Blog Cikgu OM - Titipan Keikhlasan
SESUNGGUHNYA SOLATKU, IBADAHKU, HIDUPKU DAN MATIKU HANYA UNTUK-MU YA ALLAH.
Rain
18/10/2017
Kuiz Bahasa Atas Talian
Cikgu telah mengusahakan kuiz atas talian untuk murid-murid semua.
Jom Cuba jawab: Klik jer pautan di bawah ⇓
➤Kuiz Kata Sendi Nama 1
➤Kuiz Kata Sendi Nama 2
➤Kuiz Kata Hubung 1
➤Kuiz Kata Ganda 1
➤Kuiz Kata Adjektif 1
➤Pantun Teka-teki
➤Pantun Teka-teki 2
➤Kuiz Kata Ganti Nama Diri 1
➤Kuiz Kata Bilangan 1
➤Kuiz Betul atau Salah?
➤Kuiz Sinonim
12/10/2017
REKREASI BAHASA
Di sini Cikgu Om nak kongsi beberapa Permainan Bahasa yang cikgu peroleh dari Blog Lamanbahasa milik seorang Guru Cemerlang Bahasa Melayu. Banyak betul permainan yang menarik perhatian cikgu. Jom cuba... Sudah pasti anda akan suka. Jika mahu lebih lagi, bolehlah klik di sini
⇝ Permainan Bahasa
⇰ Permainan Bahasa
⇝ Permainan Bahasa
⇰ Permainan Bahasa
- Teka bersilang 1
- Teka Bersilang 2
- Kata Bersilang 3
- Kata Bersilang 4
- Teka Bersilang 5
- Kata Bersilang 6
- Kata Bersilang 7
- Kata Bersilang 8
08/09/2017
Usaha-usaha Untuk Elak Kepupusan Haiwan Liar
Kepupusan
spesies haiwan semakin membimbangkan. Oleh itu, haiwan liar wajarlah dilindungi
untuk mengelakkan nasib yang sama seperti dinosaur berulang.
Antara langkah untuk mengelakkan perkara ini adalah dengan mengekalkan atau menambahkan lagi hutan simpan sedia ada. Haiwan-haiwan ini perlu berada di habitatnya bagi pembiakan yang berterusan .
Di samping itu, undang-undang sedia ada perlu dikuatkuasakan dengan menghukum sesiapa sahaja yang memelihara, menangkap atau membunuh haiwan-haiwan ini tanpa kebenaran pihak kerajaan.
Selain itu, aktiviti pemburuan hendaklah dikawal dan dipantau. Pemberian lesen hendaklah diperketatkan. Penguatkuasaan ini dapat mengelakkan aktiviti pemburuan yang tidak terkawal.
Seterusnya usaha pembiakan spesies terancam perlulah dipergiatkan. Haiwan yang berjaya dibiakkan juga perlu dibebaskan ke habitat asal dengan dipantau dari semasa ke semasa.
Kesimpulannya, hidupan liar yang kian terancam perlulah dilindungi sebaik mungkin bagi memastikan generasi akan datang dapat mengenali
Antara langkah untuk mengelakkan perkara ini adalah dengan mengekalkan atau menambahkan lagi hutan simpan sedia ada. Haiwan-haiwan ini perlu berada di habitatnya bagi pembiakan yang berterusan .
Di samping itu, undang-undang sedia ada perlu dikuatkuasakan dengan menghukum sesiapa sahaja yang memelihara, menangkap atau membunuh haiwan-haiwan ini tanpa kebenaran pihak kerajaan.
Selain itu, aktiviti pemburuan hendaklah dikawal dan dipantau. Pemberian lesen hendaklah diperketatkan. Penguatkuasaan ini dapat mengelakkan aktiviti pemburuan yang tidak terkawal.
Seterusnya usaha pembiakan spesies terancam perlulah dipergiatkan. Haiwan yang berjaya dibiakkan juga perlu dibebaskan ke habitat asal dengan dipantau dari semasa ke semasa.
Kesimpulannya, hidupan liar yang kian terancam perlulah dilindungi sebaik mungkin bagi memastikan generasi akan datang dapat mengenali
25/08/2017
Jawab Soalan
Cikgu cuba hasil paparan menggunakan google document...jom try.
Klik pautan di bawah.
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSezJ-aBHsIJHh-i-NtPY7mHlFBigVAbZcKaLpSWbssrnlTUkQ/viewform?c=0&w=1
Klik pautan di bawah.
