Rain


12/04/2016

Karangan: Cara-cara untuk menjaga keselamatan diri ketika di rumah

Kerap kali kita mendengar tentang kemalangan yang berlaku di rumah.
Tuliskan sebuah karangan tentang cara-cara untuk menjaga keselamatan diri ketika di rumah.

Rumah merupakan tempat perlindungan bagi semua orang. Walau bagaimanapun, rumah juga boleh menjadi tempat yang paling berbahaya jika tidak berhati-hati. Hal ini adalah kerana banyak kelengkapan rumah yang boleh mendatangkan bahaya kepada seluruh isi rumah.
        Sebagai langkah untuk menjaga keselamatan di rumah, kita mestilah menyimpan segala peralatan yang tajam di tempat yang selamat. Peralatan tajam seperti pisau, gunting, paku dan jarum hendaklah disimpan ditempat khas selepas digunakan. Kanak-kanak berkemungkinan menjadikan alatan tersebut sebagai permainan yang boleh mengakibatkan kecederaan.
        Selain itu, lantai bilik air dan dapur hendaklah kerap diberus agar tidak licin. Lantai yang licin boleh menyebabkan penghuni rumah tergelincir dan jatuh. Sebagai kesannya, kemungkinan berlaku pendarahan di kepala atau patah pada anggota badan.
        Bahan berbahaya seperti semburan serangga dan racun rumpai perlu diurus dengan baik. Tempat simpanan khas perlu disediakan agar tidak terdedah dan mudah dicapai oleh kanak-kanak. Kegagalan menguruskan bahan beracun dengan baik boleh meragut nyawa.
        Seterusnya, jika terdapat tangga yang tinggi, kita bolehlah memasang lapisan antigelincir atau selusur tangan. Hal ini supaya penghuni rumah tidak mudah terjatuh dan tercedera. Kecederaan yang serius seperti patah boleh terjadi jika terjatuh dari aras tinggi.

        Keselamatan perlu dipertingkatkan walau di mana-mana kita berada waima di rumah sekalipun. Jika kita berhati-hati kemalangan dapat dielakkan.

3 comments :

Unknown said...

tak nak

Unknown said...

Saya sangat suka karangan ini,karangan ini amat membantu saya dalam pelajaran saya.Terima kasih,Cikgu Om~

Haiqal's Photoshop said...

Om telolet om