Kamu dalam perjalanan ke sekolah dengan menaiki basikal. Tiba-tiba tayar basikal kamu pancit. Tuliskan tindakan seterusnya yang kamu lakukan.
Setiap hari aku ke sekolah dengan mengayuh basikal. Pada suatu hari, tayar basikalku telah pancit di pertengahan jalan. Rupa-rupanya tayar basikalku terkena paku.
Setiap hari aku ke sekolah dengan mengayuh basikal. Pada suatu hari, tayar basikalku telah pancit di pertengahan jalan. Rupa-rupanya tayar basikalku terkena paku.
Aku menoleh ke belakang apabila terdengar
bunyi enjin motokar. Aku menahan motokar tersebut untuk menumpangnya. Malangnya
motokar tersebut sarat dengan muatan kerana pemandunya ialah peniaga pasar tani.
Memandangkan tiada kenderaan lain yang
melalui jalan tersebut, aku bertekad untuk menuntun basikalku ke sekolah.
Basikalku terasa sangat berat kerana tayarnya kempis dan sukar untuk berpusing
walaupun ditolak dengan kuat. Aku berhenti rehat sejenak.
Oleh sebab terlalu penat, aku
meninggalkan basikalku di tepi jalan. Seterusnya, aku berjalan menuju sebuah
bengkel membaiki basikal yang terletak 200 meter di hadapanku. Nasib tidak menyebelahiku,
notis tutup tertampal dipintu bengkel tersebut.
Tiba-tiba aku ternampak sebuah pondok
telefon awam tidak jauh dari situ. Aku ke pondok telefon itu dan menelefon
ayahku. Ayahku datang dan menghantar aku ke sekolah dengan motosikalnya.
No comments :
Post a Comment