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSezJ-aBHsIJHh-i-NtPY7mHlFBigVAbZcKaLpSWbssrnlTUkQ/viewform?c=0&w=1
09/08/2017
SOALAN BAHASA MELAYU
Berikut cikgu kongsikan beberapa pautan laman web yang menyediakan set soalan sebagai latihan anak-anak murid cikgu. Orang yang rajin berusaha pasti akan berjaya.
sila klik pada pautan yang berwarna biru ( * v * )
SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR 2017 NEGERI KELANTAN
Bahasa Melayu Pemahaman (011)
Bahasa Melayu Penulisan (012)
https://drive.google.com/file/d/0B7Nqkj9J60uccVF3bzZUd1BaWVE/view
SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR 2017 NEGERI PAHANG
Bahasa Melayu Pemahaman (011) set1
https://drive.google.com/file/d/0B7Nqkj9J60ucMVZDLUZpV1FJdVk/view
Bahasa Melayu Penulisan (012) set1
https://drive.google.com/file/d/0B7Nqkj9J60ucQVl5am1ybnpHVFU/view
SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR 2017 NEGERI MELAKA
Bahasa Melayu Pemahaman (011) Bahagian A
https://drive.google.com/file/d/0B549OnuweoFkOGtCb0trTmtMMFk/view
Bahasa Melayu Pemahaman (011) Bahgian B
https://drive.google.com/file/d/0B549OnuweoFkMEtCZnBpZnVsNTQ/view
Bahasa Melayu Penulisan (012)
https://drive.google.com/file/d/0B549OnuweoFkeENRTUxUczhDZHM/view
SOALAN PROGRAM KECEMERLANGAN NEGERI TERENGGANU
Bahasa Melayu Pemahaman (011)
https://drive.google.com/file/d/0B7Nqkj9J60ucUHN4dDA5NVZSNDg/view
Bahasa Melayu Penulisan (012)
https://drive.google.com/file/d/0B7Nqkj9J60ucY3VId0JYZjVvbFE/view
Selamat Maju Jaya
SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR 2017 NEGERI PAHANG
Bahasa Melayu Pemahaman (011) set1
https://drive.google.com/file/d/0B7Nqkj9J60ucMVZDLUZpV1FJdVk/view
Bahasa Melayu Penulisan (012) set1
https://drive.google.com/file/d/0B7Nqkj9J60ucQVl5am1ybnpHVFU/view
SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR 2017 NEGERI MELAKA
Bahasa Melayu Pemahaman (011) Bahagian A
https://drive.google.com/file/d/0B549OnuweoFkOGtCb0trTmtMMFk/view
Bahasa Melayu Pemahaman (011) Bahgian B
https://drive.google.com/file/d/0B549OnuweoFkMEtCZnBpZnVsNTQ/view
Bahasa Melayu Penulisan (012)
https://drive.google.com/file/d/0B549OnuweoFkeENRTUxUczhDZHM/view
SOALAN PROGRAM KECEMERLANGAN NEGERI TERENGGANU
Bahasa Melayu Pemahaman (011)
https://drive.google.com/file/d/0B7Nqkj9J60ucUHN4dDA5NVZSNDg/view
Bahasa Melayu Penulisan (012)
https://drive.google.com/file/d/0B7Nqkj9J60ucY3VId0JYZjVvbFE/view
Selamat Maju Jaya
08/08/2017
Kata Penguat dan Darjah Penghabisan
Kata Penguat
Kata Penguat terbahagi kepada:
1. Penguat hadapan:terlalu, paling, agak( hanya boleh hadir di hadapan kata adjektif)
2. Penguat belakang:sekali, benar, nian (hanya boleh hadir di belakang kata adjektif)
3. Penguat bebas:amat, sangat, sungguh (boleh hadir di hadapan dan di belakang kata adjektif)
Betul Salah
1. Pokok kelapa itu paling tinggi. 1. Pokok kelapa itu tinggi paling.
2. Masakan ibu terlalu sedap. 2. Masakan ibu sedap terlalu.
3. Rumah itu cantik benar. 3. Rumah itu benar cantik.
4. Budinya baik sekali. 4. Budinya sekali baik.
Darjah Penghabisan
* Darjah penghabisan terdiri daripada : ter, se, paling
* Kata Penguat Bebas (amat, sangat, sungguh) boleh hadir bersekali dengan Darjah Penghabisan 'ter'
Contoh penggunaan kata penguat dan kata penghabisan darjah
1. Secantik-cantik bunga akan layu jua. (betul)
2. Dia murid terpandai sekali di dalam kelasnya. (salah)
3. Sepandai-pandai manusia ada juga kelemahannya. (betul)
4. Pelakon itu paling kacak. (betul)
5. Pelakon itu paling kacak sekali. (salah)
6. Huda murid terpandai sekali dalam kalangan rakan-rakannya. (salah)
7. Huda murid terpandai dalam kalangan rakan-rakannya. (betul)
8. Dia sungguh cantik sekali. (betul)
9. Sang Kancil sangat bijak sekali. (betul)
Labels:
bahasa melayu
,
bm
,
darjah penghabisan
,
golongan kata
,
kata penguat
,
tatabahasa
07/08/2017
Penggunaan Kata Yang Lewah
PENGGUNAAN KATA YANG LEWAH
Contoh binaan ayat dan frasa yang berikut menunjukkan penggunaan kata yang
berlebih-lebih sehingga tertambah perkara yang tidak perlu atau berlaku ulangan
makna yang sia-sia.
*SALAH
Mereka saling
bantu-membantu
Dia menjerit-jerit
berkali-kali.
Setiap pagi,
saya bangun pada pukul enam pagi.
Ibu sedang menganyam
tikar sekarang.
punca penyakit
itu disebabkan virus
manusia pada zaman purba
dahulu
ingin hendak berniaga
terancam pada masa sekarang
ini
*BETUL
mereka saling
membantu
Dia menjerit
berkali-kali.
Setiap pagi,
saya bangun pada pukul enam.
Ibu sedang menganyam
tikar.
punca penyakit
itu ialah virus
manusia pada zaman purba
ingin berniaga
terancam pada masa sekarang
Labels:
bahasa melayu
,
bm
,
lewah
,
nota
,
sk batu 8
,
tatabahasa
01/08/2017
Karangan Catatan
Tuliskan catatan aktiviti harian kamu
selengkapnya.
Ahad, 1 Ogos 2017
6.00 pagi
Saya bangun setelah
dikejut oleh ibu. Selepas mengemas tempat tidur, saya mandi dan bersolat jemaah. Kemudian,sebelum bertolak ke sekolah,
saya akan bersarapan bersama keluarga terlebih dahulu.
7.30 pagi
Saya dan
rakan-rakan sampai di sekolah sebelum
loceng pertama berbunyi. Selepas perhimpunan pagi, saya akan masuk ke kelas
untuk belajar. Semasa belajar, saya sentiasa fokus mendengar penerangan guru.
10.15 pagi
Apabila loceng rehat
berbunyi, saya dan rakan-rakan akan menjamu selera di kantin. Usai makan, saya
akan mengunjungi perpustakaan untuk membaca buku. Kadang-kadang saya hanya
membaca akhbar di sudut bacaan santai.
2.30 petang
Saya mengikuti kelas tambahan yang
dianjurkan oleh Jawatankuasa Peningkatan UPSR sekolah saya. Saya telah
dikelompokkan dalam kumpulan Arif bersama-sama lima orang rakan yang lain.
Kumpulan kami menjawab soalan dan berbincang bersama-sama.
6.00 petang
Masa untuk saya bersantai bersama keluarga. Selalunya saya dan adik akan
bermain badminton di halaman rumah. Kadang-kadang, saya membantu ibu dan ayah melakukan kerja-kerja di rumah
seperti menyiram pokok bunga dan mencuci kereta.
9.00 malam
Selepas solat Isyak, saya akan membuat ulang kaji pelajaran dan
menyiapkan kerja rumah yang diberi oleh guru. Sebelum tidur, saya akan mengikut
jadual waktu dan menyiapkan pakaian
sekolah untuk hari esok.
( SK Batu 8 )
( SK Batu 8 )
23/07/2017
Karangan Fakta
Kebaikan Membeli Barangan Buatan Malaysia
Slogan Belilah Barang Buatan Malaysia merupakan
slogan yang sering kita dengar sama ada di televisyen atau di radio. Banyak kebaikan yang akan kita peroleh
dengan membeli barangan buatan Malaysia.
Antara
kebaikan membeli barangan buatan Malaysia ialah dapat menjimatkan kos.
Barangan yang dihasilkan di dalam negara sudah pasti dapat dijual dengan murah
kerana tidak perlu menampung kos pengangkutan untuk membawa masuk produk dari
luar negara. Selain itu kos pembuatannya juga murah kerana menggunakan bahan
mentah yang tidak perlu diimport.
