak di depan dan di belakang kata adjektif iaitu betul,
nian, sangat dan amat.
(salah)
- Budak kecil ini amat pintar betul.
(x)
- Sungguh berjasa nian Pak Man kepada penduduk kampung ini. (x)
- Baktinya kepada masyarakat di sini sangat besar amat. (x)
Dua unsur penguat boleh hadir serentak sebelum kata adjektif.
- Sungguh amat berjasa Pak Man kepada penduduk kampung ini. (/)
- Bangunan yang teramat besar
itu bangunan kerajaan. (/)