Rain


30/11/2014

Latihan Kata Hubung

Bina dan tulis ayat menggunakan kata hubung berpasangan dengan berpandukan contoh yang diberi.

Bil
Kata hubung berpasangan
Ayat
1
Biarpun-namun

Cth:Biarpun hidupnya miskin namun dia tidak pernah merungut.


2
Baik-mahupun

Cth: Baik lelaki mahupun perempuan semua dikehendaki hadir.


3

Baik-baik
Cth: Baik Ali baik Udin sama-sama kacak.


4
Bukan sahaja- malah

Cth: Rosni bukan sahaja cantik malah berbudi bahasa.
5
Kian – kian

Cth: Kian hari kian melarat penyakit Nek Kiah.


6
Sama ada – ataupun

Cth:Sama ada ibu ataupun bapa perlu menandatangani borang itu.
7
Sedangkan – inikan pula

Cth: Sedangkan berjalan kaki pun dia temengah-mengah inikan pula berlari.
8
Jangankan - pun

Cth: Jangankan kerja rumah, latihan dalam kelas pun tidak disiapkannya.

No comments :