Nota Teknik Nyanyian untuk pelajaran Minggu pertama Pendidikan Muzik tahun 6.
Asas Nyanyian
Nyanyian adalah aktiviti muzikal
yang paling awal. Dalam muzik nyanyian dinamakan vokal. Terdapat dua jenis
nyanyian iaitu nyanyian secara humming dan nyanyian menggunakan lirik lagu.
Nyanyian secara humming adalah nyanyian menggunakan bunyi huruf vokal contohnya
La la la, Di di di, Mu mu mu mu, Ta ta, Ti ti ti dan sebagainya. Nyanyian
dengan lirik ialah nyanyian lagu menggunakan lirik lagu.
Bunyi terhasil dari getaran
sesuatu. Contohnya apabila meja diketuk, permukaan meja akan bergetar dan bunyi
pun terhasil. Begitu juga dengan suara manusia. Atau apabila trumpet ditiup,
udara dalam trumpet akan bergetar dan oleh itu bunyi trumpet terhasil.
Biasanya, semasa bernafas, udara
dari paru-paru akan melalui larynx dan terus keluar tanpa mengeluarkan bunyi.
Apabila hendak mengeluarkan bunyi, vocal cords (pita suara) akan dikawal supaya
ia dapat menggetarkan udara yang melaluinya. Dengan cara itu suatu bunyi akan
terhasil.
Gabungan antara gigi, lidah dan
bibir akan membentuk bunyi menjadi bunyi konsonan dan vokal. Simbol bagi vokal
dan konsonan adalah huruf-huruf.
Pic-pic muzik adalah besar atau
kecilnya sesuatu bunyi. Semakin nyaring bunyi maka semakin tinggi picnya. Kadar
ketegangan vocal cords mempengaruhi ketinggian pic. Semakin tegang vocal cords,
maka semakin tinggi pic suara yang dihasilkan. Penyanyi yang mempunyai suara
yang tinggi mempunyai vocal cords yang kuat. Kakuatan bunyi (volume) ditentukan
oleh kuatnya tekanan udara dari paru-paru.
Dalam muzik kekuatan bunyi
disebut sebagai dinamiks. Istilah kuat atau lembut menunjukkan tahap dinamik
pada muzik. Julat pic ialah jarak antara pic paling rendah dengan pic paling
tinggi dapat dihasilkan oleh seseorang. Penyanyi yang baik mempunyai julat pic
yang besar ¯ Postur Dalam nyanyian, tubuh badan manusia sama seperti alat
muzik. Semasa menyanyi postur adalah amat penting. Postur mempengaruhi cara
pernafasan, mutu pengeluaran suara dan keseluruhan nyanyian seseorang. Postur
Semasa Nyanyian Secara Berdiri Berdiri tegak, kaki direnggang sedikit. Imbang badan
di kedua-dua belah kaki dan keseluruhan anggota dalam keadaan selesa 1. Tangan
di sisi badan. 2. Dada ke hadapan, bahu ke belakang dan elakkan dari mengangkat
bahu. 3. Kepala ditegakkan dan pandangan lurus ke hadapan.
Postur Semasa Nyanyian Secara
Duduk 1. Duduk tegak, kaki direnggang sedikit, kedua-dua tapak kaki di lantai
dan dalam keadaan selesa. 2. Tangan di atas peha. 3. Duduk di separuh bahagian
hadapan kerusi dan jangan bersandar. 4. Dada ke hadapan, bahu ke belakang dan
elakkan dari mengangkat bahu. 5. Kepala ditegakkan dan pandangan lurus ke
hadapan. Pernafasan Pernafasan yang terkawal adalah asas kepada nyanyian yang
baik. Dalam nyanyian. Mulut dan kerongkong perlu dibuka luas untuk memberi
laluan udara yang banyak bagi menghasilkan ton yang lebih resonan.
Sebutan dan Ton Dalam menyanyi,
sebutan bunyi vokal dan konsonan haruslah jelas. Bagi menghasilkan sebutan yang
jelas, ciri-ciri berikut memainkan peranan yang penting. Ciri-ciri ton nyanyian
meliputi · Tenaga · Pembentukan alat vokal ( bibir dan lidah ) · Kekuatan bunyi
· Harkat (panjang dan pendek) Pernafasan dan bentuk mulut yang betul
mengasilkan sebutan yang baik, kualiti ton dan intonasi yang baik. Bunyi
konsonan pada permulaan dan akhir suatu perkataan perlu ditekankan semasa
latihan.
Jenis Jenis Suara Dalam nyanyian, terdapat 3 jenis suara iaitu · Suara
kepala · Suara tengah · Suara dada Suara kepala ialah istilah yang digunakan
bagi menerangkan suara yang dirasai dikeluarkan dari ruang di kepala. Untuk
mendapat suara kepala yang bermutu, kawalan pernafasan yang betul adalah perlu.
Suara kepala akan membantu pelajar lelaki semasa mengalami perubahan suara.Ia
juga memberi persediaan dalam penggunaan nyanyian falsetto.
Suara Tengah ialah
istilah yang digunakan bagi menerangkan perletakan suara yang di rasai
dikeluarkan dari paras hidung ke kerongkong. Suara dada adalah istilah yang
digunakan bagi menerangkan suara yang dirasai dikeluarkan dari ruang dada.
Untuk merasai suara ini, nyanyi pic rendah dengan meletakkan tangan di dada.
Getaran dada akan dirasai pada tangan. Tangga Nada Solfa Seorang paderi
berbangsa Perancis, bernama Guido d’ Arenzo telah mencipta satu kaedah untuk
mengajar nyanyian semerta dikalangan rahib pada abad ke-11. Arenzo menggunakan
6 not iaitu Do Re Mi Fa Sol La Sistem nyanyian ini kemudiannya digunakan dengan
meluas untuk nyanyian sekular ( bertemakan cinta dan isu semasa ). Sistem ini
adalah sama dengan tangga nada solfa yang digunakan untuk latihan nyanyian
sehingga hari ini. Hari ini Ut telah digantikan dengan Do manakala pic Ti
ditambah selepas La
No comments :
Post a Comment