Seterusnya,
kita juga dapat menggunakan barangan
yang berkualiti jika membeli barangan buatan Malaysia. Barangan buatan
Malaysia sudah setanding mutunya dengan barangan luar negara. Hal ini kerana,
penghasilan produk di dalam Malaysia perlu mematuhi piawaian yang ditetapkan.
Di
samping itu, barangan buatan Malaysia mudah didapati di mana-mana kedai di
Malaysia. Banyak kedai yang menjual barangan buatan Malaysia lantaran
harganya yang murah dan kualitinya yang baik. Lebih-lebih lagi kerajaan
Malaysia telah mewujudkan rangkaian kedai yang hanya menjual barangan buatan
Malaysia iaitu Kedai 1 Malaysia.
Selain
itu, dengan membeli barangan buatan Malaysia, kita dapat membantu mengembangkan ekonomi
negara. Bukan sahaja pengilang-pengilang tempatan dapat memajukan
perniagaan mereka, bahkan jumlah pengusaha baharu akan bertambah. Hal ini akan memboleh ekonomi negara
berkembang pesat.
Sesungguhnya
membeli barangan buatan Malaysia banyak menberikan kebaikan. Rakyat Malaysia
perlu menjadi pengguna yang bijak.
Labels:
1 malaysia
,
barangan buatan malaysia
,
buatan tempatan
,
faedah
,
karangan upsr
,
kebaikan
,
keperihalan
18/07/2017
Karangan Fakta: Tempat-tempat Menarik di Malaysia
Malaysia merupakan
sebuah negara yang bertuah kerana mempunyai banyak tempat yang menarik. Tempat-tempat ini merupakan tarikan untuk pelancong datang ke Malaysia.
Antara tempat yang menarik di Malaysia
ialah kawasan-kawasan pantai yang bersih dan indah. Antara pantai-pantai yang
sesuai untuk dikunjungi dan beriadah seperti Pantai Merdeka di Kedah, Batu
Feringghi di Puala Pinang,dan Desaru di Pahang. Pantai-pantai ini telah menjadi
daya penarik kepada pelancongan
domestik dan luar negara.
Selain itu, di sekitar laut pula terdapat
pulau-pulau yang indah dan mempunyai persekitaran yang terpelihara. Terdapat
banyak pulau di Malaysia ini dijadikan destinasi pelancongan. Antara pulau yang
terkenal ialah Pulau Langkawi, Pulau Pangkor, Pulau Tioman, Pulau Redang, Pulau
Kapas dan beberapa buah pulau lain di perairan Sabah dan Sarawak.
Kawasan pergunungan dan tanah tinggi
turut menjadi tarikan pelancongan. Kawasan tanah tinggi seperti Cameron
Highlands dan Genting Highlands bukan sekadar indah, malah mempunyai cuaca yang
sejuk dan nyaman. Oleh yang demikian, ramai pelancong gemar melancong di sini.
Selain tempat menarik bersasaskan alam semulajadi, terdapat juga tempat menarik yang dibina oleh kerajaan. Antaranya ialah Menara Kuala Lumpur, Jambatan Pulau Pinang dan Menara Berkembar Petronas. Tempat-tempat ini turut menggamit kedatangan pelancong ke bandar-bandar besar di Malaysia.
Selain tempat menarik bersasaskan alam semulajadi, terdapat juga tempat menarik yang dibina oleh kerajaan. Antaranya ialah Menara Kuala Lumpur, Jambatan Pulau Pinang dan Menara Berkembar Petronas. Tempat-tempat ini turut menggamit kedatangan pelancong ke bandar-bandar besar di Malaysia.
Kesimpulannya, sememangnya Malaysia
mempunyai banyak tempat menarik yang boleh dikunjungi pada bila-bila masa. Keindahan
dan keunikan Malaysia menjadi kebanggaan
rakyatnya.
Karangan Keperihalan: Cara Membasmi Pembiakan Nyamuk Aedes
Demam
denggi merupakan penyakit bawaan nyamuk yang berbahaya.
Tuliskan
tentang cara-cara untuk membasmi pembiakan nyamuk Aedes.
Demam denggi ialah sejenis penyakit
bawaan nyamuk Aedes yang sangat berbahaya. Oleh itu, pembiakannya perlu
dibasmikan. Tiada Aedes tiada denggi.
