Rain


21/01/2015

Nota tatabahasa ' tentang' & 'mengenai'

Nota tatabahasa ini cikgu copy dari blog Munsyi Abd Rahim


Terima kasih abrahimblog.blogspot.com

Tentang ATAU Mengenai?

Tentang ATAU Mengenai : penggunaan yang sering mengelirukan?

 Banyak kesalahan penggunaan kata sendi "tentang" dan kata kerja "mengenai" yang kerap dilakukan. Hal ini demikian kerana kata "mengenai" telah digunakan secara meluas dalam kalangan pengguna bahasa yang menganggap kata ini membawa maksud "tentang". 

Mengikut buku Tatabahasa Dewan (2005) kata sendi nama "tentang" digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan sesuatu yang tidak tentu atau umum, atau mujarad. Kata nama atau frasa nama yang mengikuti kata sendi nama ini menjadi hal yang diperlakukan atau dibicarakan. 

Misalnya :

(a) Mereka sedang berbincang tentang tugasan yang diberikan oleh pensyarah.
(b) Kami berbual tentang kemalangan yang berlaku tadi.
(c) Ceritanya tentang ketaatan kepada kedua-dua ibu bapa.

Kata sendi nama "tentang" juga sering digantikan penggunaannya dengan bentuk "mengenai". Mengikut buku Tatabahasa Dewan (2005), perkataan "mengenai" tergolong sebagai kata kerja yang membawa maksud "kena pada".

 Misalnya :
(a) Panahan pemuda itu mengenai kera di atas pokok itu.
(b) Bola yang ditendangnya mengenai tiang gol.
(c) Penyakit ini mudah mengenai kanak-kanak.

Semoga pembaca dapat memahami perbezaan penggunaan kata "tentang" dan "mengenai" dalam lisan dan penulisan.

19/01/2015

Maksud peribahasa dan bina ayat

Maksud peribahasa..cikgu rujuk  daripada PRPM,DBP.



Masa itu emas -kiasan kepada sesuatu yg tinggi mutunya (mulia, berharga dll): .

berpeluk tubuha. berdakap (bersilang) tangan di dada. b. kiasan tidak mahu berusaha; malas bekerja.

ringan tulangrajin bekerja.

mata pencarianpekerjaan yang dilakukan untuk memperoleh nafkah.

bekas tangan hasil kerja tangan seseorang.



 

Bina ayat menggunakan peribahasa di atas.

1. Janganlah kita membuang masa dengan bersembang kosong sahaja kerana masa itu emas.

2. Sifat Hakim yang ringan tulang amat disenangi oleh majikannya.

3. Jika kita hanya berpeluk tubuh, segala yang diimpikan tidak akan menjadi kenyataan.

4. Menjala ikan di sungai merupakan mata pencarian Pak Yusof kebelakangan ini.

5. Ramai pengunjung yang memuji barangan kraf bekas tangan Yaani yang dipamerkan.



17/01/2015

Menggambar dengan teknik Titik








Hari Khamis lepas, 15.1.2015, cikgu mengajar Pendidikan Seni Visual dalam kelas 5 Iltizam.

Teknik yang dipelajari ialah menggambar dengan teknik titik.

Di sini, cikgu berikan beberapa contoh objek yang dihasilkan dengan teknik titik.





  

Gambar sumber dari : googleimage



Lagu 'Cemerlang Gemilang Terbilang"

Memandangkan tahun ni cikgu mengajar Muzik, jadi cikgu akan kongsi lirik lagu yang kita pelajari di dalam kelas supaya dapat dijadikan rujukan pada bila-bila masa.

Ke puncak penuh keagungan
Ke lembah penuh kemuliaan
Satu hati satu rasa
Impian pasti menjadi nyata
Demimu Malaysia tercinta
Kami menggenggam tekad
Membawa bangsa negara
Ke puncak keagungan
Demi bangsa demi negara
Ayuhlah kita bangkit berjuang
Maju bangsa maju negara
Kita dipandang mulia
Cemerlang gemilang terbilang
Negara dan juga bangsa
Mari buktikan pada dunia
Malaysiaku berjaya
Cemerlang gemilang terbilang

Lagu : Dato' Mokhzani bin Ismail
Lirik: Siso

13/01/2015

Nota Ayat Perintah

Ayat Perintah

Dapatkan nota ayat perintah: klik link ini
http://ayat-kami.blogspot.com/2011/03/ayat-perintah.html


Atau terus baca di sini: Ini pun cikgu copy dari laman web tersebut. terima kasih kepada kami.blogspot

AYAT PERINTAH




Mengikut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, ayat perintah ialah ayat yang diucapkan dengan tujuan untuk menimbulkan sesuatu tindakan. Ayat perintah boleh dibahagikan kepada 4 jenis berikut.



