Rain


29/12/2014

Faedah menonton televisyen

Tulis sebuah karangan yang bertajuk “Faedah Menonton Televisyen”. 

       Televisyen merupakan salah satu media elektronik yang begitu meluas penggunaannya dalam kalangan masyarakat kita kini. Banyak faedah yang dapat kita peroleh dengan menonton televisyen.

        Antara faedah menonton televisyen ialah dapat mengetahui peristiwa-peristiwa penting yang berlaku di seluruh dunia dengan mudah dan cepat. Kita boleh menonton siaran berita yang memaparkan kejadian-kejadian penting yang berlaku di dalam dan luar negara. Sebagai contoh, liputan tentang banjir yang melanda bahagian timur Semenanjung Malaysia.

        Selain itu, televisyen juga boleh dijadikan sebagai alat pendidikan yang berguna. Terdapat banyak program berunsur pendidikan yang disiarkan menerusi televisyen  yang boleh memberi informasi kepada pelajar.Antara rancangan yang boleh mendidik pelajar ialah rencana dan forum ilmiah.

        Di samping itu, menonton televisyen menjadikan masa lapang seseorang itu dihabiskan dengan begitu berfaedah. Seseorang itu tidak akan terbabit dalam gejala tidak sihat kerana mereka tidak perlu keluar dari rumah untuk menonton televisyen. 

         Seterusnya, menonton televisyen juga dapat melapangkan fikiran serta menghilangkan tekanan. Seseorang akan berasa terhibur apabila menonton rancangan yang berunsur hiburan dan lawak seperti kartun. Hal ini boleh menghilangkan tekanan akibat kerja seharian yang memenatkan.

        Kesimpulannya, menonton televisyen merupakan satu aktiviti yang berfaedah. Walau bagaimanapun, kita hendaklah bijak memilih rancangan dan masa yang sesuai untuk menonton supaya tidak memudaratkan diri sendiri.

8 comments :

Unknown said...

hmmm menyesal tak pernah baca tentang " Faedah Menonton Televisyen " semalam UPSR keluar tajuk nii. saya buat faedah menonton televisyen
- dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama keluarga ataupun kawan
- memanfaatkan masa
yg lain tuu saya dah lupa . tapi cikgu mmg tak pernah ajaar pasal karangan nii. setereh

Unknown said...

Wonderful ideas....

Anonymous said...

huh nasib baik tak keluar tajuk periksa bulan lepas
good idea :)

Anonymous said...

good ideas i like this blog

Anonymous said...

Very useful for standard 6 students....

Unknown said...

Good ideas. I apirishade u

BTS (BANGTAN BOYS)AND EXO BIAS said...

Sesuai untuk warga murid sekolah mahupun sekolah rendah dan universiti untuk mengunakan contoh karangan yang menarik.dan kita juga boleh menambah olahan pada setiap perengan atau setiap ayat.Ini dapat menarik minat seseorang untuk membaca semua jenis karangan

BTS (BANGTAN BOYS)AND EXO BIAS said...

Sesuai untuk warga murid sekolah mahupun sekolah rendah dan universiti untuk mengunakan contoh karangan yang menarik.dan kita juga boleh menambah olahan pada setiap perengan atau setiap ayat.Ini dapat menarik minat seseorang untuk membaca semua jenis karangan