Semua murid pernah ke kantin.
Tuliskan suasana di kantin.
Kantin merupakan tempat
untuk murid-murid dan guru menjamu selera ketika di sekolah. Semua murid pasti pernah
pergi ke kantin.
Terdapat pelbagai jenis makanan yang dijual di kantin. Antara makanan yang dijual ialah nasi lemak, kuih-muih, mihun goreng dan buah-buahan.Makanan yang dijual merupakan makanan yang berkhasiat dan bersih.
Terdapat pelbagai jenis makanan yang dijual di kantin. Antara makanan yang dijual ialah nasi lemak, kuih-muih, mihun goreng dan buah-buahan.Makanan yang dijual merupakan makanan yang berkhasiat dan bersih.
Pelbagai jenis minuman juga
turut dijual di kantin. Ada sirap, air oren, teh ais dan juga jus buah-buahan. Minuman yang
dijual di kantin bukan sahaja sedap malah harganya juga berpatutan.
Semasa membeli makanan, murid-murid berbaris mengikut laluan yang disediakan. Pengawas yang bertugas akan memantau supaya tidak ada murid yang melanggar peraturan. Nama murid yang melanggar peraturan akan dicatat dan diserahkan kepada guru disiplin.
Para pekerja kantin amat mementingkan kebersihan. Mereka memakai apron dan penutup
kepala serta menggunakan penyepit ketika menyentuh makanan. Oleh itu, murid-murid sangat
yakin untuk makan di kantin.
Selain menjadi tumpuan pada waktu rehat, kantin juga turut dikunjungi
oleh murid-murid pada awal pagi untuk bersarapan. Kantin merupakan salah satu
tempat yang sangat penting di sekolah.
1 comment :
bagussssss...
Post a Comment