1-AYAT SURUHAN



Ayat suruhan ialah ayat yang diucapkan dengan tujuan memberi perintah atau arahan.Dalam ayat suruhan subjek ialah kata ganti nama orang kedua seperti awak,kamu,engkau, dan selainnya yang biasanya digugurkan.

Walau bagaimanapun,kerana tujuan penegasan,subjek boleh juga dikekalkan.

    Ã˜  Pergi kamu dari rumah ini!
    Ã˜  Engkau tunggu  Fateha di sini.

Ayat suruhan boleh menggunakan partikel –lah untuk melembutkannya di samping menegaskan predikat.

    Ã˜  Pergilah kamu dari rumah ini!
    Ã˜  Engkau tunggulah  Fateha di sini.

Bagi kata kerja transitif yang menerima awalan men-,awalan tersebut perlu digugurkan dalam ayat suruhan jenis ini,seperti dalam ayat di atas .

Dalam binaan ayat suruhan dan ayat perintah jenis lain yang mengandungi kata kerja tak transitif dan menerima awalan, awalan tersebut tidak boleh digugurkan, seperti yang terdapat dalam contoh berikut :

    Ã˜  Menangislah sepuas-puas hatimu.
          Ã˜ Berangkatlah dengan segera.











2-AYAT  LARANGAN

Ayat larangan ialah ayat yang menggunakan kata larangan seperti jangan,usah atau tak usah sebelum kata kerja dengan tujuan menegah seseorang melakukan sesuatu.

    Ã¼  Jangan ambil harta orang.
    Ã¼  Usah dikenang lagi kisah yang pahit.
    Ã¼  Awak tak usah datang lagi ke pejabat.

Ayat tersebut  dapat dilembutkan dengan menambahkan partikel –lah , seperti berikut :
    
    Ã¼  Janganlah ambil harta orang.
    Ã¼  Usahlah dikenang lagi kisah yang pahit.
    Ã¼  Awak tak usahlah datang lagi ke pejabat.

Ada jenis ayat larangan lagi yang bersifat umum yang tidak menggunakan kata larangan dan tidak menerima partikel –lah.

    Ã¼  Dilarang merokok.
    Ã¼  Dilarang memancing

Ayat larangan dapat juga dilembutkan dengan menggunakan perkataan harap pada bahagian hadapannya :

    Ã¼  Harap jangan merokok.
        Ã¼ Harap jangan berludah.






3-AYAT SILAAN

Ayat silaan ialah ayat yang menggunakan kata silaan seperti sila ata jemput sebelum kata kerja dengan tujuan menjemput atau mempersilakan seseorang. Lazimnya kata silaan digunakan pada permulaan ayat seperti contoh berikut :

       o   Sila serahkan borang permohonan tersebut ke pejabat.
       o   Jemput masuk.

    
          
  4-AYAT PERMINTAAN

Ayat permintaan ialah ayat yang menggunakan kata permintaan,seperti minta dan tolong dengan tujuan memohon permintaan dan pertolongan seperti  yang terdapat dalam contoh berikut :

    §  Minta kamu semua bertenang.
    §  Tolong tutup lampu sebelum kamu tidur.



Bentuk ayat silaan dan permintaan biasanya tidak membawa pengerrtian yang negative sebagaimana yang terdapat dalam jenis ayat larangan.

Oleh sebab itu contoh ayat berikut tidak dianggap betul:

    v  Sila jangan merokok.
    v  Tolong jangan ambil.
    v  Minta jangan bermain dikawasan ini.

12/01/2015

Pendidikan Muzik-teknik Nyanyian

Nota dicopy daripada  http://atiqahaiza.blogspot.com/

Nota Teknik Nyanyian untuk pelajaran Minggu pertama Pendidikan Muzik tahun 6.

