Faedah Makan Makanan Berkhasiat
Semua orang dinasihatkan supaya makan makanan yang berkhasiat. Mengapa? Apakah faedah apabila kita makan makanan yang berkhasiat?
Apabila makan makanan yang berkhasiat, kita akan dapat mengelak daripada menderita penyakit kronik seperti kanser. Kajian mendapati, risiko kanser dapat dikurangkan dengan memakan banyak buah dan sayur-sayuran.Sebaliknya, makanan yang berlemak menggalakkan kanser.
Selain itu, dengan makan makanan yang berkhasiat juga dapat melindungi kita daripada osteoporosis iaitu sejenis penyakit reput tulang. Makanan yang mengandungi kalsium yang tinggi amat baik untuk tulang. Kalsium boleh diperoleh dalam produk tenusu, sayuran hijau dan makanan yang diperkaya dengan kalsium.
Makan makanan yang berkhasiat juga penting bagi kecergasan tubuh badan.Makanan yang mengandungi karbohidrat penting dalam membekalkan tenaga kepada tubuh badan manusia. Contoh makanan yang mengandungi karbohidrat ialah nasi dan roti.
Seterusnya, makan makanan yang berkhasiat juga dapat memastikan kulit kita cantik. Makan makanan yang mengandungi vitamin dapat menjamin kecantikan kulit serta penyembuhan dari luka dengan cepat. Sel-sel yang rosak akan diganti dengan sebaiknya jika vitamin dalam tubuh mencukupi.
Sesungguhnya dengan amalan makan makanan yang berkhasiat dapat memelihara tubuh badan kita kekal sihat dan selamat. Kita harus bijak memilih makanan yang berkhasiat sesuai dengan keperluan sendiri.
No comments :
Post a Comment