Rain


08/08/2017

Kata Penguat dan Darjah Penghabisan

Kata Penguat

Kata Penguat terbahagi kepada:

     1. Penguat hadapan:terlalu,   paling,  agak( hanya boleh hadir di hadapan kata adjektif)

     2. Penguat belakang:sekali,  benar,   nian (hanya boleh hadir di belakang kata adjektif)

     3. Penguat bebas:amat,  sangat,   sungguh (boleh hadir di hadapan dan di belakang kata adjektif)


                     Betul                                                                  Salah


   1. Pokok kelapa itu paling tinggi.                1. Pokok kelapa itu tinggi paling.

   2. Masakan ibu terlalu sedap.                      2. Masakan ibu sedap terlalu.

   3.  Rumah  itu cantik benar.                        3. Rumah itu benar cantik.

   4.  Budinya baik sekali.                                4. Budinya sekali baik.




Darjah Penghabisan

* Darjah penghabisan terdiri daripada : ter, se, paling

* Kata Penguat Bebas (amat, sangat, sungguh) boleh  hadir bersekali dengan Darjah Penghabisan 'ter'


Contoh penggunaan kata penguat dan kata penghabisan darjah

1. Secantik-cantik bunga akan layu jua.  (betul)

2. Dia murid terpandai sekali di dalam kelasnya.  (salah)

3. Sepandai-pandai manusia ada juga kelemahannya.  (betul)

4.  Pelakon itu paling kacak.   (betul)

5. Pelakon itu paling kacak sekali.  (salah)

6. Huda murid terpandai sekali dalam kalangan rakan-rakannya.  (salah)

7. Huda murid terpandai dalam kalangan rakan-rakannya. (betul)

8. Dia sungguh cantik sekali.  (betul)

9. Sang Kancil sangat bijak sekali.  (betul)


              

07/08/2017

Penggunaan Kata Yang Lewah

PENGGUNAAN KATA YANG LEWAH

Contoh binaan ayat dan frasa yang berikut menunjukkan penggunaan kata yang berlebih-lebih sehingga tertambah perkara yang tidak perlu atau berlaku ulangan makna yang sia-sia.

*SALAH
Mereka saling bantu-membantu
Dia menjerit-jerit berkali-kali.
Setiap pagi, saya bangun pada pukul enam pagi.
Ibu sedang menganyam tikar sekarang.
punca penyakit itu disebabkan virus
manusia pada zaman purba dahulu
ingin hendak berniaga
terancam pada masa sekarang ini


 *BETUL
mereka saling membantu
Dia menjerit berkali-kali.
Setiap pagi, saya bangun pada pukul enam.
Ibu sedang menganyam tikar.
punca penyakit itu ialah virus
manusia pada zaman purba
ingin berniaga
terancam pada masa sekarang

01/08/2017

Karangan Catatan

Setiap murid mempunyai aktiviti harian masing-masing.
Tuliskan catatan aktiviti harian kamu selengkapnya.

Ahad, 1 Ogos 2017
6.00 pagi
Saya bangun setelah dikejut oleh ibu. Selepas mengemas tempat tidur, saya mandi dan bersolat  jemaah. Kemudian,sebelum bertolak ke sekolah, saya akan bersarapan bersama keluarga terlebih dahulu.

7.30 pagi
Saya dan rakan-rakan  sampai di sekolah sebelum loceng pertama berbunyi. Selepas perhimpunan pagi, saya akan masuk ke kelas untuk belajar. Semasa belajar, saya sentiasa fokus mendengar penerangan guru.

10.15 pagi
Apabila loceng rehat berbunyi, saya dan rakan-rakan akan menjamu selera di kantin. Usai makan, saya akan mengunjungi perpustakaan untuk membaca buku. Kadang-kadang saya hanya membaca akhbar di sudut bacaan santai.

2.30 petang
Saya mengikuti kelas tambahan yang  dianjurkan oleh Jawatankuasa Peningkatan UPSR sekolah saya. Saya telah dikelompokkan dalam kumpulan Arif bersama-sama lima orang rakan yang lain. Kumpulan kami menjawab soalan dan berbincang  bersama-sama.

6.00 petang
Masa untuk saya bersantai bersama keluarga. Selalunya saya dan adik akan bermain badminton di halaman rumah. Kadang-kadang, saya membantu  ibu dan ayah melakukan kerja-kerja di rumah seperti menyiram pokok bunga dan mencuci kereta.

9.00 malam

Selepas solat Isyak, saya akan membuat ulang kaji pelajaran dan menyiapkan kerja rumah yang diberi oleh guru. Sebelum tidur, saya akan mengikut jadual  waktu dan menyiapkan pakaian sekolah untuk hari esok.

( SK Batu 8 )

23/07/2017

Karangan Fakta

Kebaikan Membeli Barangan Buatan Malaysia

Slogan Belilah Barang Buatan Malaysia merupakan slogan yang sering kita dengar sama ada di televisyen atau di radio. Banyak kebaikan yang akan kita peroleh dengan membeli barangan buatan Malaysia.
         
        Antara kebaikan membeli barangan buatan Malaysia ialah dapat menjimatkan kos. Barangan yang dihasilkan di dalam negara sudah pasti dapat dijual dengan murah kerana tidak perlu menampung kos pengangkutan untuk membawa masuk produk dari luar negara. Selain itu kos pembuatannya juga murah kerana menggunakan bahan mentah yang tidak perlu diimport.

        Seterusnya, kita juga dapat menggunakan barangan yang berkualiti jika membeli barangan buatan Malaysia. Barangan buatan Malaysia sudah setanding mutunya dengan barangan luar negara. Hal ini kerana, penghasilan produk di dalam Malaysia perlu mematuhi piawaian yang ditetapkan.

        Di samping itu, barangan buatan Malaysia mudah didapati di mana-mana kedai di Malaysia. Banyak kedai yang menjual barangan buatan Malaysia lantaran harganya yang murah dan kualitinya yang baik. Lebih-lebih lagi kerajaan Malaysia telah mewujudkan rangkaian kedai yang hanya menjual barangan buatan Malaysia iaitu Kedai 1 Malaysia.

        Selain itu, dengan membeli barangan buatan Malaysia, kita dapat membantu mengembangkan ekonomi negara. Bukan sahaja pengilang-pengilang tempatan dapat memajukan perniagaan mereka, bahkan jumlah pengusaha baharu akan bertambah.  Hal ini akan memboleh ekonomi negara berkembang pesat.


        Sesungguhnya membeli barangan buatan Malaysia banyak menberikan kebaikan. Rakyat Malaysia perlu menjadi pengguna yang bijak.

18/07/2017

Karangan Fakta: Tempat-tempat Menarik di Malaysia


Malaysia merupakan sebuah negara yang bertuah kerana mempunyai banyak tempat yang menarik. Tempat-tempat  ini merupakan tarikan untuk pelancong  datang ke Malaysia.