Antara cara untuk membasmikan nyamuk Aedes ialah memastikan tiada takungan air yang dibiarkan. Tempat-tempat seperti di dalam tempayan, pasu-pasu bunga, dan kolam mandi akan menjadi tempat nyamuk bertelur. Air yang bertakung hendaklah diganti sekurang-kurangnya dua kali seminggu.
Antara cara untuk membasmikan nyamuk Aedes ialah memastikan tiada takungan air yang dibiarkan. Tempat-tempat seperti di dalam tempayan, pasu-pasu bunga, dan kolam mandi akan menjadi tempat nyamuk bertelur. Air yang bertakung hendaklah diganti sekurang-kurangnya dua kali seminggu.
Di samping memastikan nyamuk tiada tempat bertelur, nyamuk dewasa juga boleh dibunuh dengan menggunakan semburan racun serangga. Dengan cara dan kadar semburan yang betul, dapat membunuh nyamuk yang sedang terbang mahupun yang bersembunyi di dalam rumah.Semburan berskala besar boleh dilakukan oleh pihak kesihatan di kawasan-kawasan yang banyak nyamuk.
Selain itu, pembiakan Aedes dapat dibasmikan dengan memasukkan ubat pembunuh jentik-jentik dengan mengikut sukatan yang betul ke dalam semua bekas menyimpan air. Ubat pembunuh jentik-jentik perlu dibubuh tiga bulan sekali. Dengan cara ini, kitaran hidup nyamuk akan terputus dan nyamuk akan dapat dibasmikan.
Kesimpulannya, setiap orang mestilah prihatin akan tempat-tempat yang boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk. Tindakan yang bijak boleh menyelamatkan nyawa.
Labels:
aedes
,
cara membasmi
,
denggi
,
nyamuk
,
penyakit
,
sekolah kebangsaan
,
sk batu 8
Karangan Keperihalan: Cara Memanfaatkan Barangan Terbuang
Dalam
usaha melestarikan alam, kita perlu bijak memanfaatkan barangan terbuang.
Dalam usaha
melestarikan alam, kita perlu bijak memanfaatkan barangan terbuang. Barangan terbuang boleh dimanfaatkan dengan
kaedah kitar semula dan guna semula.
Barangan terbuang seperti botol-botol
kaca, barangan plastik dan kertas boleh dikumpul dan dijual ke
pusat pengumpulan barangan lusuh. Walaupun harga tidaklah mahal, namun berbaloi
berbanding jika hanya dibuang begitu sahaja. Lagipun usaha ini akan membantu
menyelamatkan bumi dengan timbunan sampah yang sukar dilupuskan.
Selain dijual untuk mendapatkan wang,
barangan terbuang juga boleh digunakan semula. Bekas
kaca dan plastik hanya perlu dibersihkan sebelum diguna semula. Sebagai contoh,
balang kaca bekas jem boleh dicuci dan digunakan untuk mengisi rempah ratus di
dapur.
Di samping itu, barangan terbuang juga boleh
diolah untuk dijadikan barangan lain yang bermanfaat. Bagi yang
kreatif, pelbagai barangan menarik dapat dihasilkan bukan hanya untuk kegunaan
sendiri malahan boleh dipasarkan. Sebagai contoh, tayar-tayar terpakai boleh
dijadikan kerusi taman yang menarik dan unik.
Barangan terbuang bukan hanya
dimanfaatkan oleh individu sahaja, malahan ada kilang yang mengaut keuntungan
darinya. Kilang-kilang akan mengitar semula tin, kaca dan
plastik untuk dijadikan barangan baharu. Dengan cara ini, kos
mendapatkan bahan mentah dapat dikurangkan
Labels:
alam
,
alam sekitar
,
barangan terbuangm lestari alam
,
cara-cara
,
cintai alam
,
guna semula
,
karangan
,
karangan perihalan
,
keperihalan
,
kitar semula
Karangan Keperihalan: Pengalaman Ke Dusun Buah-buahan.
Musim buah-buahan tiba lagi. Tuliskan
pengalaman kamu ke dusun buah-buahan.
Pada cuti penggal yang lalu, bapa
telah membawa kami sekeluarga pulang ke kampung untuk menziarahi datuk dan
nenek. Kampung datuk terletak di Pekan, Pahang.
Menghabiskan cuti
persekolah di rumah datuk amat menggembirakan saya. Kebetulan pula, ketika itu
ialah musim buah-buahan tempatan. Saya telah memasang angan-angan mengikut datuk ke dusun.
