Murid-murid sekolah kini digalakkan mengikuti kelas
tambahan.
Nyatakan Kepentingan mengikuti kelas tambahan.
Kelas
tambahan bermaksud kelas pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di luar
waktu persekolahan atau ketika musim cuti sekolah. Kelas tambahan mempunyai
banyak kepentingannya sama ada kepada murid, sekolah dan ibu bapa.
Kepentingan kelas tambahan ialah membolehkan murid-murid memanfaatkan masa selepas sekolah dan cuti sekolah dengan aktiviti yang berfaedah. Murid-murid boleh menghindarkan diri daripada melibatkan diri dengan aktiviti yang tidak sihat seperti melepak.
Selain itu, kelebihan kelas tambahan ialah guru boleh memberikan banyak latihan tambahan. Latihan yang banyak membolehkan murid meningkatkan kemahiran menjawab soalan. Sekaligus pengalaman ini akan meningkatkan keyakinan diri murid-murid.
Di samping itu, kelas tambahan yang dijalankan biasanya memberikan
lebih kefahaman kepada murid-murid. Murid-murid yang lemah akan diberikan lebih
tumpuan kepada topik-topik yang kurang dikuasai. Dengan itu, prestasi pelajaran
murid-murid akan meningkat.
Selain itu, kelas juga
membolehkan murid-murid mengeratkan hubungan dengan guru dan kawan-kawan. Masa
yang banyak diperuntukan untuk bersama-sama sudah pasti akan mengeratkan lagi
hubungan yang mesra. Justeru, murid-murid tidak berasa kekok untuk bertanya andai
ada sebarang masalah.
Kesimpulannya, Kelas tambahan banyak kepentingan. Oleh itu, ibu bapa harus menggalakkan anak-anak mengikuti kelas tambahan untuk memastikan masa depan mereka cerah.
1 comment :
cool ...bagus dijadikan contoh karangan
Post a Comment