Soalan: Guru merupakan orang yang banyak berjasa
kepada semua pelajar.
Tulis sebuah karangan tentang
cara-cara menghargai jasa guru.
Guru merupakan insan yang banyak
berjasa kepada semua pelajar. Sebagai pelajar, kita hendaklah tahu cara-cara
untuk menghargai jasa guru. Terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk
menghargai jasa guru.
Untuk menghargai jasa guru, kita
hendaklah belajar bersungguh-sungguh. Setiap guru pasti berasa gembira
melihat pelajarnya tidak sambalewa dalam pelajaran.Hal ini kerana semua guru
mahu pelajarnya berjaya dalam pelajaran.
Selain itu, kita juga boleh
menghargai jasa guru dengan menghadiahkan kejayaan dalam
bidang-bidang yang kita ceburi di sekolah. Guru akan berasa usahanya berbaloi
dan tidak sia-sia jika pelajar-pelajar memperoleh kejayaan. Kejayaan pelajar
merupakan hadiah yang tidak ternilai bagi seorang guru.
Seterusnya,kita juga perlu mengamalkan segala nasihat guru.Sebagai
contoh guru mahu kita bersikap berbudi bahasa dan mengamalkan nilai murni.Oleh
itu, apabila kita bertemu dengan guru, kita perlu menunjukkan sikap lemah
lembut. Sudah pasti guru akan berasa bangga jika pelajarnya menjadi insan yang
berakhlak mulia.
Selanjutnya, kita
perlu menghargai guru walaupun kita sudah meninggalkan alam persekolahan.Sebagai
contoh, kita patut menghubungi bekas guru kita untuk bertanya khabar dan
menziarahi mereka ketika mereka tidak sihat. Cara ini dapat mengeratkan
siraturahim yang sudah lama terjalin.
Sebagai
kesimpulannya, banyak cara yang boleh dilakukan untuk membalas jasa guru. Yang
penting, kita hendaklah berusaha menjadi murid yang tahu mengenang budi.
Janganlah kita menjadi seperti kacang
lupakan kulit.
3 comments :
alhamdulillah.terima kasih sekarang saya dah tahu untuk menghargai jasa guru
betulkah ini ditulis oleh guru
Easy n simple
Post a Comment