Hal ini kerana pada pendapat cikgu kesukaran para pelajar cikgu untuk menghasilkan sebuah karangan yang baik adalah kerana:
1. Kurang membaca yang mengakibatkan murid kurang idea tentang sesuatu topik;
2. Ada idea tetapi tidak tahu untuk menjana idea tersebut ke bentuk ayat dan perenggan, dan
3. Membaca tetapi tidak ingat- hal ini mungkin dapat diselesaikan apabila murid cikgu terpaksa membaca sekurang-kurang 3 kali bagi setiap karangan. Bukan hanya membaca, namun murid cikgu juga perlu mengingati beberapa idea kerana akan disoal oleh penguji.
Cara Pelaksanaan Program Kubaca Kuingat
1. Semua murid dibekalkan sekeping kad rekod Kubaca Kuingat.
2. Murid perlu membaca dan menulis/ menyalin terlebih dahulu karangan contoh yang diberi oleh guru.
3. Murid perlu membaca di hadapan tiga orang penguji iaitu:
a) rakan
b) waris ( ibu, bapa, datuk nenek, kakak, abang atau saudara yang lain yang lebih dewasa)
c) guru (mana-mana guru di SK Batu 8) termasuk Guru Besar.
4. Setiap kali membaca di hadapan penguji, penguji hendaklah menyoal beberapa soalan tentang karangan yang dibaca untuk membantu murid-murid mengingati maklumat yang terdapat dalam karangan.
5. Penguji akan menandatangani pada kad rekod.
6. Untuk permulaan, cikgu mewajibkan tiga buah karangan dalam seminggu.
7 Hari Khamis, semua murid perlu tunjuk kad rekod masing-masing kepada guru BM kelas masing-masing untuk pemantauan.
" Kejayaan ialah milik orang yang berusaha"
Selamat Membaca.
Bahagian hadapan kad rekod Kubaca Kuingat
Bahagian Belakang