Keesokannya, datuk telah mengajak
kami sekeluarga ke dusun. Kami membawa golok, bakul buluh dan sedikit
bekalan makanan. Saya begitu teruja apabila melihat banyak buah durian telah
dilonggok di pondok kepunyaan datuk.
Buah yang
paling saya gemari ialah durian. Saya dapat makan buah kegemaran itu
sehingga puas. Rasanya manis dan lemak. Baunya juga begitu harum dan mengiurkan.
Bakinya kami isikan ke dalam bakul untuk dibawa balik.
Saya
membantu datuk menebas semak-samun di sekitar dusun. Saya juga turut
membantu datuk mengait buah rambutan, manggis dan langsat. Setelah
penat, kami berehat seketika di pondok yang dibina khas untuk datuk menunggu
durian gugur pada waktu malam.
Karangan Catatan: Berhari Raya Di Kampung
Pengalaman
berhari raya bersama keluarga amat menyeronokkan. Tuliskan sebuah catatan
tentang pengalaman kamu selama dua hari menyambut Hari Raya Aidilfitri di
kampung.
Ahad, 25 Jun
2017
5.30 pagi
Aku bangun
awal hari ini kerana begitu teruja untuk menyambut hari raya bersama nenek
kesayanganku. Setelah siap mandi dan solat Subuh, aku mengenakan pakaian
baharuku. Kami sekeluarga berpakaian sedondon, serba merah.
8.00 pagi
Kami
sekeluarga ke masjid untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri. Selepas solat,
kami mengambil kesempatan menziarahi pusara datukku di belakang masjid.Aku
menghadiahkan bacaan al-Fatihah kepada arwah datuk.
11.00 pagi
Ramai tetamu
yang bertandang ke rumah nenekku. Aku membantu ibu menghidangkan juadah kepada
para tetamu. Selepas menjamu selera, kami bermaaf-maafan dan bersalam-salaman.
Isnin, 26 Jun
2017
8.00 pagi
Hari ini, ayah
telah membawa kami menziarahi sanak saudara yang tinggal di kampung
berhampiran. Aku sangat gembira dapat berjumpa dengan sepupu-sepupuku. Sambil
menikmati juadah yang lazat, ayah bercerita tentang pengalamannya menyambut
hari raya semasa kecil dahulu.
2.00 petang
Aku
berasa sedih apabila terpaksa berkemas untuk pulang ke rumah di kota kerana
ayah hanya bercuti selama dua hari. Kami berangkat pulang setelah
berpeluk-pelukan dengan nenek.
Karangan Keperihalan: Percutian di Cameron Highland
Percutian di Cameron Highland.
Pada cuti sekolah yang lalu, aku bersama
keluarga dapat bercuti di Cameron Highland, Pahang. Kami sampai di tempat
penginapan di Brinchang setelah menempuh perjalanan selama 5 jam.
Petang itu kami berehat sahaja di hotel. Sebelah malam, kami turun ke
pasar malam Brinchang untuk membeli makanan. Pasar malam di sini sungguh
meriah. Ramai penjual dan pembeli yang terdiri daripada pelbagai kaum.
Keesokan paginya, kami bertolak ke Ladang Teh Cameron Bharat yang
terletak di Tanah Rata. Ladang tehnya sungguh luas dan menghijau. Kami boleh
minum teh dan membeli teh untuk dibawa pulang.
Kemudian, kami bertolak pula ke Pusat Penyelidikan MARDI. Banyak tempat
menarik yang boleh dilawati dalam kawasan MARDI antaranya, air terjun buatan, taman-taman
bunga, ladang strawberi dan lain-lain. Aiskrim dan jus strawberi juga boleh
diminum di sana.
Pada waktu petangnya pula kami bertolak pula ke lading strawberi yang
terletak di kaki gunung. Pokok-pokok strawberi yang subur disusun
bertingkat-tingkat. Buahnya yang merah kelihatan bergantungan.
Karangan Keperihalan: Bercuti di Kampung
Pengalaman Bercuti di Kampung.
Pada cuti sekolah yang lalu, saya telah berpeluang pulang
ke kampung datuk dan nenek saya yang terletak di Pasir Puteh Kelantan.
Saya bertolak ke sana pada awal pagi dengan menaiki bas dari Kota Bharu.
Datuk menunggu saya di stesen bas Pasir Puteh.
Setibanya di
rumah datuk, nenek sedang menunggu dengan hidangan makan tengah hari.