       Antara tempat yang menarik di Malaysia ialah kawasan-kawasan pantai yang bersih dan indah. Antara pantai-pantai yang sesuai untuk dikunjungi dan beriadah seperti Pantai Merdeka di Kedah, Batu Feringghi di Puala Pinang,dan Desaru di Pahang. Pantai-pantai ini telah menjadi daya penarik kepada pelancongan domestik dan luar negara.

      Selain itu, di sekitar laut pula terdapat pulau-pulau yang indah dan mempunyai persekitaran yang terpelihara. Terdapat banyak pulau di Malaysia ini dijadikan destinasi pelancongan. Antara pulau yang terkenal ialah Pulau Langkawi, Pulau Pangkor, Pulau Tioman, Pulau Redang, Pulau Kapas dan beberapa buah pulau lain di perairan Sabah dan Sarawak.

      Kawasan pergunungan dan tanah tinggi turut menjadi tarikan pelancongan. Kawasan tanah tinggi seperti Cameron Highlands dan Genting Highlands bukan sekadar indah, malah mempunyai cuaca yang sejuk dan nyaman. Oleh yang demikian, ramai pelancong gemar melancong di sini.

        Selain tempat menarik bersasaskan alam semulajadi, terdapat juga tempat menarik yang dibina oleh kerajaan. Antaranya ialah Menara Kuala Lumpur, Jambatan Pulau Pinang dan Menara Berkembar Petronas. Tempat-tempat ini turut menggamit kedatangan pelancong ke bandar-bandar besar di Malaysia.

      Kesimpulannya, sememangnya Malaysia mempunyai banyak tempat menarik yang boleh dikunjungi pada bila-bila masa. Keindahan dan keunikan  Malaysia menjadi kebanggaan rakyatnya.

Karangan Keperihalan: Cara Membasmi Pembiakan Nyamuk Aedes

Demam denggi merupakan penyakit bawaan nyamuk yang berbahaya.
Tuliskan tentang cara-cara untuk membasmi pembiakan nyamuk Aedes.

Demam denggi ialah sejenis penyakit bawaan nyamuk Aedes yang sangat berbahaya. Oleh itu, pembiakannya perlu dibasmikan. Tiada Aedes tiada denggi.

       Antara cara untuk membasmikan nyamuk Aedes ialah memastikan tiada takungan air yang dibiarkan. Tempat-tempat seperti di dalam tempayan, pasu-pasu bunga, dan kolam mandi akan menjadi tempat nyamuk bertelur. Air yang bertakung hendaklah diganti sekurang-kurangnya dua kali seminggu.

      Sampah-sampah yang boleh menakung air seperti tempurung kelapa, botol-botol minuman dan plastik hendaklah dibuang dengan cara yang betul. Sampah-sampah tersebut boleh ditanam, dibakar atau dimasukkan ke dalam tong sampah yang bertutup.Selain dibuang, ada antara sampah-sampah tersebut yang boleh dihantar ke kilang untuk dikitar semula.

       Di samping memastikan nyamuk tiada tempat bertelur, nyamuk dewasa juga boleh dibunuh dengan menggunakan semburan racun serangga. Dengan cara dan kadar semburan yang betul, dapat membunuh nyamuk yang sedang terbang mahupun yang bersembunyi di dalam rumah.Semburan berskala besar boleh dilakukan oleh pihak kesihatan di kawasan-kawasan yang banyak nyamuk.

      Selain itu, pembiakan Aedes dapat dibasmikan dengan memasukkan ubat pembunuh jentik-jentik dengan mengikut sukatan yang betul ke dalam semua bekas menyimpan air. Ubat pembunuh jentik-jentik perlu dibubuh tiga bulan sekali. Dengan cara ini, kitaran hidup nyamuk akan terputus dan nyamuk akan dapat dibasmikan.

       Kesimpulannya, setiap orang mestilah prihatin akan tempat-tempat yang boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk. Tindakan yang bijak boleh menyelamatkan nyawa.

Karangan Keperihalan: Cara Memanfaatkan Barangan Terbuang

Dalam usaha melestarikan alam, kita perlu bijak memanfaatkan barangan terbuang.
Tulis sebuah karangan tentang cara-cara memanfaatkan barangan terbuang.

Dalam usaha melestarikan alam, kita perlu bijak memanfaatkan barangan terbuang.  Barangan terbuang boleh dimanfaatkan dengan kaedah kitar semula dan guna semula.

       Barangan terbuang seperti botol-botol kaca, barangan plastik dan kertas boleh dikumpul dan dijual ke pusat pengumpulan barangan lusuh. Walaupun harga tidaklah mahal, namun berbaloi berbanding jika hanya dibuang begitu sahaja. Lagipun usaha ini akan membantu menyelamatkan bumi dengan timbunan sampah yang sukar dilupuskan.

      Selain dijual untuk mendapatkan wang, barangan terbuang juga boleh digunakan semula. Bekas kaca dan plastik hanya perlu dibersihkan sebelum diguna semula. Sebagai contoh, balang kaca bekas jem boleh dicuci dan digunakan untuk mengisi rempah ratus di dapur.

      Di samping itu, barangan terbuang juga boleh diolah untuk dijadikan barangan lain yang bermanfaat. Bagi yang kreatif, pelbagai barangan menarik dapat dihasilkan bukan hanya untuk kegunaan sendiri malahan boleh dipasarkan. Sebagai contoh, tayar-tayar terpakai boleh dijadikan kerusi taman yang menarik dan unik.

      Barangan terbuang bukan hanya dimanfaatkan oleh individu sahaja, malahan ada kilang yang mengaut keuntungan darinya. Kilang-kilang akan mengitar semula tin, kaca dan plastik untuk dijadikan barangan baharu. Dengan cara ini, kos mendapatkan bahan mentah dapat dikurangkan

          Sesungguhnya orang ramai perlu bijak memanfaatkan barangan terbuang demi memastikan kelestarian alam. Fikir dulu sebelum buang.

Karangan Keperihalan: Pengalaman Ke Dusun Buah-buahan.

Musim buah-buahan tiba lagi. Tuliskan pengalaman kamu ke dusun buah-buahan.

Pada cuti penggal yang lalu, bapa telah membawa kami sekeluarga pulang ke kampung untuk menziarahi datuk dan nenek. Kampung datuk terletak di Pekan, Pahang.

    Menghabiskan cuti persekolah di rumah datuk amat menggembirakan saya. Kebetulan pula, ketika itu ialah musim buah-buahan tempatan. Saya telah memasang angan-angan mengikut datuk ke dusun.
                       
    Keesokannya, datuk telah mengajak kami sekeluarga ke dusun. Kami membawa golok, bakul buluh dan sedikit bekalan makanan. Saya begitu teruja apabila melihat banyak buah durian telah dilonggok di pondok kepunyaan datuk.

    Buah yang paling saya gemari ialah durian. Saya dapat makan buah kegemaran itu sehingga puas. Rasanya manis dan lemak. Baunya juga begitu harum dan mengiurkan. Bakinya kami isikan ke dalam bakul untuk dibawa balik.

       Saya membantu datuk menebas semak-samun di sekitar dusun.  Saya juga turut membantu datuk mengait buah  rambutan, manggis dan langsat. Setelah penat, kami berehat seketika di pondok yang dibina khas untuk datuk menunggu durian gugur pada waktu malam.

