Penjodoh bilangan ialah perkataan yang digunakan berpasangan
dengan kata nama untuk membilang atau menyebut kata nama itu.
1) ANGKATAN
Digunakan untuk : kumpulan atau kelompok benda dan manusia
Contoh : tentera, usahawan, sasterawan, belia, penulis
Ayat
Seangkatan pegawai polis
bergegas ke tempat kemalangan itu
2) BAKUL
Digunakan untuk: benda yang
diisikan di dalam bakul
Contoh : kuih, sampah,
buah, makanan
Ayat
Mak Limah membawa sebakul kuih keria
untuk dijual di gerai
3) BARIS
Digunakan untuk: benda yang
berderet atau manusia yang beratur
Contoh : ayat, rumah,
murid, tulisan, kerusi
Ayat
Dua buah baris rumah setinggan hangus dijilat api pagi tadi
4) BATANG
Digunakan
untuk: : benda yang
lurus, panjang, dan keras
Contoh : gigi,
pakuk,lilin, jalan raya, tongkat
Ayat
Datuk berjalan dengan menggunakan sebatang tongkat rotan
5) BENTUK
Digunakan untuk : benda yang kecil dan berbentuk lengkung
Contoh: : subang,cincin,mata kail
Ayat
Balkis membeli dua bentuk cincin berlian untuk tunangnya
6) BERKAS
Digunakan untuk: benda yang
telah diikat dalam satu ikatan
Contoh : bulu, rotan,
kunci, lidi, ranting
Ayat
Along Ajai membawa seberkas rotan dari hutan
7) BIDANG
Digunakan untuk : benda yang lebar, luas, dan rata
Contoh : sawah,
ladang, tanah, tikar dan permaidani
Ayat
Nenek membentang sebidang tikar nipah untuk tetamu yang datang
8) BIJI
Digunakan untuk : buah buahan dan benda yang berbentuk bulat
Contoh :
cawan,butang,guli, pinggan, tembikai
Ayat
Salleh menyusun enam biji cawan di atas meja
9) BILAH
Digunakan untuk : senjata atau
benda yang tajam dan runcing
Ayat :
Ayu memotong kek hari jadinya dengan menggunakan sebilah pisau
10) BOTOL
Digunakan untuk : bahan cecair yang diisikan ke dalam botol
Contoh : air, dakwat
minumam, kicap, minyak
Ayat
Datuk Anuar sempat membeli tiga botol minyak wangi ketika berada di luar negara
11) BUAH
Digunakan untuk : benda yang besar, tempat, bangunan dan semua jenis kenderaan
Contoh :
air,dakwat,minuman,kicap,minyak
Ayat
Hairul berasa hairan apabila melihat sebuah lori tiba-tiba berhenti di hadapan rumahnya
12 BUKU
Digunakan untuk : benda yang berbuku dan berbongkah kecil
Contoh : benang,roti
sabun
Ayat
Shamsul membeli sebuku roti di kedai itu
13 BUNGKUS
Digunakan untuk : kumpulan benda yang dibalut
Contoh : coklat, nasi
lemak, makanan ringan
Ayat
Emak menyediakan lima belas bungkus nasi lemak untuk dibawa ke pejabat
14 BUTIR
Digunakan untuk : benda yang kecil
dan bulat
Contoh :
peluru,telur,beras,bawang, kelapa
Ayat : Salmah mengupas lima butir bawang merah
15 CARIK
Digunakan untuk : benda yang
dikoyak kecil kecil dan memanjang
Contoh : daun, kertas,
perca kain
Ayat
Danial menggunakan beberapa carik perca kain
untuk ditampal pada lukisannya
16) CEBIS
Digunakan untuk: benda yang
sudah dipotong atau dikoyak kecil kecil
Contoh : kertas, kain
Ayat
Emak menampal seluar adik yang koyak dengan menggunakan secebiskain
17 CEKAK
Digunakan untuk : benda yang dipegang secara mencekak
Contoh : benih padi,
serai, sirih, sayur sayuran
Ayat :
Pakcik Halim mengambil secekak benih padi dari
tapak semaian
18 CUBIT
Digunakan untuk : benda yang diambil sedikit sahaja
Contoh : garam, gula,
kuih, makanan
Ayat
Suria memasukkan secubit garam ke dalam masakannya
19 CUCUK
Digunakan untuk : benda yang
dicucuk dengan lidi
Contoh :
meriam,pistol,senapang
Ayat
Abang membeli lima puluh cucuk sate ayam dan
daging lembu
20 DAS
Digunakan untuk : bunyi letupan dan tembakan
Contoh :
meriam,pistol, senapang
Ayat
Adik segera menutup telinga apabila terdengar beberapa das tembakan
21 DERET
Digunakan untuk : bangunan dan
kenderaan yang berderet deret
Contoh : gerai , kedai
rumah, lori, motosikal
Ayat
Datuk saya mempunyai sederet rumah sewa di
Klang
22 EKAR
Digunakan untuk : kawasan yang luas
Contoh : bendang,
sawah,tanah,ladang
Ayat
Pakcik menjual beberapa ekar tanah sawahnya untuk membiayai pelajaran anaknya
23 EKOR
Digunakan untuk : semua jenis haiwan
Contoh : ayam,lembu,gajah,unta
zirafah
Ayat : Haji Ahmad memelihara dua ekor kucing parsi
24) GELAS
Digunakan untuk : cecair yang
diisikan ke dalam gelas
Contoh : air kelapa,
susu, kacang soya
Ayat
Fakarudin membeli dua gelas air kacang soya di pasar malam
25 GELUNG
Digunakan untuk : benda yang panjang dan bergelung
