Rain


13/01/2015

Nota Ayat Perintah

Ayat Perintah

Dapatkan nota ayat perintah: klik link ini
http://ayat-kami.blogspot.com/2011/03/ayat-perintah.html


Atau terus baca di sini: Ini pun cikgu copy dari laman web tersebut. terima kasih kepada kami.blogspot

AYAT PERINTAH




Mengikut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, ayat perintah ialah ayat yang diucapkan dengan tujuan untuk menimbulkan sesuatu tindakan. Ayat perintah boleh dibahagikan kepada 4 jenis berikut.



1-AYAT SURUHAN



Ayat suruhan ialah ayat yang diucapkan dengan tujuan memberi perintah atau arahan.Dalam ayat suruhan subjek ialah kata ganti nama orang kedua seperti awak,kamu,engkau, dan selainnya yang biasanya digugurkan.

Walau bagaimanapun,kerana tujuan penegasan,subjek boleh juga dikekalkan.

    Ø  Pergi kamu dari rumah ini!
    Ø  Engkau tunggu  Fateha di sini.

Ayat suruhan boleh menggunakan partikel –lah untuk melembutkannya di samping menegaskan predikat.

    Ø  Pergilah kamu dari rumah ini!
    Ø  Engkau tunggulah  Fateha di sini.

Bagi kata kerja transitif yang menerima awalan men-,awalan tersebut perlu digugurkan dalam ayat suruhan jenis ini,seperti dalam ayat di atas .

Dalam binaan ayat suruhan dan ayat perintah jenis lain yang mengandungi kata kerja tak transitif dan menerima awalan, awalan tersebut tidak boleh digugurkan, seperti yang terdapat dalam contoh berikut :

    Ø  Menangislah sepuas-puas hatimu.
          Ø Berangkatlah dengan segera.











2-AYAT  LARANGAN

Ayat larangan ialah ayat yang menggunakan kata larangan seperti jangan,usah atau tak usah sebelum kata kerja dengan tujuan menegah seseorang melakukan sesuatu.

    ü  Jangan ambil harta orang.
    ü  Usah dikenang lagi kisah yang pahit.
    ü  Awak tak usah datang lagi ke pejabat.

Ayat tersebut  dapat dilembutkan dengan menambahkan partikel lah , seperti berikut :
    
    ü  Janganlah ambil harta orang.
    ü  Usahlah dikenang lagi kisah yang pahit.
    ü  Awak tak usahlah datang lagi ke pejabat.

Ada jenis ayat larangan lagi yang bersifat umum yang tidak menggunakan kata larangan dan tidak menerima partikel lah.

    ü  Dilarang merokok.
    ü  Dilarang memancing

Ayat larangan dapat juga dilembutkan dengan menggunakan perkataan harap pada bahagian hadapannya :

    ü  Harap jangan merokok.
        ü Harap jangan berludah.






3-AYAT SILAAN

Ayat silaan ialah ayat yang menggunakan kata silaan seperti sila ata jemput sebelum kata kerja dengan tujuan menjemput atau mempersilakan seseorang. Lazimnya kata silaan digunakan pada permulaan ayat seperti contoh berikut :

       o   Sila serahkan borang permohonan tersebut ke pejabat.
       o   Jemput masuk.

    
          
  4-AYAT PERMINTAAN

Ayat permintaan ialah ayat yang menggunakan kata permintaan,seperti minta dan tolong dengan tujuan memohon permintaan dan pertolongan seperti  yang terdapat dalam contoh berikut :

    §  Minta kamu semua bertenang.
    §  Tolong tutup lampu sebelum kamu tidur.



Bentuk ayat silaan dan permintaan biasanya tidak membawa pengerrtian yang negative sebagaimana yang terdapat dalam jenis ayat larangan.

Oleh sebab itu contoh ayat berikut tidak dianggap betul:

    v  Sila jangan merokok.
    v  Tolong jangan ambil.
    v  Minta jangan bermain dikawasan ini.