     Setelah beberapa hari di rumah datuk, tibalah masanya untuk kami pulang ke kota. Datuk mengisi beberapa biji durian, bebarapa ikat rambutan dan buah-buahan lain ke dalam bagasi kereta ayah.

Karangan Catatan: Berhari Raya Di Kampung

Pengalaman berhari raya bersama keluarga amat menyeronokkan. Tuliskan sebuah catatan tentang pengalaman kamu selama dua hari menyambut Hari Raya Aidilfitri di kampung.

Ahad, 25 Jun 2017

5.30 pagi
Aku bangun awal hari ini kerana begitu teruja untuk menyambut hari raya bersama nenek kesayanganku. Setelah siap mandi dan solat Subuh, aku mengenakan pakaian baharuku. Kami sekeluarga berpakaian sedondon, serba merah.

8.00 pagi
Kami sekeluarga ke masjid untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri. Selepas solat, kami mengambil kesempatan menziarahi pusara datukku di belakang masjid.Aku menghadiahkan bacaan al-Fatihah kepada arwah datuk.

11.00 pagi
Ramai tetamu yang bertandang ke rumah nenekku. Aku membantu ibu menghidangkan juadah kepada para tetamu. Selepas menjamu selera, kami bermaaf-maafan dan bersalam-salaman.

Isnin, 26 Jun 2017

8.00 pagi
Hari ini, ayah telah membawa kami menziarahi sanak saudara yang tinggal di kampung berhampiran. Aku sangat gembira dapat berjumpa dengan sepupu-sepupuku. Sambil menikmati juadah yang lazat, ayah bercerita tentang pengalamannya menyambut hari raya semasa kecil dahulu.

2.00 petang
Aku berasa sedih apabila terpaksa berkemas untuk pulang ke rumah di kota kerana ayah hanya bercuti selama dua hari. Kami berangkat pulang setelah berpeluk-pelukan dengan nenek.

Karangan Keperihalan: Percutian di Cameron Highland

Percutian di Cameron Highland.

Pada cuti sekolah yang lalu, aku bersama keluarga dapat bercuti di Cameron Highland, Pahang. Kami sampai di tempat penginapan di Brinchang setelah menempuh perjalanan selama 5 jam.

     Petang itu kami berehat sahaja di hotel. Sebelah malam, kami turun ke pasar malam Brinchang untuk membeli makanan. Pasar malam di sini sungguh meriah. Ramai penjual dan pembeli yang terdiri daripada pelbagai kaum.

     Keesokan paginya, kami bertolak ke Ladang Teh Cameron Bharat yang terletak di Tanah Rata. Ladang tehnya sungguh luas dan menghijau. Kami boleh minum teh dan membeli teh untuk dibawa pulang.

     Kemudian, kami bertolak pula ke Pusat Penyelidikan MARDI. Banyak tempat menarik yang boleh dilawati dalam kawasan MARDI antaranya, air terjun buatan, taman-taman bunga, ladang strawberi dan lain-lain. Aiskrim dan jus strawberi juga boleh diminum di sana.

      Pada waktu petangnya pula kami bertolak pula ke lading strawberi yang terletak di kaki gunung. Pokok-pokok strawberi yang subur disusun bertingkat-tingkat. Buahnya yang merah kelihatan bergantungan.

      Pada sebelah malam, kami terlelap awal kerana keletihan. Keesokan paginya, kami bertolak pulang dengan berat hati kerana belum puas menikmati keindahan di Cameron Highland. Lain kali kami akan datang lagi.

Karangan Keperihalan: Bercuti di Kampung

Pengalaman Bercuti di Kampung.

    Pada cuti sekolah yang lalu, saya telah berpeluang pulang ke kampung datuk dan nenek saya yang terletak di Pasir Puteh Kelantan.  Saya bertolak  ke sana pada awal pagi dengan menaiki bas dari Kota Bharu. Datuk menunggu saya di stesen bas Pasir Puteh.
     
    Setibanya di rumah datuk, nenek sedang  menunggu dengan hidangan makan tengah hari. Saya makan dengan berselera sekali kerana terlalu lapar, tambahan pula masakan ikan haruan dan puyu yang nenek sediakan amat menyelerakan.

     Setelah berehat dan bersolat Zuhur, datuk mengajak saya ke sungai yang terletak tidak jauh dari rumahnya untuk memancing dan melihat lukah yang ditahannya. Saya sangat seronok kerana inilah aktiviti yang amat saya tunggu-tunggu. Datuk mengajar saya teknik  memancing ikan di sungai.
     
     Pada sebelah petang pula, datuk mengajak saya ke sawahnya. Sawah datuk sangat luas.  Di sini,  saya berpeluang melihat beberapa orang petani bekerja di sawah mereka.  Ada yang sedang merumput, membaja dan membaiki batas-batas sawah.

    Keesokan harinya, beberapa orang sepupu saya mengajak saya ke hutan untuk mencari buluh untuk membuat wau. Saya berasa sangat teruja kerana  ini adalah peluang keemasan kepada saya untuk belajar membuat  wau. Setelah seharian bertungkus-lumus, saya berjaya membuat sebuah wau kucing yang sederhana besarnya.


   Setelah seminggu berada di rumah datuk dan nenek, ayah dan ibupun datang menjemput saya pulang kerana cuti akan berakhir  tidak lama lagi. Walaupun agak keberatan untuk meninggalkan datuk dan nenek, tetapi saya berasa amat gembira kerana mendapat pelbagai pengalaman menarik pada cuti kali ini.

Karangan Keperihalan: Pengalaman Bercuti di Langkawi

Percutian Di Pulau Langkawi

Pada cuti persekolahan minggu lalu, ayah talah membawa kami sekeluarga makan angin di Pulau Langkawi. Kami pergi dengan menaiki kereta Naza Ria. Setelah melalui lebuh raya selama tujuh jam, akhirnya kami tiba di Kuala Perlis.
       Kami kemudiannya menaiki feri menuju ke Jeti Kuah.Perjalanan yang mengambil masa hampir satu jam itu saya gunakan untuk menikmati keindahan laut yang membiru. Nun di kejauhan,saya terlihat sampan nelayan berkolek-kolek dipukul ombak.
       Apabila tiba di jeti, ayah segera menyewa sebuah kereta. Ayah membawa kami ke sebuah hotel yang sudah ditempah. Sesampainnya di hotel, kami segera mandi, bertukar pakaian dan bersolat.
       Hari kedua kami isikan dengan melawat sekitar pulau. Kami tidak melepaskan peluang melihat tempat-tempat menarik seperti Makam Mahsuri dan Kampung Buku. Kami juga tidak melepaskan peluang membina istana pasir di pantai yang pasirnya memutih dan bersih.
       Ibu mengajak kami membeli-belah di Pekan Kuah. Banyak barang yang ibu beli seperti pinggan mangkuk dan kain batik. Untuk kami yang seramai enam orang, ibu belikan pakaian dan coklat.

