Kampung Baru,
06010
Changlun,
Kedah.
25
Ogos 2014.
Menemui sahabatku Athirah yang kini berada di
Kangar, Perlis. Apa khabar saudari sekarang? Saya dan keluarga di sini
sihat-sihat sahaja.
Saudari,
Surat saudari telah saya terima seminggu yang lalu. Terima kasih kerana saudari sudi mengutus surat serta bercerita tentang diri saudari. Dalam surat ini, saya akan memenuhi permintaan saudari yang ingin mengetahui tentang persediaan saya untuk menghadapi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Untuk pengetahuan saudari, saya telah
membuat beberapa persediaan bagi menghadapi peperiksaan tersebut. Langkah pertama saya adalah dengan mengubahsuaikan jadual waktu belajar. Saya akan
menyiapkan kerja sekolah dan mengulang kaji pelajaran dari pukul 9.00 malam
hingga pukul 11.00 malam setiap hari.
Selain menghadiri kelas tambahan di sekolah, saya juga ada mengikuti kelas tambahan di luar. Saya belajar di Kelas Tuisyen Azam sebanyak tiga kali seminggu untuk memastikan kecemerlangan dalam pelajaran. Dengan menghadiri kelas tambahan, saya dapat membuat latihan yang lebih banyak.

Di samping itu, saya juga telah menubuhkan kumpulan belajar di kampung. Saya dan beberapa rakan sekelas akan berkumpul di Dewan Awam pada hari minggu untuk belajar bersama-sama. Belajar secara berkumpulan memberi peluang kepada kami untuk berbincang topik-topik yang sukar serta bertukar-tukar nota.
Seterusnya, saya juga banyak melakukan
ulangkaji secara atas talian. Kini, banyak laman web yang menyediakan
kemudahan latih tubi soalan-soalan UPSR. Antara laman web yang saya lawati
ialah Latih Tubi dan iTRIM.
Itulah antara persediaan saya untuk menghadapi peperiksaan UPSR. Setakat ini
sahaja yang dapat saya coretkan buat tatapan saudari kali ini. Semoga kita akan
dapat berutus surat lagi pada masa akan datang.
Sahabatmu,
Sahabatmu,
Aizatul Mustafa
(Aizatul bt. Mustafa )
(Aizatul bt. Mustafa )
No comments :
Post a Comment