Percutian di Cameron Highland.
Pada cuti sekolah yang lalu, aku bersama
keluarga dapat bercuti di Cameron Highland, Pahang. Kami sampai di tempat
penginapan di Brinchang setelah menempuh perjalanan selama 5 jam.
Petang itu kami berehat sahaja di hotel. Sebelah malam, kami turun ke
pasar malam Brinchang untuk membeli makanan. Pasar malam di sini sungguh
meriah. Ramai penjual dan pembeli yang terdiri daripada pelbagai kaum.
Keesokan paginya, kami bertolak ke Ladang Teh Cameron Bharat yang
terletak di Tanah Rata. Ladang tehnya sungguh luas dan menghijau. Kami boleh
minum teh dan membeli teh untuk dibawa pulang.
Kemudian, kami bertolak pula ke Pusat Penyelidikan MARDI. Banyak tempat
menarik yang boleh dilawati dalam kawasan MARDI antaranya, air terjun buatan, taman-taman
bunga, ladang strawberi dan lain-lain. Aiskrim dan jus strawberi juga boleh
diminum di sana.
Pada waktu petangnya pula kami bertolak pula ke lading strawberi yang
terletak di kaki gunung. Pokok-pokok strawberi yang subur disusun
bertingkat-tingkat. Buahnya yang merah kelihatan bergantungan.
No comments :
Post a Comment