       Hari ketiga, kami berangkat pulang meninggalkan pulau yang indah, bersih dan menarik itu.Tempoh tiga hari bagi kami tidak mencukupi untuk melawat sebuah pulau yang agak luas. Namun, pengalaman percutian itu amat besar maknanya bagi saya.

Karangan Perihal Pengalaman Bercuti Di Melaka

Percutian Saya Di Melaka
     
Pada minggu lepas, saya dan keluarga saya telah pergi bercuti di Melaka. Pada pukul 11.00 pagi, kami telah bertolak menuju ke destinasi kami. Selepas dua jam, kami tiba di sana. Ayah telah menempah sebuah bilik di "A' Famosa Resort".

      Selepas itu, kami telah ke bilik hotel lalu meletakkan barang-barang kami ke dalam bilik. Kami telah makan tengah hari di Restoran Dapur Penyet. Makanan di sana sungguh sedap.

     Selepas makan tengah hari, kami telah ke Muzium Samudera.Muzium tersebut dibina berdasarkan replika Kapal Portugis berukuran 34 meter tinggi, 36 meter panjang dan 8 meter lebar. Muzium Samudera terletak di Jalan Quayside berhampiran muara Sungai Melaka.          
        Kemudian, kami telah pergi ke Kota A 'Famosa. Kota A 'Famosa merupakan sebuah kubu yang dibina oleh orang Portugis selepas menakluk Melaka pada 1511. Kami telah bergambar bersama-sama sebagai kenangan. Selepas makan malam, saya dan keluarga saya telah pulang ke bilik untuk merehatkan diri.
         Pada keesokan harinya, kami telah bersiap - siap untuk bermandi-manda di kolam renang di tempat penginapan kami. Air kolam renang tersebut sungguh sejuk dan menyegarkan. 
         
       Pada pukul 8.00 malam, kami telah menyaksikan "Red Indian Show". Sebuah pertunjukkan api telah diadakan. Pada masa itu, kami boleh merasakan kepanasan api tersebut. Selepas pertunjukkan itu, kami telah pulang ke bilik untuk berehat.

        Pada hari berikutnya, kami telah bertolak pulang. Kami telah tiba di rumah pada pukul 11.00 pagi. Saya berharap kami sekeluarga dapat melawat Melaka pada cuti sekolah akan datang.
        

Karangan Catatan Tentang Percutian Di Tempat Menarik

Soalan : Kamu dan keluarga telah bercuti di suatu tempat yang menarik pada cuti sekolah yang lalu.Tulis catatan tentang percutian tersebut.

8.30 pagi
Aku dan keluarga menaiki feri dari jeti Kuala Kedah.Perjalanan kami ke Pulau Langkawi mengambil masa kira-kira satu jam lamanya. Aku berasa seronok apabila melihat keindahan laut yang saujana luasnya.

9.30 pagi
Kami tiba di jeti Kuah.Ayah menyewa sebuah kereta untuk memudahkan perjalanan.Kami turut diberi buku panduan tentang tempat-tempat yang menarik di Pulau Lagenda ini.


10.00 pagi
Kami sekeluarga menuju ke Underwater World.Di sini terdapat pelbagai jenis ikan yang kebanyakannya tidak terdapat di negara kita.Aku berasa terkilan kerana pengunjung tidak dibenarkan merakam foto sebagai kenang-kenangan.

12.00 tengah hari
Kami berkunjung ke Galeri Tun Dr Mahthir.Terdapat pelbagai barangan milik Perdana Menteri Malaysia yang keempat yang bernilai tinggi dipemerkan di sini.Cenderamata-cenderamata tersebut kebanyakannya diterima sepanjang tempoh perkhidmatan beliau sebagai Perdana Menteri.

2.30 petang
Kami menaiki kereta kabel di Gunung Mat Cincang.Aku memeluk ibu kerana berasa gayat berada di tempat yang tinggi.Namun aku kuatkan hati untuk melihat keindahan Pulau Langkawi.

7.00 petang
Selepas membeli belah di Pekan Kuah,kami bertolak pulang.Kami menaiki feri ke Kuala Kedah.Meskipun kunjungan kami singkat,namun aku berasa puas kerana dapat menghabiskan masa bersama keluarga sepanjang hari.

15/04/2017

30 Soalan Kata Kerja

LATIHAN KATA KERJA

Pilih jawapan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah.

1) Puan Amirah____________ kari ayam dan rendang daging untuk hidangan makan   malam.
    A menggoreng                                       C menjerang
    B memasak                                           D memotong

2) Kapal terbang itu akan _________ dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim pada pukul 10.45 malam.
   A berlepas                                             C bertolak
   B berangkat                                           D berjalan

3) Kami________terbahak-bahak apabila menonton rancangan ‘Maharaja Lawak’.
   A menangis                                            C ketawa
   B menjerit                                              D melompat

4) Encik  Wafi__________rumahnya dengan lampu berwarna-warni untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.
   A membakar                                         C menconteng
   B membersihkan                                    D menghiasi
5) Mangsa-mangsa kebakaran itu telah_____ke tempat yang telah disediakan.
   A berpindah                                          C berlari
   B bermain                                             D berdiri

6) Encik Waiz_________ sanak saudaranya datang ke majilis perkahwinan anak sulungnya.
   A meminta                                            C mengangkut
   B menjemput                                        D menghantar

7) Kami sekeluarga ______di tepi pantai  sambil melihat kanak-kanak bermain layang-layang.
   A berpindah                                         C berehat
   B beradu                                              D berlatih

8) Pemandu bas pesiaran itu_______ dengan laju tanpa menghiraukan keselamatan para penumpang.
   A membawa                                        C mengangkut
   B memandu                                         D menunggang



9) Budak-budak itu__________ bertempiaran apabila ternampak seekor anjing berlari ke arah mereka.
    A duduk                                            C tidur
    B turun                                              D lari

10)Ular sawa yang _____ayam-ayam Pak Cik Afnan berjaya ditangkap oleh penduduk kampung.
    A membunuh                                    C mengulung 
    B mematuk                                       D memakan            
       
11) Stadium Darul Aman menjadi sesak kerana­­­­­­­­­­­­­­­_____________ribuan penonton untuk menyaksikan perlawanan akhir Bola Sepak Rakyat anjuran  Kementerian Belia dan Sukan.
A dilimpahi                                      C dibanjiri
B dilawati                                         D dikerumuni

12 Amira ________kesakitan apabila doktor mencuci lukanya.
A merintih                    B mengeluh        
C mengenang               D mengerang

13  Badan Nabil__________kerana ketakutan.
A menggeliat                  B menggeletar  
C menggelupur              D menggelepar

14  Peminta sedekah itu ___________oleh pekerja restoran tersebut.
A dihalang                    B dibuang          
C dihalau                     D ditindas

15 Mak Cik Izzati  sedang ___________bawang di dapur.
A menumbuk              B mengetuk        
C memukul                 D memalu

16  Kakak ____________kelapa untuk mendapatkan santannya.
A memicit                    B melenyek         
C memerah                 D menindih