Contoh : dawai kawat,
rotan, tali wayar
Ayat
Ah Cong menggunakan dua gelung dawai untuk membuat pagar
26 GEMAL
Digunakan untuk : benda yang dikumpulkan dan diikat
Contoh : padi, rumput
lalang
Ayat
David membawa empat gemal rumput di belakang motosikalnya
27 GENGGAM
Diguanakan untuk : benda yang
boleh digenggam
Contoh : beras, padi,
garam,pasir, pulut
Ayat : Nenek memasak tiga genggam pulut pagi tadi
28 GEROMBOLAN
Digunakan untuk : kumpulan
orang
Contoh : askar
pengganas, polis, tentera
Ayat
Segerombolan polis telah
dikejarkan ke tempat rusuhan itu
29 GUGUS
Digunakan untuk : kumpulan
benda yang berkelompok dan buah buahan dalam setangkai
Contoh : bintang,
anggur, kunci, langsat, rambutan
Ayat : Mei Lan membeli tiga gugus langsat di
gerai itu
30 GULUNG
Digunakan untuk : membilang benda yang panjang dan bergulung
Contoh : filem, kain,
kertas, permainan, tikar
Ayat
Nalini menjemur tiga gulung permaidani di pagar rumahnya
31 GUMPAL
Digunakan untuk : benda yang bergumpal
Contoh : asap, awan,
kapas, kekabu, tembakau
Ayat : Ekor, kucing siam itu seperti segumpal kapas
32 HELAI
Digunakan untuk : benda yang
nipis, lembut, lebar, dan berkeping – keping
Contoh : baju, borang,
cadar, tuala, sapu tangan
Ayat : Di dalam almari itu cuma ada sehelai baju
33 HIDANG
Digunakan untuk : makanan yang siap disajikan
Contoh : kuih, lauk,
nasi
Ayat
Puan Noriah menyediakan dua hidangan kuih kepada tetamu yang hadir
34 HIRIS
Digunakan untuk : benda yang
sudah potong tipis tipis
Contoh : lobak merah,
tomato, timun, daging
Ayat
Puan Jah meletakkan tiga hiris timun di atas hidangan nasi ayam
itu
35 IKAT
Diguanakan untuk : benda yang telah diikat
Contoh : atap, kayu,
sayur sayuran, sirih
Ayat
Faizah membeli dua ikat sawi dan tiga ikat kangkung
36 JAMBAK
Digunakan untuk : benda yang berangkai rangkai
Contoh : bunga, kunci
Ayat
Wati berasa sungguh gembira menerima sejambak bunga daripada
tunangnya
37 JAMBANGAN
Digunakan untuk : kumpulan bunga yang sudah digubah bunga
Contoh : Bunga
Ayat
Daris meletakkan jambangan bunga itu di atas mejanya
38 JEMPUT
Digunakan untuk : benda yang diambil dengan hujung jari
Contoh : rempah,
garam, gula, kunyit
Ayat
Ibu menggaul ikan kembung itu dengan garam dan dua jemput serbuk kunyit
39 JENGKAL
Digunakan untuk : jarak atau
lebar sesuatu benda atau tempat dengan menggunakan kedua dua hujung jari tangan
Contoh : kain,
benang,tali dawai
Ayat : Panjang meja tulis itu lima jengkal
40 KAJANG
Digunakan untuk : benda yang berbentuk lebar
Contoh : kain, kertas,
layar
Ayat
Hadi memerlukan empat kajang kertas untuk menampal dinding biliknya
41 KAKI
Digunakan untuk : benda yang bertangkai
Contoh : payung,
lilin, cendawan
Ayat : Lina meletakkan sekaki payung di belakang pintu
42 KALUNG
Digunakan untuk : benda yang
diikat secara bersembunyi dalam bentuk bulatan
Contoh : manik,
mutiara,
Ayat
Encik Ravi menempah dua kalung bunga malai
untuk majlis perkahwinan anaknya
43 ) KANDANG
Digunakan untuk : haiwan yang berada di dalam kandang
Contoh : lembu,
kambing, kerbau, kuda, biri,biri
Ayat
Pak Din berasa sedih kerana sekandang lembunya
terkena penyakit kuku dan mulut
44 KAPUR
Digunakan untuk : sirih yang
telah siap dikapurkan
Contoh : sirih
Ayat
Nenek mengunyah sekapur sirih sambil
mengayam tikar
45KARANGAN
Digunakan untuk : bunga siap digubah
Contoh : pelbagai
jenis bunga
Ayat
Puan Jamilah mendapat sekarangan bunga daripada pekerja - pekerja sempena hari jadinya
46 KAWAN
Digunakan untuk : kumpulan
haiwan
Contoh : burung,
gajah, lebah, merpati, serigala
Ayat : sekawan gajah telah merosakkan tanaman
pisang di kampung itu
47 KELOMPOK
Digunakan untuk : kumpulan
benda, haiwan dan manusia
Contoh : pulau,
nelayan, bintang, gajah, jurutera
Ayat
Nina asyik melihat sekelompok bintang yang berkelipan pada malam
itu
48 KEPAL
Digunakan untuk : benda yang boleh dikepal
Contoh :
nasi,pulut,tanah, dodol
Ayat
Fatin makan dua kepal pulut yang ditanak oleh neneknya
49 KEPING
Digunakan untuk : benda
yang rata, nipis dan lebar
Contoh : biskut,
gambar
Ayat
Zainal makan tiga keping biskut sahaja pada
waktu rehat
50 KEPUL
Digunakan untuk : benda
yang berkepul-kepul
Contoh : asap,awan,wap
Ayat
Siti menjerit – jerit
apabila melihat kepul asap hitam dari
dapur rumahnya
No comments :
Post a Comment