Asas Nyanyian
Nyanyian adalah aktiviti muzikal yang paling awal. Dalam muzik nyanyian dinamakan vokal. Terdapat dua jenis nyanyian iaitu nyanyian secara humming dan nyanyian menggunakan lirik lagu. Nyanyian secara humming adalah nyanyian menggunakan bunyi huruf vokal contohnya La la la, Di di di, Mu mu mu mu, Ta ta, Ti ti ti dan sebagainya. Nyanyian dengan lirik ialah nyanyian lagu menggunakan lirik lagu.
Bunyi terhasil dari getaran sesuatu. Contohnya apabila meja diketuk, permukaan meja akan bergetar dan bunyi pun terhasil. Begitu juga dengan suara manusia. Atau apabila trumpet ditiup, udara dalam trumpet akan bergetar dan oleh itu bunyi trumpet terhasil.
Biasanya, semasa bernafas, udara dari paru-paru akan melalui larynx dan terus keluar tanpa mengeluarkan bunyi. Apabila hendak mengeluarkan bunyi, vocal cords (pita suara) akan dikawal supaya ia dapat menggetarkan udara yang melaluinya. Dengan cara itu suatu bunyi akan terhasil.
Gabungan antara gigi, lidah dan bibir akan membentuk bunyi menjadi bunyi konsonan dan vokal. Simbol bagi vokal dan konsonan adalah huruf-huruf.
Pic-pic muzik adalah besar atau kecilnya sesuatu bunyi. Semakin nyaring bunyi maka semakin tinggi picnya. Kadar ketegangan vocal cords mempengaruhi ketinggian pic. Semakin tegang vocal cords, maka semakin tinggi pic suara yang dihasilkan. Penyanyi yang mempunyai suara yang tinggi mempunyai vocal cords yang kuat. Kakuatan bunyi (volume) ditentukan oleh kuatnya tekanan udara dari paru-paru.
Dalam muzik kekuatan bunyi disebut sebagai dinamiks. Istilah kuat atau lembut menunjukkan tahap dinamik pada muzik. Julat pic ialah jarak antara pic paling rendah dengan pic paling tinggi dapat dihasilkan oleh seseorang. Penyanyi yang baik mempunyai julat pic yang besar ¯ Postur Dalam nyanyian, tubuh badan manusia sama seperti alat muzik. Semasa menyanyi postur adalah amat penting. Postur mempengaruhi cara pernafasan, mutu pengeluaran suara dan keseluruhan nyanyian seseorang. Postur Semasa Nyanyian Secara Berdiri Berdiri tegak, kaki direnggang sedikit. Imbang badan di kedua-dua belah kaki dan keseluruhan anggota dalam keadaan selesa 1. Tangan di sisi badan. 2. Dada ke hadapan, bahu ke belakang dan elakkan dari mengangkat bahu. 3. Kepala ditegakkan dan pandangan lurus ke hadapan.
Postur Semasa Nyanyian Secara Duduk 1. Duduk tegak, kaki direnggang sedikit, kedua-dua tapak kaki di lantai dan dalam keadaan selesa. 2. Tangan di atas peha. 3. Duduk di separuh bahagian hadapan kerusi dan jangan bersandar. 4. Dada ke hadapan, bahu ke belakang dan elakkan dari mengangkat bahu. 5. Kepala ditegakkan dan pandangan lurus ke hadapan. Pernafasan Pernafasan yang terkawal adalah asas kepada nyanyian yang baik. Dalam nyanyian. Mulut dan kerongkong perlu dibuka luas untuk memberi laluan udara yang banyak bagi menghasilkan ton yang lebih resonan.

Sebutan dan Ton Dalam menyanyi, sebutan bunyi vokal dan konsonan haruslah jelas. Bagi menghasilkan sebutan yang jelas, ciri-ciri berikut memainkan peranan yang penting. Ciri-ciri ton nyanyian meliputi · Tenaga · Pembentukan alat vokal ( bibir dan lidah ) · Kekuatan bunyi · Harkat (panjang dan pendek) Pernafasan dan bentuk mulut yang betul mengasilkan sebutan yang baik, kualiti ton dan intonasi yang baik. Bunyi konsonan pada permulaan dan akhir suatu perkataan perlu ditekankan semasa latihan. 

Jenis Jenis Suara Dalam nyanyian, terdapat 3 jenis suara iaitu · Suara kepala · Suara tengah · Suara dada Suara kepala ialah istilah yang digunakan bagi menerangkan suara yang dirasai dikeluarkan dari ruang di kepala. Untuk mendapat suara kepala yang bermutu, kawalan pernafasan yang betul adalah perlu. Suara kepala akan membantu pelajar lelaki semasa mengalami perubahan suara.Ia juga memberi persediaan dalam penggunaan nyanyian falsetto. 