17  Anak ayam lari bertempiaran apabila seekor helang cuba______.
A merenggut               B menyambar      
C merampas               D mengambil

18  Persatuan Seni Lukis Sekolah Kebangsaan Seri Kampar akan ______pameran lukisan.
A melaksanakan         B menjalankan     
C mengadakan           D melahirkan

19 Kampung Batu 8 dan Kampung Batu 9 _________oleh sebatang sungai.
A terbelah               B terpisah               
C terpecah              D terbahagi

20 Ular sawa itu __________ seekor kambing.
A menelan              B meneguk             
C mengunyah         D menghisap

21 Sebelum sesuatu aktiviti dijalankan kita perlulah _________nya terlebih dahulu.
A merancang             B menimbang         
 C melaksana            D melihat

22 Mak Esah __________ ayam yang telah dipotong itu dengan garam dan kunyit sebelum menggorengnya.
A) menabur                    B) melumur             
C) memalit                     D) mencalit

23 “Saya ___________ kerjasama yang sepenuhnya daripada semua pihak,” kata Tuan Ismail.
A) mengharapkan          B) menginginkan   
C) meletakkan                 D) melepaskan

24  Keluarga Pak Mail telah ___________ di kampung ini sejak dua puluh tahun yang lalu.
A) bermastautin                     B) berziarah             
C) bertukar                             D) bernaung

25  Malaysia banyak ______________ barangan elektrik untuk dieksport ke luar Negara.
A) memperoleh                      B) mendapatkan         
C) menyediakan                     D) menghasilkan

26  Pekerja itu sedang tekun __________ kain dengan corak batik di bengkel tersebut.
A) menekan                       B) menekap                
C) mengecop                      D) mengecap

27 Nenek _____________ sayur kacang panjang untuk hidangan tengah hari nanti.
A) menjerang                     B) mengukus               
C) mencelur                        D) merebus


28  Selain puisi, satu bidang lagi yang ___________ nama Dato’ Dr Usman Awang ialah drama.
A) mewangikan                        B) mengharumkan       
C) mengindahkan                   D) menelokkan

29  Majlis perasmian pembukaan pasar raya baru itu ___________ dengan upacara memotong reben.
A) dihabisi                                 B) disudahi                
C) didahului                              D) dilapisi

30 Kerja-kerja meracun perlu dilakukan untuk _____________ tanaman daripada serangan penyakit dan serangga.
A) memusnahkan                    B) membiarkan  
 C) menghindarkan                  D) menghilangkan



Selamat Maju Jaya



19/04/2016

Program Kubaca Kuingat

      Program Kubaca Kuingat ini merupakan inisiatif cikgu untuk meningkatkan keupayaan murid-murid cikgu untuk mengingat idea-idea penting/utama sesuatu tajuk karangan.

      Hal ini kerana pada pendapat cikgu kesukaran para pelajar cikgu untuk menghasilkan sebuah karangan yang baik adalah kerana:

1. Kurang membaca yang mengakibatkan murid kurang idea tentang sesuatu topik;

2. Ada idea tetapi tidak tahu untuk menjana idea tersebut ke bentuk ayat dan perenggan, dan

3. Membaca tetapi tidak ingat- hal ini mungkin dapat diselesaikan apabila murid cikgu terpaksa membaca sekurang-kurang 3 kali bagi setiap karangan. Bukan hanya membaca, namun murid cikgu juga perlu mengingati beberapa idea kerana akan disoal oleh penguji.

Cara Pelaksanaan Program Kubaca Kuingat
1. Semua murid dibekalkan sekeping kad rekod Kubaca Kuingat.
2. Murid perlu membaca dan menulis/ menyalin terlebih dahulu karangan contoh yang diberi oleh guru.
3. Murid perlu membaca di hadapan tiga orang penguji iaitu:
     a) rakan
     b) waris ( ibu, bapa, datuk nenek, kakak, abang atau saudara yang lain yang lebih dewasa)
    c) guru (mana-mana guru di SK Batu 8) termasuk Guru Besar.
4. Setiap kali membaca di hadapan penguji, penguji hendaklah menyoal beberapa soalan tentang karangan yang dibaca untuk membantu murid-murid mengingati maklumat yang terdapat dalam karangan.
5. Penguji akan menandatangani pada kad rekod.
6. Untuk permulaan, cikgu mewajibkan tiga buah karangan dalam seminggu.
7 Hari Khamis, semua murid perlu tunjuk kad rekod masing-masing kepada guru BM kelas masing-masing untuk pemantauan.


" Kejayaan ialah milik orang yang berusaha"


Selamat Membaca.


Bahagian hadapan kad rekod Kubaca Kuingat


Bahagian Belakang



Faedah Hidup Bermasyarakat

Kehidupan kita akan lebih bermakna jika kita mengamalkan hidup bermasyarakat.
Tuliskan faedah-faedah yang diperoleh dengan mengamalkan hidup bermasyarakat.
Amalan hidup bermasyarakat merupakan amalan murni yang wajar diamalkan oleh semua rakyat Malaysia. Amalan ini banyak memberikan faedah dalam kehidupan kita.
        Antara faedah hidup bermasyarakat, ialah jiwa kita akan tenang dan dapat menjalani kehidupan dengan gembira. Hal ini kerana kita tidak akan keseorangan dan sunyi kerana sentiasa dikelilingi rakan dan jiran. Umpama aur dengan tebing, kita dan masyarakat adalah saling memerlukan.
        Selain itu, dengan mengamalkan hidup bermasyarakat juga kita akan dapat meringankan beban. Antara beban yang dapat diatasi ialah beban tenaga terutama ketika mengadakan kenduri atau apa-apa majlis. Jiran terdekat kita sudah pasti akan meringankan beban kita melalui amalan gotong-royong.
        Di samping itu, dengan amalan ini juga kita akan dapat menambah dan mengeratkan hubungan silaturahim. Hubungan yang baik akan terjalin jika kita melakukan aktiviti bersama-sama . Antara aktiviti masyarakat yang boleh diamalkan ialah ziarah-menziarahi, gotong-royong, bertukar-tukar hidangan dan berkongsi kereta ke tempat kerja.
        Seterusnya, amalan hidup bermasyarakat ini juga dapat menjamin keselamatan kita. Hal ini terbukti apabila wujudnya pasukan sukarela di taman-taman perumahan dan perkampungan yang berfungsi untuk mengawal keselamatan kawasan. Dengan kerjasama sebegini, keselamatan akan lebih terjamin.
        Sesungguhnya amalan hidup bermasyarakat banyak memberi impak positif. Oleh yang demikian, kita wajar mengamalkannya demi kebaikan bersama.

        

13/04/2016

Hasil kerja 6 Iltizam/ 2015

Sengaja cikgu simpan sini sebab sedang giat susun atur semula blog ni.Jika delete terus tak best lah. Kalau di sini boleh juga suatu hari nanti bekas anak murid cikgu jenguk yer..


