Terdapat banyak cara untuk belajar. Sebagai
pelajar kita boleh belajar sendiri atau belajar secara berkumpulan. Belajar
berkumpulan sebenarnya mendatangkan banyak kebaikan kepada kita.
Apabila
kita belajar secara berkumpulan, kita dapat bertanya tentang pelajaran yang
tidak kita fahami kepada rakan. Kata pepatah, “malu bertanya, sesat jalan”.
Oleh itu, segala masalah kita dalam pelajaran akan dapat diatasi serta-merta
dengan bantuan kawan-kawan kita.
Kita
juga akan lebih memahami sesuatu perkara jika kita belajar secara
berkumpulan. Kawan-kawan kita yang lebih pandai akan memberikan penerangan yang
jelas. Sebaliknya, apabila kawan kita pula yang tidak memahami sesuatu perkara,
kita boleh membantunya dengan memberikan penerangan yang dimintanya.
Di
samping itu, kita juga tidak akan berasa jemu atau mengantuk.
Pembelajaran secara berkumpulan yang diselang-selikan dengan perbualan dan
gurauan tentunya akan menjadi lebih menarik. Oleh itu,kita akan menjadi lebih
bermotivasi untuk belajar.
Kita
juga boleh bertukar-bertukar atau berkongsi pendapat dengan kawan-kawan
kita. Dengan cara ini, ilmu pengetahuan kita akan bertambah dari semasa ke
semasa. Perhubungan kita dengan kawan-kawan juga akan menjadi lebih erat.
Kesimpulannya,
belajar secara berkumpulan memang mendatangkan banyak manfaat kepada kita.
Oleh, itu amalkanlah belajar secara berkumpulan untuk kebaikan kita bersama.
No comments :
Post a Comment