Suara Tengah ialah istilah yang digunakan bagi menerangkan perletakan suara yang di rasai dikeluarkan dari paras hidung ke kerongkong. Suara dada adalah istilah yang digunakan bagi menerangkan suara yang dirasai dikeluarkan dari ruang dada. 

Untuk merasai suara ini, nyanyi pic rendah dengan meletakkan tangan di dada. Getaran dada akan dirasai pada tangan. Tangga Nada Solfa Seorang paderi berbangsa Perancis, bernama Guido d’ Arenzo telah mencipta satu kaedah untuk mengajar nyanyian semerta dikalangan rahib pada abad ke-11. Arenzo menggunakan 6 not iaitu Do Re Mi Fa Sol La Sistem nyanyian ini kemudiannya digunakan dengan meluas untuk nyanyian sekular ( bertemakan cinta dan isu semasa ). Sistem ini adalah sama dengan tangga nada solfa yang digunakan untuk latihan nyanyian sehingga hari ini. Hari ini Ut telah digantikan dengan Do manakala pic Ti ditambah selepas La 


11/01/2015

Ayat Aktif & Ayat Pasif

Nota ni cikgu copy dari John Tuition.

Ayat Aktif & Ayat Pasif
Ayat Aktif
1)    Ayat aktif ialah ayat yang mengutamakan subjek sebagai pelaku dan objek sebagai penderita
2)    Dalam ayat aktif, kata kerjanya berawalan men-. Contohnya:
a)     Ayah memcuci kereta
b)      Ketua murid menaikkan benderea sekolah
c)      Ibu membasuh baju

Ayat Pasif
1)      Ayat pasif ialah ayat yang mengutamakan objek sebagai unsure yang diterangkan
2)      Ayat pasif tidak berawalan men- dan didahului kata ganti diri pertama dan kata ganti diri kedua. Contohnya:
a)      Semak samun itu saya tebas
b)      Buku-buku itu perlu kamu baca
3)      Ayat pasif ada yang berawalan di- dan diikuti kata sendi olehserta kata ganti diri ketiga. Contohnya
a)      Kereta dicuci oleh ayah
b)      Bendera sekolah dinaikkan oleh ketua murid
c)      Baju dibasuh oleh ibu
4)      Ayat pasif terbahagi kepada tiga, iaitu:
a)      Ayat pasif diri pertama
b)      Ayat pasif diri kedua
c)      Ayat pasif diri ketiga
5)      Ayat pasif diri pertama ialah ayat yang kata kerjanya tidak berawalan men- dan didahului kata ganti diri pertama seperti aku, kami, kita, saya, dan sebagainya
6)      Kata ganti diri pertama aku boleh disingkatkan menjadi ku- dan hendaklah dicantumkan pada kata kerja pasif. Contohnya:
a)      kek itu kupotong
b)      wang itu kusimpan
7)      Kedua-dua ayat aktif dan pasif diri pertama membawa maksud yang sama walaupun bentuknya berbeza. Contohnya
Ayat Aktif
Ayat Pasif
a) Saya merendam baju itu
a) Baju itu saya rendam
b) Kami memasuki pondok itu
b) Pondok itu kami masuki
c) Aku akan pergi ke sana
c) Ke sana akan aku pergi
d) Kita perlu menyelesaikan masalah itu
d) Masalah itu perlu kita selesaikan
e) Saya membeli sebuah basikal
e) Sebuah basikal saya beli

8)      Ayat pasif diri kedua ialah ayat yang kata kerjanya tidak berawalan men- dan didahului kata ganti diri kedua seperti anda, engkau, awak, kamu, dan sebagainya
9)      Kata ganti diri kedua engkau boleh disingkatkan menjadi kau-dan hendaklah dicantumkan pada kata kerja pasif. Contohnya:
a)      Wang itu kausimpan
b)      Kek itu kaupotong
10)   Kedua-dua ayat aktif dan pasif diri kedua membawa maksud yang sama     walaupun bentuknya berbeza. Contohnya
Ayat Aktif
Ayat Pasif
a) Anda perlu mengisi boring itu
a) Borang itu perlu anda isi
b) Kamu mesti menyiapkan tugasan itu
b) Tugasan itu mesti kamu siapkan
c) Engkau harus menyampaikan pesanan itu
c) Pesanan itu harus engkau sampaikan
d) Awak perlu menaip surat itu
d) Surat itu perlu awak taip
e) Kalian perlu membersihkan tempat ini
e) Tempat ini perlu kalian bersihkan

