Rain


18/07/2017

Karangan Catatan: Berhari Raya Di Kampung

Pengalaman berhari raya bersama keluarga amat menyeronokkan. Tuliskan sebuah catatan tentang pengalaman kamu selama dua hari menyambut Hari Raya Aidilfitri di kampung.

Ahad, 25 Jun 2017

5.30 pagi
Aku bangun awal hari ini kerana begitu teruja untuk menyambut hari raya bersama nenek kesayanganku. Setelah siap mandi dan solat Subuh, aku mengenakan pakaian baharuku. Kami sekeluarga berpakaian sedondon, serba merah.

8.00 pagi
Kami sekeluarga ke masjid untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri. Selepas solat, kami mengambil kesempatan menziarahi pusara datukku di belakang masjid.Aku menghadiahkan bacaan al-Fatihah kepada arwah datuk.

11.00 pagi
Ramai tetamu yang bertandang ke rumah nenekku. Aku membantu ibu menghidangkan juadah kepada para tetamu. Selepas menjamu selera, kami bermaaf-maafan dan bersalam-salaman.

Isnin, 26 Jun 2017

8.00 pagi
Hari ini, ayah telah membawa kami menziarahi sanak saudara yang tinggal di kampung berhampiran. Aku sangat gembira dapat berjumpa dengan sepupu-sepupuku. Sambil menikmati juadah yang lazat, ayah bercerita tentang pengalamannya menyambut hari raya semasa kecil dahulu.

2.00 petang
Aku berasa sedih apabila terpaksa berkemas untuk pulang ke rumah di kota kerana ayah hanya bercuti selama dua hari. Kami berangkat pulang setelah berpeluk-pelukan dengan nenek.

No comments :