Kebaikan Membeli Barangan Buatan Malaysia
Slogan Belilah Barang Buatan Malaysia merupakan
slogan yang sering kita dengar sama ada di televisyen atau di radio. Banyak kebaikan yang akan kita peroleh
dengan membeli barangan buatan Malaysia.
Antara
kebaikan membeli barangan buatan Malaysia ialah dapat menjimatkan kos.
Barangan yang dihasilkan di dalam negara sudah pasti dapat dijual dengan murah
kerana tidak perlu menampung kos pengangkutan untuk membawa masuk produk dari
luar negara. Selain itu kos pembuatannya juga murah kerana menggunakan bahan
mentah yang tidak perlu diimport.
Seterusnya,
kita juga dapat menggunakan barangan
yang berkualiti jika membeli barangan buatan Malaysia. Barangan buatan
Malaysia sudah setanding mutunya dengan barangan luar negara. Hal ini kerana,
penghasilan produk di dalam Malaysia perlu mematuhi piawaian yang ditetapkan.
Di
samping itu, barangan buatan Malaysia mudah didapati di mana-mana kedai di
Malaysia. Banyak kedai yang menjual barangan buatan Malaysia lantaran
harganya yang murah dan kualitinya yang baik. Lebih-lebih lagi kerajaan
Malaysia telah mewujudkan rangkaian kedai yang hanya menjual barangan buatan
Malaysia iaitu Kedai 1 Malaysia.
Selain
itu, dengan membeli barangan buatan Malaysia, kita dapat membantu mengembangkan ekonomi
negara. Bukan sahaja pengilang-pengilang tempatan dapat memajukan
perniagaan mereka, bahkan jumlah pengusaha baharu akan bertambah. Hal ini akan memboleh ekonomi negara
berkembang pesat.
Sesungguhnya
membeli barangan buatan Malaysia banyak menberikan kebaikan. Rakyat Malaysia
perlu menjadi pengguna yang bijak.