Rain


12/04/2016

Post ini sengaja Cikgu Om pindahkan dari page sebelah. Rindu-rindu kawan bolehlah tengok gambar-gambar sini.

Orientasi Blog Cikgu Om dan aplikasi internet sebagai gaya pembelajaran kini.








******************************************************


SENARAI NAMA MURID 6 ILTIZAM 2015

BIL
NAMA
L/P
1.       
KHAIRUN NIZWAN B KHAIRUN NAZMI
L
2.       
MUHAMAD HANIF B ISMAIL
L
3.       
MUHAMMAD AFIF HAKIM B MOHD NAZRI
L
4.       
MUHAMMAD HISHAMMUDIN B KHAIROL ANUAR
L
5.       
MUHAMMAD IKRAM FITRI B MOHD AZUAN
L
6.       
MUHAMMAD NUR RAHMAD B SAMSUDDIN
L
7.       
SYAZANI AIZAT B RADZAINI
L
8.       
ZAIM ZAL HASMI B MOHD AZRIMAN
L
9.       
AMAAL FITRIYAANI BT ABDUL MALEK
P
10.   
NUR AINA ASYIRAH BT SAIDIN
P
11.   
NUR ANIS IRDINA BT MAHAMAD ZABIDI
P
12.   
NUR AZWANIE BT AZMAN
P
13.   
NUR HANIS BT ROSLI
P
14.   
NUR HASRULNISYA BT ISMAIL
P
15.   
NURUL ASYILAH ZAFIRAH BT ZULKIFLEEAMIN
P
16.   
PUTERI NUR SYASYABILA BT TUAN ZAMANI
P
17.   
RABIYATUL ADAWIYAH BT MOHD NAZRI
P
18.   
SITI ZULAIKHA BT ZULKIFLI
P
19.   
SUFIRA BT MOHD YUSUF
P
20.   
WAN SHIFA ALYAA BT WAN NAZRI
P

LELAKI
11

PEREMPUAN
13



Karangan: Tuliskan tindakan yang perlu diambil untuk menjamin keselamatan ketika di bengkel.

Kemalangan boleh berlaku di mana-mana sahaja termasuklah di bengkel.
Tuliskan tindakan yang perlu diambil untuk menjamin keselamatan ketika di bengkel.

Malang tidak berbau dan boleh berlaku di mana-mana sahaja termasuk di bengkel. Oleh sebab itu, kita perlu berwaspada sentiasa untuk mengelakkan terjadinya perkara yang tidak diingini.
        Murid-murid yang masuk ke bengkel perlu mamatuhi segala peraturan yang ditetapkan. Tujuan peraturan diadakan adalah untuk mengelakkan kecederaan semasa menggunakan peralatan yang tajam dan berbahaya. Terdapat beberapa larangan ketika di bengkel seperti berlari dan bermain-main dengan peralatan yang ada.
        Selain itu, murid-murid juga hanya boleh menggunakan peralatan dan melakukan aktiviti di bawah pengawasan guru. Dengan adanya pengawasan guru, kerja-kerja di dalam bengkel lebih terurus dan terkawal. Guru akan mengutamakan keselamatan murid-murid demi kelicinan pembelajaran.
        Untuk tujuan keselamatan juga, semua peralatan di dalam bengkel perlu dilabel dan disimpan di tempat yang sesuai dan selamat. Jika peralatan bertaburan, keadaan bengkel menjadi tidak tersusun rapi dan pergerakan murid-murid akan terganggu. Hal ini juga mungkin menyebabkan berlakunya kemalangan.
        Seterusnya, semua pelajar perlu lebih berhati-hati ketika menggunakan alatan seperti gergaji, tukul dan alatan lain yang berbahaya. Alatan tersebut hendaklah digunakan mengikut tatacara penggunaan yang betul.

        Keselamatan diri perlu diutamakan. Justeru, kita perlu sentiasa berwaspada untuk mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.

Karangan: Cara-cara untuk menjaga keselamatan diri ketika di rumah

Kerap kali kita mendengar tentang kemalangan yang berlaku di rumah.
Tuliskan sebuah karangan tentang cara-cara untuk menjaga keselamatan diri ketika di rumah.

Rumah merupakan tempat perlindungan bagi semua orang. Walau bagaimanapun, rumah juga boleh menjadi tempat yang paling berbahaya jika tidak berhati-hati. Hal ini adalah kerana banyak kelengkapan rumah yang boleh mendatangkan bahaya kepada seluruh isi rumah.
        Sebagai langkah untuk menjaga keselamatan di rumah, kita mestilah menyimpan segala peralatan yang tajam di tempat yang selamat. Peralatan tajam seperti pisau, gunting, paku dan jarum hendaklah disimpan ditempat khas selepas digunakan. Kanak-kanak berkemungkinan menjadikan alatan tersebut sebagai permainan yang boleh mengakibatkan kecederaan.
        Selain itu, lantai bilik air dan dapur hendaklah kerap diberus agar tidak licin. Lantai yang licin boleh menyebabkan penghuni rumah tergelincir dan jatuh. Sebagai kesannya, kemungkinan berlaku pendarahan di kepala atau patah pada anggota badan.
        Bahan berbahaya seperti semburan serangga dan racun rumpai perlu diurus dengan baik. Tempat simpanan khas perlu disediakan agar tidak terdedah dan mudah dicapai oleh kanak-kanak. Kegagalan menguruskan bahan beracun dengan baik boleh meragut nyawa.
        Seterusnya, jika terdapat tangga yang tinggi, kita bolehlah memasang lapisan antigelincir atau selusur tangan. Hal ini supaya penghuni rumah tidak mudah terjatuh dan tercedera. Kecederaan yang serius seperti patah boleh terjadi jika terjatuh dari aras tinggi.

        Keselamatan perlu dipertingkatkan walau di mana-mana kita berada waima di rumah sekalipun. Jika kita berhati-hati kemalangan dapat dielakkan.
Assalamualaikum. Fuhh....lama betul Cikgu Om tak menjengah ke blog ni. Kesian anak murid cikgu yang ternanti-nanti penulisan baharu.

Sejak cikgu bertukar ke Sekolah Kebangsaan Batu 8, masa banyak terluang namun entahlah halangan apa yang menyebabkan rencana untuk mengepost di sini terbantut. Mungkin kerana cikgu beranggapan bahawa murid-murid SK Felda Bukit Tangga sudah tidak perlukan bahan dari cikgu lagi. Juga mungkin kerana cikgu anggap murid-murid SK Batu 8 belum bersedia untuk mengakses blog lantaran orientasi blog ini belum dibuat.

Tapi apabila difikirkan, alangkah sayangnya jika blog ini, yang telah banyak memberi info dan panduan serta  karangan contoh kepada ribuan pelajar di luar sana, dibiarkan sepi sahaja. Bukan hanya murid SKFBT dan SKBL sahaja yang dapat memanfaatkan isi kandungan blog ini, malah ramai murid mahupun guru yang sering berkunjung tanpa jejak ke sini.

Apa-apa pun, mulai post ini, akan ada post-post baharu yang bakal mewarnai gaya pembelajaran siber yang memang kian rancak kini melalui sekian banyak laman sesawang perkongsian para guru yang  beraspirasi sama seperti cikgu.

Tak nak celoteh banyak lah.....JOM MULA LAGI SEKALI.....