ABU DI ATAS TUNGGUL
Hilang dengan mudah,
bila-bila masa boleh terbuang
atau tercampak.
ADA GULA , ADA SEMUT
Jika sesuatu tempat itu
makmur,ramai yang datang mencari pekerjaan/ jika orang itu kaya,akan ramailah
kawannya.
ADA RUPA ,
ADA HARGA
Harga sesuatu barang
bergantung pada keindahan atau rupa bentuknya.
AIR
DICENCANG TIADA PUTUS
Hubungan adik-beradik atau
saudara-mara tidak akan terputus.
BERI SUSU
DIBALAS TUBA
Kebaikan dibalas dengan
kejahatan.
AIR TENANG
JANGAN DISANGKA TIADA BUAYA
Orang pendiam jangan disangka
bodoh atau penakut.
ALAH BISA
TEGAL BIASA
Segala kesukaran biasanya hanya
pada peringkat awal,setelah sudah biasa, kesukaran tidak terasa lagi.
ALAH
SABUNG,MENANG SORAK
Walaupun kalah tetapi masih
bercakap besar dan berlagak.
DITELAN
MATI EMAK,
DILUAH
MATI BAPA
Keadaan yang amat
serba salah.
ALAH
MEMBELI,
MENANG
MEMAKAI
Walaupun harga sesuatu barang
itu mahal tetapi berbaloi kerana rupanya cantik dan tahan lama.
ALANG-ALANG
MANDI BIAR BASAH
Jika lakukan sesuatu,
usahakan bersungguh-sungguh sehingga berjaya.
ANAK AYAM
KEHILANGAN IBU
Berpecah-pecah kerana hilang
tempat bergantung.
API TIDAK
KUNJUNG PADAM
Semangat yang membara
selama-lamanya .
BAGAI AUR
DENGAN TEBING
Persahabatan yang baik dan
saling membantu.
BAGAI AYAM
DISAMBAR HELANG
Mati tanpa sakit.
BAGAI
BELANDA MINTA TANAH
Sudah diberi sedikit,
hendak banyak lagi.
BAGAI
BERTIH DIGORENG
Bunyi yang tidak
berhenti-henti.
BAGAI BUMI
DENGAN LANGIT
Dua perkara yang
sangat berbeza.
BAGAI
BUNYI PERIAN PECAH
Suara yang sumbang,
tidak merdu langsung.
BAGAI ENAU
DALAM BELUKAR
Mementingkan diri sendiri dan
tidak hidup bermasyarakat.
BAGAI ISI
DENGAN KUKU
Perihal persahabatan
yang sangat akrab
BAGAI ITIK
PULANG PETANG
Berjalan sangat lambat.
BAGAI
KUMBANG TERPUTUS TALI
Sangat pantas larinya.
BAGAI
KUNYIT DENGAN KAPUR
Perbuatan atau orang
yang mudah serasi
atau mudah mesra.
BAGAI
MELUKUT
DI TEPI
GANTANG
Perkara kecil yang tidak
diberi perhatian.
BAGAI
MURAI
DICABUT
EKOR
Orang yang suka
bercakap.
BAGAI
PAHAT
DENGAN
PENUKUL
Orang yang hanya
bekerja apabila disuruh.
BAGAI SI
KUDUNG
MENDAPAT
CINCIN
Mendapat untung
Tetapi tidak dapat
menikmatinya.
IKUT RESMI
PADI,
SEMAKIN
BERISI
SEMAKIN
MENUNDUK
Semakin berilmu atau
berpangkat tinggi semakin merendah diri atau tidak sombong.
TELINGA
NIPIS
Orang yang lekas marah.
“Jangan main-main dengan Jasni yang telinga
nipis itu, nanti benjol kepala kamu,” kata Din.
MAKAN
GARAM
Banyak pengalaman.
“Jangan hendak mengajar aku. Aku lebih dulu makan
garam daripada kau,” kata Osman.
BAPA
BOREK,
ANAK
RINTIK
Anak akan ikut baka
atau perangai
bapanya.
BARU
MENDAPAT GADING BERTUAH
Baru mendapat sesuatu yang
amat berharga.