Saya makan dengan berselera sekali kerana terlalu lapar, tambahan pula masakan
ikan haruan dan puyu yang nenek sediakan amat menyelerakan.
Setelah berehat
dan bersolat Zuhur, datuk mengajak saya ke sungai yang terletak tidak jauh dari
rumahnya untuk memancing dan melihat lukah yang ditahannya. Saya sangat seronok
kerana inilah aktiviti yang amat saya tunggu-tunggu. Datuk mengajar saya teknik
memancing ikan di sungai.
Pada
sebelah petang pula, datuk mengajak saya ke sawahnya. Sawah datuk sangat luas.
Di sini, saya berpeluang melihat beberapa orang petani bekerja di
sawah mereka. Ada yang sedang merumput, membaja dan membaiki batas-batas
sawah.
Keesokan harinya,
beberapa orang sepupu saya mengajak saya ke hutan untuk mencari buluh untuk
membuat wau. Saya berasa sangat teruja kerana ini adalah peluang keemasan
kepada saya untuk belajar membuat wau. Setelah seharian bertungkus-lumus,
saya berjaya membuat sebuah wau kucing yang sederhana besarnya.
Setelah seminggu berada di
rumah datuk dan nenek, ayah dan ibupun datang menjemput saya pulang kerana cuti
akan berakhir tidak lama lagi. Walaupun agak keberatan untuk meninggalkan datuk dan nenek, tetapi saya berasa amat gembira kerana mendapat
pelbagai pengalaman menarik pada cuti kali ini.
Karangan Keperihalan: Pengalaman Bercuti di Langkawi
Percutian Di Pulau Langkawi
Pada
cuti persekolahan minggu lalu, ayah talah membawa kami sekeluarga makan angin
di Pulau Langkawi. Kami pergi dengan menaiki kereta Naza Ria. Setelah melalui
lebuh raya selama tujuh jam, akhirnya kami tiba di Kuala Perlis.
Kami kemudiannya menaiki feri menuju ke Jeti
Kuah.Perjalanan yang mengambil masa hampir satu jam itu saya gunakan untuk
menikmati keindahan laut yang membiru. Nun di kejauhan,saya terlihat sampan
nelayan berkolek-kolek dipukul ombak.
Apabila tiba di jeti, ayah segera menyewa sebuah kereta. Ayah
membawa kami ke sebuah hotel yang sudah ditempah. Sesampainnya di hotel, kami
segera mandi, bertukar pakaian dan bersolat.
Hari kedua kami isikan dengan melawat sekitar pulau. Kami
tidak melepaskan peluang melihat tempat-tempat menarik seperti Makam Mahsuri
dan Kampung Buku. Kami juga tidak melepaskan peluang membina istana pasir di
pantai yang pasirnya memutih dan bersih.
Ibu mengajak kami membeli-belah di Pekan Kuah. Banyak
barang yang ibu beli seperti pinggan mangkuk dan kain batik. Untuk kami yang
seramai enam orang, ibu belikan pakaian dan coklat.
Hari ketiga, kami berangkat pulang meninggalkan pulau yang
indah, bersih dan menarik itu.Tempoh tiga hari bagi kami tidak mencukupi untuk
melawat sebuah pulau yang agak luas. Namun, pengalaman percutian itu amat besar
maknanya bagi saya.
Karangan Perihal Pengalaman Bercuti Di Melaka
Percutian Saya Di Melaka
Pada minggu lepas, saya dan keluarga saya telah pergi
bercuti di Melaka. Pada pukul 11.00 pagi, kami telah bertolak menuju ke
destinasi kami. Selepas dua jam, kami tiba di sana. Ayah telah menempah sebuah bilik
di "A' Famosa Resort".
Selepas itu,
kami telah ke bilik hotel lalu meletakkan barang-barang kami ke dalam
bilik. Kami telah makan tengah hari di Restoran Dapur Penyet. Makanan di
sana sungguh sedap.
Selepas makan tengah hari, kami telah ke
Muzium Samudera.Muzium tersebut dibina berdasarkan replika Kapal Portugis
berukuran 34 meter tinggi, 36 meter panjang dan 8 meter lebar. Muzium Samudera
terletak di Jalan Quayside berhampiran muara Sungai Melaka.
Kemudian, kami telah pergi ke Kota A 'Famosa. Kota A 'Famosa
merupakan sebuah kubu yang dibina oleh orang Portugis selepas menakluk Melaka
pada 1511. Kami telah bergambar bersama-sama sebagai kenangan. Selepas
makan malam, saya dan keluarga saya telah pulang ke bilik untuk merehatkan
diri.
