CHANGLUN, 1 Jun - Pasukan pengakap Sekolah Kebangsaan Bukit Tangga telah mengadakan
aktiviti perkhemahan di Hutan Lipur Bukit Wang selama dua hari satu malam.
Cikgu Fauzi selaku ketua komandan perkhemahan ini berkata, seramai 40 orang
peserta daripada murid-murid Tahap 2 terlibat dengan perkhemahan ini. Manakala
10 orang guru pengiring bersama-sama membantu menjayakan aktiviti yang diadakan
kali ini.
Tujuan perkhemahan ini adalah untuk memupuk daya kepimpinan dalam kalangan ahli pengakap. Selain itu, perkhemahan ini juga menjadi medan untuk ahli pengakap mengeratkan silaturahim di samping menimba pengalaman hidup berdikari.

Pelbagai aktiviti telah disusun agar program perkhemahan ini berjalan lancar.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah kawad, meredah hutan, persembahan
kebudayaan, masakan rimba dan sebagainya.Para peserta kelihatan begitu teruja
melakukan setiap aktiviti yang dijalankan.
Semangat tolong-menolong dapat dilihat dengan jelas melalui aktiviti yang dilaksanakan. Setiap peserta begitu bersungguh-sungguh melakukan aktiviti walaupun ada antara mereka yang nampak keletihan. Menurut komandan kem, kerjasama setiap kumpulan akan dinilai sepanjang perkhemahan ini berjalan.

Oleh sebab perkhemahan ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada
para peserta, aktiviti ini akan dijadikan sebagai aktiviti tahunan. Hal ini
dicadangkan sendiri oleh guru besar ketika berucap pada majlis penutupan kursus
tersebut.
No comments :
Post a Comment