Pengalaman Bercuti di Kampung.
Pada cuti sekolah yang lalu, saya telah berpeluang pulang
ke kampung datuk dan nenek saya yang terletak di Pasir Puteh Kelantan.
Saya bertolak ke sana pada awal pagi dengan menaiki bas dari Kota Bharu.
Datuk menunggu saya di stesen bas Pasir Puteh.
Setibanya di
rumah datuk, nenek sedang menunggu dengan hidangan makan tengah hari.
Saya makan dengan berselera sekali kerana terlalu lapar, tambahan pula masakan
ikan haruan dan puyu yang nenek sediakan amat menyelerakan.
Setelah berehat
dan bersolat Zuhur, datuk mengajak saya ke sungai yang terletak tidak jauh dari
rumahnya untuk memancing dan melihat lukah yang ditahannya. Saya sangat seronok
kerana inilah aktiviti yang amat saya tunggu-tunggu. Datuk mengajar saya teknik
memancing ikan di sungai.
Pada
sebelah petang pula, datuk mengajak saya ke sawahnya. Sawah datuk sangat luas.
Di sini, saya berpeluang melihat beberapa orang petani bekerja di
sawah mereka. Ada yang sedang merumput, membaja dan membaiki batas-batas
sawah.
Keesokan harinya,
beberapa orang sepupu saya mengajak saya ke hutan untuk mencari buluh untuk
membuat wau. Saya berasa sangat teruja kerana ini adalah peluang keemasan
kepada saya untuk belajar membuat wau. Setelah seharian bertungkus-lumus,
saya berjaya membuat sebuah wau kucing yang sederhana besarnya.
Setelah seminggu berada di
rumah datuk dan nenek, ayah dan ibupun datang menjemput saya pulang kerana cuti
akan berakhir tidak lama lagi. Walaupun agak keberatan untuk meninggalkan datuk dan nenek, tetapi saya berasa amat gembira kerana mendapat
pelbagai pengalaman menarik pada cuti kali ini.
No comments :
Post a Comment