Rain


30/11/2014

Cara-cara membalas jasa ibu bapa.

Soalan: Ibu bapa merupakan insan yang banyak berjasa kepada kita.
Tuliskan sebuah karangan tentang cara-cara membalas jasa ibu bapa. 

Sejak dilahirkan lagi, kita dijaga oleh ibu bapa dengan penuh kasih sayang, bagai menatang minyak yang penuh. Oleh yang demikian, sebagai anak, kita sewajarnya membalas jasa kedua-dua ibu bapa kita. Pelbagai cara boleh kita lakukan untuk membalas jasa mereka.
Antaranya, kita perlu belajar bersungguh-sungguh. Kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran sudah tentu mampu menggembirakan ibu bapa yang bersusah payah menyekolahkan kita. Sesungguhnya setiap ibu bapa inginkan anaknya berjaya dalam pelajaran kerana pelajaran boleh menentukan masa depan kita.
Sebagai anak yang baik, kita juga sewajarnya mempamerkan tingkah laku yang mulia. Segala nasihat mereka perlu didengar dengan teliti dan diikuti sebagai pedoman hidup. Apabila bertutur dengan ibu bapa, elakkan bercakap kasar agar tidak menyinggung perasaan mereka.
Kita juga haruslah bersikap tangan terbuka membantu mereka. Penat lelah mereka mencari nafkah menanggung kita sekeluarga dapat dikurangkan apabila kita membantu mereka. Kita boleh membantu mereka mengemas rumah, memasak, menyiram pokok bunga dan sebagainya.
Satu lagi cara untuk membalas jasa kedua ibu bapa ialah sentiasa mendoakan kesejahteraan ibu bapa di dunia dan di akhirat. Kita boleh memohon doa kepada tuhan agar ibu bapa diberi kesihatan yang baik, dipanjangkan umur dan diampunkan segala dosa. Doa boleh diamalkan pada bila-bila masa, lebih-lebih lagi selepas solat.

Sesungguhnya, pengorbanan ibu bapa tidak dapat dinilai dengan wang ringgit. Segala perit jerih mereka membesarkan kita seharusnya dihargai. Oleh itu, kita perlu sedaya upaya berusaha untuk membalas jasa dan pengorbanan mereka.

21 comments :

Anonymous said...

Touching

Unknown said...

Terima kasih Cikgu Om-- Karangan ini sangat berguna buat saya untuk menjadi bahan contoh karangan di sekolah.. :D

Unknown said...

Terima kasih cikgu

lotus said...

Bolehla saya guna untuk buat kerja sekolah

Yuvan Durai Thangathuri said...

Terima kasih Cikgu Om.
Sangat berguna untuk mendapatkan isi-isi karangan.

Unknown said...

just okay'

Unknown said...

just okay

Anonymous said...

Tak usah tau Siapa di sini.budak baik je.ini sebenarnya dare dari kawan saya.kita telah membeli kad mainan truth atau dare.kawan saya memilih kad dan saya telah mendapat cabaran ini.Cabaran iTu menyatakan bahawa,saya harus send comment buruk.tak nak jahat sangat tapi,saya rate karangan ini F! ITu je....sorry

Anonymous said...

bagus 99999999999999999999999999999 markah

suwieitha nair said...

terima kasih cikgu

mia candy jem said...

thank you!!!!!!!

Unknown said...

Karangan ni juga saya boleh gunakan sebagai isi ketika latihan ujian bertutut

Anonymous said...

Terima kasih cikgu Om daripada Mawar Rashid aka A.K. dari ... hihi

Never Know The Feeling said...

muzik tmbahan yg mmbuatkn hati trsntuh dan isi yg bgus . nice work . smoga brjaya hingga ke akhir hayat . salam dari saya . trima kasih

Unknown said...

Terima kasih cikgu

TMEC Admin said...

Izinkan sy ambik untuk bahan Ujian Lisan anak2 didik April ni ya..TQ!

TMEC Admin said...

Izinkan sy ambik untuk bahan Ujian Lisan anak2 didik April ni ya..TQ!

Anonymous said...

syukran jazilan anna from egypt anna give antum 10 dirham

hajirah said...

saya suka karangan ini kerana saya dapat mengulangkaji karangan tersebut...teruma kasih cikgu.*-*

Unknown said...

Terima kasih cikgu

Unknown said...

Terima kasih cikgu