Pada bulan lepas, saya telah meminjam
sebuah buku berjudul ‘Tips Untuk Berjaya’ dari perpustakaan sekolah saya.
Malangnya buku itu telah hilang sebelum sempat saya memulangkannya. Saya berasa
sangat bersalah dan perlu bertanggungjawab.
Saya telah bertanya kepada ahli keluarga
saya sekiranya mereka pernah mengambil dan menyimpan buku itu. Malangnya, semua
ahli keluarga saya tidak tahu. Oleh sebab itu, saya meminta mereka membantu
saya mencari buku tersebut di seluruh rumah saya.
Saya mencari buku tersebut di dalam bilik
saya. Semua rak dan almari telah saya geledah, tetapi tetap tidak berjumpa. Selain
di rumah, saya juga mencari di kelas, kantin dan makmal sekolah kerana saya
pernah membawa buku itu ke sana. Semua usaha mencari gagal.
Setelah berbincang dengan ibu dan ayah,
saya telah mengambil keputusan untuk menulis surat memberitahu Pn Shahrum, guru
perpustakaan sekolah saya tentang kehilangan buku itu. Ketika menyerahkan surat
tersebut, saya juga telah meminta maaf dan berjanji tidak akan mengulangi
kesalahan yang sama kelak.
Saya juga telah meminta wang daripada ibu
untuk membayar ganti rugi. Saya juga telah membayar ganti rugi sebanyak RM12.50,
iaitu mengikut harga buku tersebut. Mengikut kata Cikgu Shahrum, wang tersebut
akan digunakan untuk membeli buku baru sebagai ganti.
Pengalaman kehilangan buku merupakan
pengalaman pahit dalam hidup saya. Saya menyesal kerana tidak menjaga buku itu
dengan baik. Saya berazam untuk lebih berhati-hati selepas kejadian itu.
No comments :
Post a Comment