Karang oleh:Muhd Hisshammudin bin Khairun Anuar


Karangan Cereka

       Pada cuti sekolah yang lalu,saya dan dua orang rakan telah pergi memancing di hujung kampung.Suatu kejadin yang mencabar dan menguji keberanian kami.
       Ketika saya membuka batang joran,saya ternampak  suatu objek bergerak-gerak.Saya dan rakan saya pergi ke tempat yang bergerak-gerak itu.
       Saya ternampak tga orang pemuda memegang tong.di tong itu tertulis “SISA TOKSIk”.barulah saya sedar bahawa pemuda-pemuda itu sedang menuang sisa toksik ke dalam sungai.
       Saya perlahan-lahan menyusup keluar dari semak.Saya terus pergi ke rumah tok penghulu dan menceritakan kejadian yang berlaku.Tok penghulu mengarah saya agar memberitahu polis
       Saya memberitahu pihak polis tentang kejadian tersebut dan lokasi kejadian.sepasukan polis telah mengepung penjenayah tersebut.penjenayah tersebut tidak sempat untuk melarikan diri.
       Akhir sekali,pemuda-pemuda itu diberkas oleh pihak polis.saya berterima kasih kepada ketua polis

************************************************************************************************************




Karangan oleh:Muhd Hanif Bin Ismail

Karangan Cereka

     Pada cuti yang lalu,saya bersama dua orang rakan telah  pergi mandi air terjun di hujung kampung. Suatu kejadian yang sukar dilupakan telah berlaku.

     Ketika kami menukar tukar baju untuk mandi,kami ternampak minyak di dalam air.Kami berasa hairan kerana terdapat bayak minyak hitam di permukaan air.Kami menjejaki jejak minyak itu.

     Saya cuba memasang  telinga ,saya terdengar percakapan mereka .Kami terus berjalan kearah bisikan itu.Kami ternampak ‘Sisa Toksik’. Barulah saya sedar bahawa mereka sedang membuang sisa toksid.

     Saya beundur secara perlahan-lahan untuk keluar  dari tempat tersebut.Saya terus pergi ke rumah tok penghulu  dan ceritakan kejadian tersebut.Tok penghulu mengarahkan kami agar melaporkan kepada pihak polis.

     Seterusnya,tok penghulu mengumpul orang kampung untuk mengepung penjenayah tersebut.Apabila pihak polis sampai,kami semua mengepung penjenayah tersebut.Ketua pihak polis berterima kasih kepada tok penghulu.


     Akhirnya ketiga-tiga penjenayah itu telah Berjaya diberkas oleh pihak polis.Tok penghulu mengucapkan terima kasih kepada kami atas maklumat yang diberikan.


********************************************************************************************************************************

Karangan oleh Nur Anis Irdina Bt Mahamad Zabidi.

Karangan Cereka

   Pada cuti sekolah yang lalu,saya dan dua orang rakan telah pergi mamancing di hujung kampung.Suatu kejadian yang sukar yang dilupakan telah berlaku.
   Ketika kami memancing ikan,saya ternampak air berwarna gelap.Kemudian,saya ternampak seperti ada beberapa orang  pemuda sedang memunggah sesuatu dari atas lori.Saya cuba amati pemuda itu dengan senyap-senyap.
   Saya cuba memerhati tong-tong yang mereka punggah.Di tong itu tertulis “SISA TOKSIK”.Barulah kami sedar bahawa empat orang pemuda itu tersebut sedang menuang sisa toksik ke dalam sungai.
Saya terus bergerak perlahan-lahan menuju ke telefon awam yang terletak di tepi jalan lalu menelefon pihak polis untuk membuat laporan.Saya menceritakan tentang pemuda-pemuda itu.
        Sesudah membuat laporan,pihak polis terus pergi ke sungai untuk menangkap pemuda-pemuda itu.pasukan polis mengepung penjenayah tersebut.Penjenayah itu telah ditangkap.
    Akhirnya,ketiga-tiga penjenayah yang membuang sisa toksik itu telah berjaya diberkas oleh pihak polis.Tok Penghulu berterima kasih kasih kepada kami atas maklumat yang diberikan.


********************************************************************************************************************************

Karangan oleh: Siti Zulaikha binti Zulkifkli
Karangan Cereka

            Pada cuti persekolahan lepas, saya dan dua orang sepupu 

saya iaitu Najmi dan Najma telah pergi menyauk ikan laga di 

sungai yang berada di hujung kampung. Suatu kejadian yang tidak 

disangka-sangka telah berlaku di depan mata kami.

            Ketika saya dan sepupu-sepupu saya asyik menyauk ikan 

laga yang berwarna-warni, saya telah terdengar orang bercakap di 

sebalik semak. Perasaan ingin tahu saya menyebabkan saya ingin 

mendengar perbualan mereka itu. Saya meninggalkan sepupu-

sepupu saya untuk pergi ke semak itu. Saya dapati tiga orang 

pemuda sedang berbual di sebalik semak itu.

            Lalu mereka memunggah beberapa buah tong dari lori itu. 

Saya mengamati apa yang tertulis di tong itu. Saya terkejut apabila 

saya melihat tulisan di tong itu ialah “SISA TOKSIK”. Mereka 

mengangkat tong dan membuang cecair sisa toksik itu ke dalam 

sungai. Saya amat marah dan sedih kerana perbuatan mereka yang 

membahayakan manusia dan alam sekitar.

            Saya berundur perlahan-lahan ke belakang dan pergi ke 

arah sepupu-sepupu saya . Sepupu-sepupu saya mencadangkan 

kami pergi dari situ dan pergi memberitahu kepada Tok Penghulu. 

Setelah keluar dari situ, kami berlari sepantas mungkin menuju ke 

rumah Tok Penghulu untuk menceritakan tentang kejadian itu.

            Habis mendengar cerita saya, Tok Penghulu menelefon 

pihak polis untuk melaporkan kejadian jenayah yang berlaku di 

kampungnya. Dengan segera Tok Penghulu memanggil orang-

orang kampung untuk pergi ke tempat kejadian. Apabila sampai di 

sana, kami dapati pihak polis telah mengepung penjenayah-

penjenayah itu. Penjenayah-penjenayah itu tidak sempat untuk 

melarikan diri.

            Akhirnya ketiga-tiga penjenayah yang membuang sisa-sisa 

toksik itu telah berjaya diberkas oleh pihak polis. Tok Penghulu 

berterima kasih kepada kami atas maklumat yang diberikan.

************************************************************************************************

KARANGAN OLEH: NURUL ASYILAH ZAFIRAH BT ZULKIFLEEAMIN
Karangan Cereka

       Pada cuti persekolahan yang lalu,saya,Afrina dan Sufira telah pergi memancing di hujung kampung.Suatu kejadian yang mencabar  dan menguji keberanian kami.
       Ketika saya begitu asyik mencari umpan kami ternampak objek yang bergerak-gerak.Saya amati objek yang bergerak itu. Kelihatan dua orang pemuda sedang bercakap tentang pembuangan sisa toksik ke dalam sungai.Kami baru sedari bahawa pemuda- pemuda tersebut sedang membuang” SISA TOKSIK” ke dalam sungai.
       Kami menyusup ke sebalik semak untuk mengelak daripada ditangkap oleh pemuda-pemuda itu.Kami segera ke rumah Tok penghulu untuk melaporkan tentang kejadian yang berlaku di sungai.
       Kemudian, Tok Penghulu menelefon anggota polis untuk melaporkan kerjadian tersebut. Sementara menunggu polis tiba,Tok Penghulu memanggil penduduk kampung untuk membantu polis mengepung perjenayah di tempat kejadian tersebut. Setibanya anggota polis,penduduk kampung terus pergi mengepung pemuda-pemuda itu di tempat kejadian.
       Akhirnya,pemuda pemuda itu dapat diberkas oleh anggota polis.Tok Penghulu mengucapkan terima kasih kepada kami.

