Rain


12/04/2016

Karangan: Tuliskan tindakan yang perlu diambil untuk menjamin keselamatan ketika di bengkel.

Kemalangan boleh berlaku di mana-mana sahaja termasuklah di bengkel.
Tuliskan tindakan yang perlu diambil untuk menjamin keselamatan ketika di bengkel.

Malang tidak berbau dan boleh berlaku di mana-mana sahaja termasuk di bengkel. Oleh sebab itu, kita perlu berwaspada sentiasa untuk mengelakkan terjadinya perkara yang tidak diingini.
        Murid-murid yang masuk ke bengkel perlu mamatuhi segala peraturan yang ditetapkan. Tujuan peraturan diadakan adalah untuk mengelakkan kecederaan semasa menggunakan peralatan yang tajam dan berbahaya. Terdapat beberapa larangan ketika di bengkel seperti berlari dan bermain-main dengan peralatan yang ada.
        Selain itu, murid-murid juga hanya boleh menggunakan peralatan dan melakukan aktiviti di bawah pengawasan guru. Dengan adanya pengawasan guru, kerja-kerja di dalam bengkel lebih terurus dan terkawal. Guru akan mengutamakan keselamatan murid-murid demi kelicinan pembelajaran.
        Untuk tujuan keselamatan juga, semua peralatan di dalam bengkel perlu dilabel dan disimpan di tempat yang sesuai dan selamat. Jika peralatan bertaburan, keadaan bengkel menjadi tidak tersusun rapi dan pergerakan murid-murid akan terganggu. Hal ini juga mungkin menyebabkan berlakunya kemalangan.
        Seterusnya, semua pelajar perlu lebih berhati-hati ketika menggunakan alatan seperti gergaji, tukul dan alatan lain yang berbahaya. Alatan tersebut hendaklah digunakan mengikut tatacara penggunaan yang betul.

        Keselamatan diri perlu diutamakan. Justeru, kita perlu sentiasa berwaspada untuk mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.

No comments :