Setiap
sekolah mempunyai kemudahan perpustakaan. Perpustakaan merupakan gedung ilmu.
Tuliskan sebuah karangan tentang faedah perpustakaan kepada para pelajar.
Perpustakaan
ialah gedung ilmu. Banyak faedah yang bakal diperoleh jika para pelajar bijak memanfaatkannya.
Kebanyakan murid yang telah berjaya gemar berkunjung ke perpustakaan apabila
ada masa lapang.
Antara
faedah perpustakaan kepada para pelajar ialah memudahkan mereka membuat
rujukan. Hal ini kerana di perpustakaan terdapat banyak buku yang meliputi
pelbagai bidang yang dilabel dengan pengkelasan tertentu. Oleh yang demikian,
para pelajar akan mendapat banyak maklumat dengan mudah.
Di
samping itu, suasana sunyi dan tenang di perpustakaan membolehkan para pelajar
membaca dan menelaah pelajaran tanpa gangguan. Suasana sunyi juga mampu
merangsang daya ingatan murid-murid.Oleh itu apa-apa yang dibaca oleh mereka
akan diingati lebih lama.
Selain
itu, perkhidmatan pinjaman buku juga amat bermakna buat para pelajar. Mereka
boleh meminjam mana-mana buku yang diperlukan jika mempunyai kad pinjaman.
Justeru para pelajar dapat menjimatkan kos untuk membeli buku sama ada buku
rujukan ataupun buku cerita.
Seterusnya,
para pelajar juga dapat memupuk sahsiah diri dengan melangkah ke perpustakaan.
Peraturan-peraturan perpustakaan seperti menyimpan buku-buku yang telah dibaca,
menghantar buku pinjaman mengikut tarikh yang ditetapkan dan tidak berbuat
bising mampu menjadi elemen mendidik disiplin para pelajar.
Sesungguhnya
perpustakaan memang banyak faedahnya kepada para pelajar. Oleh yang demikian,
para pelajar perlu pandai memanfaatkannya supaya kemudahan yang disediakan
tidak sia-sia sahaja.