Kata Bilangan
A.Terdapat enam jenis kata bilangan
iaitu :
1.Kata
bilangan tentu seperti satu,
seratus, seribu dan sebagainya.
2.Kata
bilangan tak tentu seperti beberapa,
para, semua, setengah-setengah dan sebagainya.
3.Kata
bilangan pecahan seperti suku,
setengah dan
sebagainya.
4.Kata
bilangan pisahan seperti masing-masing,
setiap dan sebagainya.
5.Kata
bilangan himpunan seperti berbagai-bagai,
kedua-dua dan sebagainya.
6.Kata
bilangan tingkat seperti pertama,
kedua, ketiga dan sebagainya.
B.Kata
bilangan seperti setengah-setengah,
tiap-tiap, berbagai-bagai dankedua-dua tidak
boleh disingkatkan.
(salah)
(salah)
- setengah orang
(x)
- tiap pelajar
(x)
- berbagai warna (x)
- kedua mempelai (x)
(betul)
- setengah-setengah orang(√) / sesetengah orang (√)
- tiap-tiap pelajar (√)
- berbagai-bagai warna (√)
- kedua-dua mempelai (√)
C. Kata para tidak boleh diulang.
- Para-para penduduk
perlu bekerjasama. (x)
- Para penduduk
perlu bekerjasama. (√)
4. Kata bilangan tentu seperti satu,
dua, tiga dan sebagainya tidak boleh didekatkan dengan kata bilangan
pecahan seperti setengah dan suku untuk
penghitungan.
- dua setengah meter (x)
- dua suku jam (x)
- tiga setengah ringgit (x)
- dua meter setengah (√)
- dua jam suku (√)
- tiga ringgit setengah (√)
No comments :
Post a Comment