CIRI-CIRI KARANGAN YANG BAIK
1. Pemahaman terhadap tajuk mestilah tepat, iaitu segala keterangan dan penjelasan serta contoh yang diberi mestilah tidak terkeluar daripada tajuk.
2. Setiap karangan mestilah mempunyai isi yang menepati maksud atau kehendak soalan. Sebuah karangan yang baik dan menepati kehendak pemeriksa mesti mempunyai empat isi utama.
3. Pendahuluan sesebuah karangan mestilah sesuai dengan isi dan menepati tajuk serta dapat menarik pembaca untuk membaca karangan itu sehingga selesai.
4. Isi karangan mestilah dikembangkan dengan baik. Isi yang mencukupi belum tentu dapat menjadikan karangan kamu itu menarik sekiranya kamu tidak pada menghuraikan isi-isi tersebut dengan baik.
5. Untuk bahagian penutup pula, kamu hendaklah menulis suatu kesimpulan yang kemas tentang karangan yang telah kamu tuliskan itu.
6.Karangan kamu hendaklah menggambarkan bahawa penulisnya mempunyai fikiran atau pendapat yang matang.
Tindakan sebelum mengarang.
1. Baca dan fahami soalan yang
diberikan.
2. Pastikan kamu memahami kehendak soalan, tajuk, dan bentuk
karangan yang hendak ditulis.
4. kerangka karangan. Ingat, merangka karangan amat penting supaya proses mengarang menjadi mudah dan isi karangan tersusun serta tiada pengulangan isi.
5. Susun isi-isi penting tersebut mengikut keutamaanya; isi
yang paling penting ditulis dahulu dikuti dengan isi yang kurang penting.
Rangka Karangan
Selalunya cikgu akan syorkan bentuk kerangka sebegini:
p-(pendahuluan)
1-(isi 1)
2-(isi 2)
3-(Isi 3)
4-(Isi 4)
p-(penutup)
Tindakan Ketika Mengarang
Pastikan kamu sentiasa berpandukan kerangka karangan ketika mengarang.
Pengenalan
1. Karangan kamu hendaklah dimulakan dengan pendahuluan
dalam satu perenggan sahaja.
2. Pendahuluan mestilah berkaitan kehendak soalan dan
ada daya penarik.
3. Perenggan pendahuluan adalah mencukupi dengan tiga baris ayat sahaja.
4. Jangan masukkan isi ke dalam perenggan pendahuluan.
Isi
1. Isi adalah bahagian yang paling penting dalam sesebuah karangan. Oleh sebab itu, isi karangan kamu mestilah ditulis dengan bahasa yang menarik dan mudah difahami.
2. Menurut kehendak peperiksaan, karangan kamu haruslah
mempunyai empat isi utama.
Setiap isi itu hendalah ditulis dalam empat perenggan yang
berasingan.
3.Setiap perenggan seelok-eloknya mengandungi 3 ayat. Iaitu ayat utama, diikut dengan ayat huraian dan satu lagi ayat contoh.
4. Setiap ayat pula seelok-eloknya dibina daripada 8 hingga 12 patah perkataan.
5. Pilih penanda wacana yang sesuai supaya wujud kesatuan antara perenggan-perenggan.
Penutup
1. Setiap karangan haruslah mempunyai penutup
2. Penutup yang baik merupakan kesimpulan tentang apa yang
telah kamu tuliskan sebelumnya.
3.Cuba selitkan seni bahasa seperti pantun, bidalan, perumpamaan ataupun pepatah yang sesuai supaya lebih menarik.
Tindakan Selepas Mengarang
1. Semak dan baca semula karangan kamu setelah selesai
menulisnya.
2. Pastikan tiada isi penting yang tertinggal.
3. Cari kesilapan yang mungkin ada seperti kesalahan
tatabahasa, penggunaan perkataan, ejaan dan tanda baca.
4. Betulkan setiap kesilapan tersebut.
5. Baiki tulisan yang buruk dan sukar dibaca