Pada
keesokan harinya, kami telah bersiap - siap untuk bermandi-manda di kolam
renang di tempat penginapan kami. Air kolam renang tersebut sungguh sejuk dan
menyegarkan.
Pada pukul 8.00 malam, kami telah menyaksikan "Red
Indian Show". Sebuah pertunjukkan api telah diadakan. Pada masa itu, kami
boleh merasakan kepanasan api tersebut. Selepas pertunjukkan itu, kami telah
pulang ke bilik untuk berehat.
Pada hari berikutnya, kami telah bertolak pulang. Kami telah tiba di rumah pada pukul 11.00 pagi. Saya berharap kami sekeluarga dapat melawat Melaka pada cuti sekolah akan datang.
Karangan Catatan Tentang Percutian Di Tempat Menarik
Soalan : Kamu dan keluarga
telah bercuti di suatu tempat yang menarik pada cuti sekolah yang lalu.Tulis
catatan tentang percutian tersebut.
8.30 pagi
Aku dan keluarga menaiki feri dari jeti Kuala Kedah.Perjalanan kami ke Pulau Langkawi mengambil masa kira-kira satu jam lamanya. Aku berasa seronok apabila melihat keindahan laut yang saujana luasnya.
9.30 pagi
Kami tiba di jeti Kuah.Ayah menyewa sebuah kereta untuk memudahkan perjalanan.Kami turut diberi buku panduan tentang tempat-tempat yang menarik di Pulau Lagenda ini.
8.30 pagi
Aku dan keluarga menaiki feri dari jeti Kuala Kedah.Perjalanan kami ke Pulau Langkawi mengambil masa kira-kira satu jam lamanya. Aku berasa seronok apabila melihat keindahan laut yang saujana luasnya.
9.30 pagi
Kami tiba di jeti Kuah.Ayah menyewa sebuah kereta untuk memudahkan perjalanan.Kami turut diberi buku panduan tentang tempat-tempat yang menarik di Pulau Lagenda ini.
10.00 pagi
Kami sekeluarga menuju ke Underwater World.Di sini terdapat pelbagai jenis ikan yang kebanyakannya tidak terdapat di negara kita.Aku berasa terkilan kerana pengunjung tidak dibenarkan merakam foto sebagai kenang-kenangan.
12.00 tengah hari
Kami berkunjung ke Galeri Tun Dr Mahthir.Terdapat pelbagai barangan milik Perdana Menteri Malaysia yang keempat yang bernilai tinggi dipemerkan di sini.Cenderamata-cenderamata tersebut kebanyakannya diterima sepanjang tempoh perkhidmatan beliau sebagai Perdana Menteri.
2.30 petang
Kami menaiki kereta kabel di Gunung Mat Cincang.Aku memeluk ibu kerana berasa gayat berada di tempat yang tinggi.Namun aku kuatkan hati untuk melihat keindahan Pulau Langkawi.
7.00 petang
Selepas membeli belah di Pekan Kuah,kami bertolak pulang.Kami menaiki feri ke Kuala Kedah.Meskipun kunjungan kami singkat,namun aku berasa puas kerana dapat menghabiskan masa bersama keluarga sepanjang hari.
Kami sekeluarga menuju ke Underwater World.Di sini terdapat pelbagai jenis ikan yang kebanyakannya tidak terdapat di negara kita.Aku berasa terkilan kerana pengunjung tidak dibenarkan merakam foto sebagai kenang-kenangan.
12.00 tengah hari
Kami berkunjung ke Galeri Tun Dr Mahthir.Terdapat pelbagai barangan milik Perdana Menteri Malaysia yang keempat yang bernilai tinggi dipemerkan di sini.Cenderamata-cenderamata tersebut kebanyakannya diterima sepanjang tempoh perkhidmatan beliau sebagai Perdana Menteri.
2.30 petang
Kami menaiki kereta kabel di Gunung Mat Cincang.Aku memeluk ibu kerana berasa gayat berada di tempat yang tinggi.Namun aku kuatkan hati untuk melihat keindahan Pulau Langkawi.
7.00 petang
Selepas membeli belah di Pekan Kuah,kami bertolak pulang.Kami menaiki feri ke Kuala Kedah.Meskipun kunjungan kami singkat,namun aku berasa puas kerana dapat menghabiskan masa bersama keluarga sepanjang hari.
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)