BATU JATUH
KE LUBUK
Hilang lenyap.
Pemergian Mat ke bandar bagai batu jatuh ke
lubuk kerana selepas itu dia tidak pernah kembali ke kampung.
PUTERI LILIN
Perempuan yang tidak tahan
berpanas.
DALAM TANGAN
Hampir pasti diperoleh.
BATU
LONCATAN
Sesuatu atau seseorang yang
digunakan untuk mencapai sesuatu matlamat/tujuan.
CACING
KEPANASAN
Orang yang sentiasa gelisah.
MALU-MALU
KUCING
Berpura-pura malu di hadapan
orang.
PAKU
BELANDA
Harga tetap.
SENAPANG
BAMBU
Orang yang nampaknya
berbahaya tetapi sebenarnya tidak.
SERKAP
JARANG
Tuduhan yang dibuat secara
agak-agak sahaja.
RAMBANG
MATA
Sukar membuat pilihan apabila
terlalu banyak pilihan.
LAKSANA
POHON KAYU TIDAK BERBUAH
Ilmu yang tidak diamalkan.
SEPERTI
KATAK DI BAWAH TEMPURUNG
Orang yang cetek ilmu
pengetahuannya.
MALAS
BERDAYUNG PERAHU HANYUT
Jika malas berusaha, tidak
akan mendapat kesenangan.
SEPERTI
RUMPUT DI TEPI JALAN
Keadaan hidup
yang susah .
IBARAT
BURUNG, MATA TERLEPAS BADAN TERKURUNG
Tidak ada kebebasan/
kemerdekaan.
SUDAH
TERHANTUK BARU TERGADAH
Sudah kena baru hendak
beringat-ingat.
SUDAH
JATUH DITIMPA TANGGA
Kesusahan/kecelakaan yang
datang berturut-turut.
BERAKIT-RAKIT
KE HULU, BERENANG-RENANG KE TEPIAN
Bersusah payah terlebih
sebelum mendapat kesenangan kemudian.
BAGAI BUMI
DENGAN LANGIT
Dua perkara yang
sangat berbeza.
BAGAI
BUNYI PERIAN PECAH
Suara yang sumbang,
tidak merdu langsung.
BAGAI ENAU
DALAM BELUKAR
Mementingkan diri sendiri dan
tidak hidup bermasyarakat.
BAGAI ISI
DENGAN KUKU
Perihal persahabatan
yang sangat akrab
BAGAI ITIK
PULANG PETANG
Berjalan sangat lambat.
BAGAI KUMBANG
TERPUTUS TALI
Sangat pantas larinya.
BAGAI
KUNYIT DENGAN KAPUR
Perbuatan atau orang
yang mudah serasi
atau mudah mesra.
BAGAI
MELUKUT
DI TEPI
GANTANG
Perkara kecil yang tidak
diberi perhatian.
BAGAI
MURAI
DICABUT
EKOR
Orang yang suka
bercakap.
BAGAI
PAHAT
DENGAN
PENUKUL
Orang yang hanya
bekerja apabila disuruh.
BAGAI SI
KUDUNG
MENDAPAT
CINCIN
Mendapat untung
Tetapi tidak dapat
menikmatinya.
IKUT RESMI
PADI,
SEMAKIN
BERISI
SEMAKIN
MENUNDUK
Semakin berilmu atau
berpangkat tinggi semakin merendah diri atau tidak sombong.
TELINGA
NIPIS
Orang yang lekas marah.
“Jangan main-main dengan Jasni yang telinga
nipis itu, nanti benjol kepala kamu,” kata Din.
MAKAN
GARAM
Banyak pengalaman.
“Jangan hendak mengajar aku. Aku lebih dulu makan
garam daripada kau,” kata Osman.
BAPA
BOREK,
ANAK
RINTIK
Anak akan ikut baka
atau perangai
bapanya.
BARU
MENDAPAT GADING BERTUAH
Baru mendapat sesuatu yang
amat berharga.
BATU JATUH
KE LUBUK
Hilang lenyap.
Pemergian Mat ke bandar bagai batu jatuh ke
lubuk kerana selepas itu dia tidak pernah kembali ke kampung.
No comments :
Post a Comment