********************************************************************************************************************************
KARANGAN OLEH:PUTERI NUR SYASYABILA BT.TUAN ZAMANI

Krangan cereka.
      
Pada cuti persekolahan yang lalu, saya bersama dua orang sepupu telah pergi memancing di sungai yang berdekatan dengan kampung.Suatu kejadian yang sukar dilupakan telah belaku.
       Ketika saya begitu asyik memancing kami ternampak objek yang bergerak di sebalik semak.Saya amati objek yang bergerak itu. Kelihatan   seorang pemuda sedang mengawal di hadapan lori.Kami dapati lori itu dipenuhi dengan tong- tong yang tertulis “SISA TOKSIK”.Kami baru sadari bahawa pemuda itu sedang membuang sisa-sisa toksik ke dalam sungai.
 Kami menyusup di sebalik semak untuk mengelak daripada ditangkap.Kami segera pulang ke rumah untuk memberitahu kepada bapa saya untuk menelefon pihak polis.Kami juga pergi ke rumah Tok Penghulu untuk menceritakan kes tersebut.
Kemudian, Tok Penghulu memangil penduduk kampung.Penduduk kampung berkumpul untuk menangkap penjenayah. Setibanya anggota polis,penduduk kampung pergi mengepong penjenayah di tempat kejadian.
Ahirnya,penjenayah-penjenayah yang membuang sisa-sisa toksik itu dapat diberkas oleh anggota polis.Tok Penghulu memuji atas tindakkan kami.

*************************************************************************************************************************

Karangan oleh : Muhd Nur Rahmad Bin Samsuddin

Karangan Cereka
     Pada cuti penggal yang lalu, saya bersama dua orang adik saya telah pergi menyauk ikan laga di sebuah sungai.Suatu kejadian yang sukar dilupakan telah berlaku.
      Ketika saya sibuk menyauk ikan laga , saya ternampak permukaan sungai berminyak . Saya terus memanggil dua orang adik saya untuk mencari punca yang menyebabkan  air itu kelihatan berminyak. Saya dan dua orang adik saya berjalan sepanjang sungai dan kami terdengar beberapa orang yang sedang berbual-bual.
     Selain itu, saya jua ternampak sebuah lori yang sarat dengan tong yang tertulis “SISA TOKSIK”. Barulah saya sedar bahawa mereka telah membuang sisa-sisa toksid ke dalam sungai dan menyebabkan sungai tercemar.
     Selepas itu, Saya dan dua adik saya terus berlari degan berhati-hati keluar dari hutan dan terus menuju ke rumah Tok Penghulu .

Akhirnya, ketiga-tiga penjenayah yang membuang sisa toksid itu telah Berjaya diberkas oleh pihak polis. Tok Penghulu berterima kasih kepada kami atas maklumat yang diberikan.

********************************************************************************************************************************

Karangan Oleh:Zaim Zal Hasmi Bin Azriman

Karangan Cereka

Pada suatu hari,saya dan dua orang adik saya telah pergi memancing di hujung kampung.Suatu kejadian yang sukar dilupakan telah berlaku.
     Ketika saya menyauk ikan di dalam sungai ,saya telah terlihat suatu objek bergerak-gerak di dalam sungai.Saya amati objek yang bergerak itu.
     Saya cuba memerhati tong-tong yang mereka punggah.Di tong itu tertulis’’SISA TOKSIK’’.Barulah  saya sedar bahawa pemuda –pemuda tersebut  sedang membuang sisa toksik ke dalam sungai.
     Saya perlahan-lahan menyusup keluar dari semak,saya terus pergi ke rumah penghulu dan menceritakan kejadian yang berlaku.Tok Penghulu mengarahkan saya agar memberitahu kejadian tersebut kepada pihak polis.
     Saya memberitahu pihak polis tentang kejadian tersebut dan lokasi kejadian,selepas sepuluh minit polis pun tiba.Sepasukan polis terus mengepung penjenayah tersebut,penjenayah tersebut tidak sempat melarikan diri.
     Akhirnya,ketiga-tiga penjenayah yang membuang sisa toksik itu telah Berjaya diberkas leh pihak polis.Tok penghulu mengucapkan terima kasih kepada kami atas maklumat yang diberikan.

********************************************************************************************************************************

Karangan oleh: Amaal Fithriyaani bt. Abdul Malek

Karangan Cereka
       Pada hujung minggu yang lalu,saya dan dua orang rakan karib telah pergi memancing di hujung kampung.Suatu kejadian yang mencabar keberanian kami telah berlaku.
       Ketika kami begitu asyik memancing ,kami telah terdengar suara orang berbisik-bisik.Saya memasang telinga untuk mendengar perbualan mereka dengan lebih jelas.Saya terdengar mereka bercakap-cakap tentang bahan-bahan toksik berdekatan sebuah lori.
       Saya cuba melihat tong-tong yang berada di sebalik serumpun pokok serai berdekatan lori tersebut.Di tong itu tertulis “AWAS BAHAYA SISA TOKSIK”. Sekarang barulah saya sedar bahawa mereka sedang membuang sisa-sisa toksik yang berbahaya ke dalam sungai.
       Secara senyap-senyap saya dan dua orang rakan karib berundur dengan berhati-hati agar langkah kami tidak diketahui oleh penjenayah tersebut.Sepantas kilat,kami berlari ke rumah Tok Penghulu untuk memaklumkan kejadian yang berlaku serta lokasinya.
Kemudian,Tok Penghulu pun melaporkan kejadian tersebut kepada pihak polis dengan segera.Tok Penghulu dan penduduk kampung ke tempat kejadian.Sepasukan polis telah tiba dan mengepung penjenayah tersebut.
       Akhirnya,ketiga-tiga penjenayah yang membuang sisa-sisa toksik itu telah berjaya diberkas oleh pihak polis.Tok Penghulu mengucapkan terima kasih kepada kami atas maklumat yang diberikan.

*********************************************************************************************************************
Karangan oleh:khairun nizwan bin khairun nazmi   

Karangan cereka

     Pada cuti sekolah, yang lalu,saya dan dua orang rakan telah pergi menyauk ikan laga di hujung kampong.suatu kejadian yang mencabar kepada kami telah berlaku.

