Nota ni cikgu copy dari John Tuition.
Ayat Aktif &
Ayat Pasif
Ayat Aktif
1) Ayat aktif ialah
ayat yang mengutamakan subjek sebagai pelaku dan objek sebagai penderita
2) Dalam ayat
aktif, kata kerjanya berawalan men-. Contohnya:
a) Ayah memcuci
kereta
b) Ketua murid
menaikkan benderea sekolah
c) Ibu membasuh
baju
Ayat Pasif
1) Ayat pasif ialah
ayat yang mengutamakan objek sebagai unsure yang diterangkan
2) Ayat pasif tidak
berawalan men- dan didahului kata ganti diri pertama dan kata
ganti diri kedua. Contohnya:
a) Semak samun itu
saya tebas
b) Buku-buku itu
perlu kamu baca
3) Ayat pasif ada
yang berawalan di- dan diikuti kata sendi olehserta kata
ganti diri ketiga. Contohnya
a) Kereta dicuci
oleh ayah
b) Bendera sekolah
dinaikkan oleh ketua murid
c) Baju dibasuh
oleh ibu
4) Ayat pasif
terbahagi kepada tiga, iaitu:
a) Ayat pasif diri
pertama
b) Ayat pasif diri
kedua
c) Ayat pasif diri
ketiga
5) Ayat pasif diri
pertama ialah ayat yang kata kerjanya tidak berawalan men- dan
didahului kata ganti diri pertama seperti aku, kami, kita, saya, dan sebagainya
6) Kata ganti diri
pertama aku boleh disingkatkan menjadi ku- dan hendaklah
dicantumkan pada kata kerja pasif. Contohnya:
a) kek itu kupotong
b) wang itu
kusimpan
7) Kedua-dua ayat
aktif dan pasif diri pertama membawa maksud yang sama walaupun bentuknya
berbeza. Contohnya
Ayat Aktif
|
Ayat Pasif
|
a) Saya merendam baju itu
|
a) Baju itu saya rendam
|
b) Kami memasuki pondok itu
|
b) Pondok itu kami masuki
|
c) Aku akan pergi ke sana
|
c) Ke sana akan aku pergi
|
d) Kita perlu menyelesaikan masalah itu
|
d) Masalah itu perlu kita selesaikan
|
e) Saya membeli sebuah basikal
|
e) Sebuah basikal saya beli
|
8) Ayat pasif diri
kedua ialah ayat yang kata kerjanya tidak berawalan men- dan
didahului kata ganti diri kedua seperti anda, engkau, awak, kamu, dan
sebagainya
9) Kata ganti diri
kedua engkau boleh disingkatkan menjadi kau-dan hendaklah
dicantumkan pada kata kerja pasif. Contohnya:
a) Wang itu
kausimpan
b) Kek itu
kaupotong
10) Kedua-dua ayat aktif dan pasif diri kedua
membawa maksud yang sama walaupun bentuknya berbeza.
Contohnya
Ayat Aktif
|
Ayat Pasif
|
a) Anda perlu mengisi boring itu
|
a) Borang itu perlu anda isi
|
b) Kamu mesti menyiapkan tugasan itu
|
b) Tugasan itu mesti kamu siapkan
|
c) Engkau harus menyampaikan
pesanan itu
|
c) Pesanan itu harus engkau sampaikan
|
d) Awak perlu menaip surat itu
|
d) Surat itu perlu awak taip
|
e) Kalian perlu membersihkan tempat ini
|
e) Tempat ini perlu kalian bersihkan
|
11) Ayat pasif diri ketiga ialah ayat yang kata kerjanya
berawalan di-dan diikuti kata sendi serta kata ganti diri ketiga
seperti ia, beliau, baginda, dan sebagainya
12) Kata sendi oleh boleh ada dan boleh tiada sesudah kata
kerja pasif diri ketiga. Contohnya
a) Pokok pisang itu
ditanam oleh Ali
b) Pokok pisang itu
ditanam Ali
13) Kedua-dua ayat aktif dan pasif diri ketiga membawa
maksud yang sama walaupun bentuknya berbeza. Contohnya
Ayat Aktif
|
Ayat Pasif
|
a) Ayah menebas semak samun
di belakang rumah
|
a) Semak samun di belakang
rumah sudah ditebas oleh ayah
|
b) Dia sedang menjahit baju
yang koyak itu
|
b) Baju yang koyak itu
sedang dijahit olehnya
|
c) Beliau Akan Merasmikan
acara sukan itu
|
c) Acara sukan itu akan
dirasmikan oleh beliau
|
d) Baginda meminta rakyat
supaya bersatu padu
|
d) Rakyat diminta oleh
baginda supaya bersatu padu
|
e) Mereka sedang membaiki
jambatan yang rosak itu
|
e) Jambatan yang rosak itu
sedang dibaiki oleh mereka
|
No comments :
Post a Comment