11)  Ayat pasif diri ketiga ialah ayat yang kata kerjanya berawalan di-dan diikuti kata sendi serta kata ganti diri ketiga seperti ia, beliau, baginda, dan sebagainya
12)  Kata sendi oleh boleh ada dan boleh tiada sesudah kata kerja pasif diri ketiga. Contohnya
a)      Pokok pisang itu ditanam oleh Ali
b)      Pokok pisang itu ditanam Ali
13)  Kedua-dua ayat aktif dan pasif diri ketiga membawa maksud yang sama     walaupun bentuknya berbeza. Contohnya
Ayat Aktif
Ayat Pasif
a) Ayah menebas semak samun di belakang rumah
a) Semak samun di belakang rumah sudah ditebas oleh ayah
b) Dia sedang menjahit baju yang koyak itu
b) Baju yang koyak itu sedang dijahit olehnya
c) Beliau Akan Merasmikan acara sukan itu
c) Acara sukan itu akan dirasmikan oleh beliau
d) Baginda meminta rakyat supaya bersatu padu
d) Rakyat diminta oleh baginda supaya bersatu padu
e) Mereka sedang membaiki jambatan yang rosak itu
e) Jambatan yang rosak itu sedang dibaiki oleh mereka


10/01/2015

PENGUMUMAN!!!!

KEPADA SEMUA MURID TAHUN 6 2015 .

TUGASAN SEMASA CUTI YANG DIBERI HENDAKLAH DISIAPKAN DAN DISERAHKAN KEPADA GURU BAHASA MALAYSIA (KARANGAN) DAN GURU KELAS (BUKU PINK)
PADA MINGGU KEDUA PERSEKOLAHAN.

JADI,
        BAGI SESIAPA YANG BELUM LENGKAP, ANDA MASIH  MEMPUNYAI MASA.
TERUSKAN TUGASAN ANDA HINGGA SELESAI.

INGAT!! USAHA TANGGA KEJAYAAN.
   

Laporan Hari Kantin

LAPORAN HARI KANTIN SEKOLAH KEBANGSAAN FELDA BUKIT TANGGA

Baru-baru ini, Sekolah Kebangsaan Felda Bukit Tangga telah mengadakan Hari Kantin. Semua pelajar Sekolah Kebangsaan Felda Bukit Tangga telah melibatkan diri. Para Waris juga telah turut memeriahkan Hari Kantin yang diadakan.
            Tujuan Hari Kantin diadakan adalah untuk melatih para pelajar dalam bidang keusahawanan dan perniagaan. Selain itu, sekolah akan memperoleh keuntungan hasil daripada jualan pada hari tersebut.  Wang keuntungan akan diagihkan kepada persatuan-persatuan untuk menjalankan aktiviti sepanjang tahun.
            Terdapat 15 gerai jualan telah didirikan. Setiap gerai diberi tanggungjawab kepada persatuan dan kelab untuk menguruskan jualan. Ada gerai yang menjual makanan, minuman, bahan bacaan dan barangan kraf tangan. Gerai yang paling laris ialah gerai yang menjual rojak madu.
            Selain daripada gerai jualan, turut diadakan peraduan meneka jumlah guli,pertandingan mereka cipta model bangunan dan perlawanan permainan tradisional . Setiap orang yang hadir boleh mengambil bahagian dengan dikenakan bayaran tertentu. Aktiviti yang diadakan mendapat sambutan yang hangat daripada orang ramai.
            Hari Kantin yang diadakan ini telah mencatat keuntungan yang begitu memuaskan. Gerai Doktor Muda telah diumumkan sebagai gerai terbersih dan terlaris. Manakala Kelab Bahasa Malaysia telah dipilih sebagai Kumpulan Usahawan Berjaya.

Kejayaan Hari Kantin Sekolah Kebangsaan Felda Bukit Tangga  adalah hasil kerjasama semua. Dalam ucapan penutupan, Encik Alias b Bahadon, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Felda Bukit Tangga telah merakamkan rasa syukur dan beliau berterima kasih kepada terlibat. Beliau juga telah mengisytiharkan Hari Kantin sebagai aktiviti tahunan Sekolah Kebangsaan Felda Bukit Tangga mulai tahun 2014.

Laporan disediakan oleh:
Hanis EXo
.............................
(Nur Hanis bt Rosli)
Setiausaha Persatuan Bahasa Malaysia,
Sekolah Kebangsaan Felda Bukit Tangga.