     Ketika saya menyauk ikan laga,saya telah terlihat suatu objek bergerak-gerak di sebalik semak.Saya amati objek yang bergerak itu.Saya ternampak dua orang lelaki sedang menurunkan sesuatu dari atas lori.
     Saya cuba memerhati tong-tong yang mereka turunkan.di tong itu tertulis “SISA TOKSIK”barulah saya tahu bahawa lelaki itu sedang membuang sisa toksik ke dalam sungai.
     Semasa mereka sedang membuang sisa toksik,saya menyusup di sebalik semak menuju ke rumah tok penghulu untuk melaporkan kejadian itu.
Saya turut memaklumkatlokasi kejadian.
      Selepas itu, tok penghulu melaporkan kejadian itu kepada pihak polis dan mengumpul orang orang kampung membantu pihak polis mengepung penjenayah itu.


***************************************************

Karangan oleh:Nur Aina Asyirah bt Saidin.

Karangan Cereka.

       Pada minggu lepas yang lalu,saya dan dua orang sepupu telah memancing  ikan di hujung kampong.Suatu kejadian yang mencabar keberanian kami telah berlaku.
      
       Ketika saya begitu asyik memancing  ikan,saya terdengar suara orang berbisik-bisik.Saya memasang telinga untuk mengetahui perkara yang dibisikkan.Saya terdengar mereka bercakap-cakap tentang sisa toksik yang diambil di kilang.

       Saya cuba melihat di sebalik serumpun buluh yang berdekatan dengan lori itu.Saya terlihat tong-tong yang tertulis”AWAS SISA TOKSIK”.Sekarang barulah saya sedar bahawa mereka sedang membuang sisa toksik ke dalam sungai.

       Secara senyap-senyap saya dan dua orang sepupu berundur dengan menyusuk agar tidak diketahui oleh mereka.secepatnya mungkin,kami berlari ke rumah Tok Penghulu untuk memaklumkan kejadian yang telah berlaku serta lokasi kejadian.

       Kemudian,Tok Penghulu pun melaporkan kepada pihak polis tentang kejadian tersebut dengan segera.Tok Penghulu telah mengumpul orang-orang kampung untuk menuju ke tempat kejadian.sepasukan polis telah tiba dan mengepung penjenyah yang telah membuang sisa toksik yang diambil di kilang.

       Akhirnya,ketiga-tiga penjenayah itu berjaya diberkas oleh sepasukan polis.Tok Penghulu berterima kasih kepada kami atas maklumat yang diberikan.

********************************************************************************************************************************

Karangan oleh: Nur hasrulnisya binti ismail.


Karangan Cereka
Pada cuti persekolahan yang lalu,saya
Dan dua orang sepupu telah pergi  menyauk ikan laga disungai yang terletak di hujung kampung .
Suatu kejadian yang tidak di sangka-sangka telah
berlaku .
Ketika kami ber tiga  sedang memasang umpan
di mata kail ,kami ternampak objek yang bergerak-gerak.Kami amati dua orang lelaki sedang memunggah tin-tin di atas lori.
Kami cuba memerhati tong-tong yang
mereka punggah .Di tong itu tertulis “SISA TOKSIK”. Kami nampak  tiga orang pemuda membuang sisa toksik ke dalam sungai .Kami berasa sedih kerana pemuda-pemuda itu membuat kesalahan di sisi undang-undang .

Kami berjalan dengan perlahan-lahan
keluar dari hutan .Kami memberitahu Tok Penghulu  bahawa tiga orang pemuda membuang  sisa toksik
ke dalam sungai. Tok Penghulu menyuruh kami pergi ke balai polis untuk membuat laporan.
Kemudian , Tok Penghulu mengumpul orang
Kampung dan mengepung penjenayah di lokasi kejadian tidak,beberapa lama kemudian pihak polis sampai.

Akhirnya, ke tiga-tiga penjenayahyang membuang sisa-sisa toksik itu telah berjaya di berkas oleh pihak polis.Tok Penghulu mengucapkan terima kasih  kepada kami atas maklumat yang di berikan .

*******************************************************************************************************************************
 KARANGAN OLEH:MUHD IKRAM FITRI BIN MOHD AZUAN



******************************
KARANGAN OLEH: WAN SYIFA ALYAA BT. WAN NAZRI

KARANGAN CEREKA
       Pada beberapa bulan yang lalu,saya dan dua orang sahabat telah pergi memancing di hujung kampung. Suatu kejadian yang mencabar keberanian kami telah berlaku di situ.
       Ketika kami sedang asyik  memancing ikan,kami  telah terdengar orang bercakap-cakap. Saya memasang telinga untuk mendengar perbualan mereka dengan teliti. Saya terdengar beberapa orang pemuda sedang berbual-bual  tentang bahan-bahan toksik sambil memunggah sesuatu di atas lori.
       Saya cuba mendekati lori itu untuk memerhati tong-tong yang berdekatan pemuda-pemuda itu.Di tong itu tertulis”AWAS BAHAYA SISA TOKSIK”.Barulah saya tahu yang mereka menjalankan aktiviti yang berbahaya.
       Saya dan dua orang sahabat saya berundur secara senyap-senyap.Kemudian dengan sepantas kilat,kami pergi ke rumah tok penghulu.Kami memaklumkan kepada tok penghulu tentang kejadian yang kami lihat dan lokasinya.
       Kemudian,tok penghulu mengumpul penduduk kampung dan melaporkan tentang kejadian tersebut kepada pihak polis.Tok penghulu menyuruh penduduk kampung mengepung penjenayah di tempat kejadian,tidak berapa lama kemudian pihak polis sampai.
       Akhirnya,penjenayah-penjenayah yang membuang sisa toksik itu telah berjaya diberkas oleh pihak polis.Tok penghulu berterima kasih kepada kami atas maklumat yang diberikan

**************************************************************
Karanganoleh:SyazaniAizatB.Radzaini

KaranganCereka

Padacuti yang sekolahlalu ,sayabersamarakan – rakantelahpergimandi air terjun di kampungsebelah.Suatukejadian yang sukardilupakantelahberlaku.

Selepas  kamimenukarbajuuntukmandi, kami terusterjunkesungai.Kami berasahairankeranaterdapatbanyakminyakhitam di permukaan air. Kami mengikutjejakminyakitu .
Sayacubamemasangtelingasayaterdengar
perbualan.Kami kearahperbualitu kami ternampak
tiga orang membuangsesuatubenda . Di tong tertulis “SISA TOKSIK”. Barulahsayasedarbahawapemuda – pemudatersebutsedangmembuangsisatoksikkedalamsungai .
Sayaperlahan – lahanmenyusupkeluardaritempatitu,sayateruskerumahtokpenghuludanmenceritakankejadian yang berlaku .Tokpenghulumengarahkansaya agar beritahukepadapolis .Tokpenghulupergiketempatkejadiandenganpendudukkampung .
Selepas limaminit, polis tiba di tempatkejadian . Kami mengepungtigalelakiitu .Tokpenghuluberterimakasih .
Akhirnyaketiga-tigapenjenayahitutelah Berjaya diberkasolehpihakpolis .Tokpenghulummeguncapkanterimakasihkepada kami atasmaklumat yang diberikan