Rain


27/01/2015

PROGRAM KULIAH 3 MINIT PERINGKAT SKFBT

Mulai 11 Januari 2015, Panitia Pendidikan Islam SKFBT telah menganjurkan Program Kuliah 3 Minit. Semoga seluruh warga SKFBT mendapat berkat dan manfaat daripadanya.
Terima kasih dan tahniah atas keprihatinan Panitia Pendidikan Islam.

Buku Kuliah 3 Minit diletakkan di dalam semua kelas. Guru yang mengajar pada waktu pertama
bertanggungjawab untuk meminta murid membaca bahan yang terdapat dalam buku ini.

Buku ini telah diusahakan oleh Ustaz Abdul Razak b Mahamud, Ketua Panitia Pendidikan Islam, SKFBT.


Antara kandungan buku Kuliah 3 minit.

Kempen 10 ribu Langkah Peringkat sekolah












Terima kasih kepada team Pejabat Kesihatan Daerah Kubang Pasu yang sudi turun awal-awal pagi untuk turut menjayakan kempen yang bakal membawa faedah kepada semua.
Terima kasih daun keladi.

Nota Lagu Cemerlang Gemilang Terbilang


23/01/2015

Penulisan Bahagian A: Gambar suasana di taman permainan.

Gambar di bawah menunjukkan suasana di taman permainan kanak-kanak.
Tuliskan lima ayat lengkap tentang aktiviti dalam gambar di bawah.



KN
KK
OB
H
1




2




3




4




5





Ayat Lengkap: (Sebolehnya binalah ayat majmuk)
1.
2.
3.
4.

5.

* Selepas siap membina ayat, sila semak:
   - ejaan
   -tanda baca termasuk huruf kecil dan huruf besar
   - imbuhan
   - istilah
   - struktur ayat
   -

Penulisan Bahagian A: Gambar suasana di kantin sekolah

Gambar di bawah menunjukkan suasana di kantin sekolah ketika waktu rehat.
Tulis lima ayat lengkap berdasarkan gambar di bawah.



KN
KK
OB
H
1




2




3




4




5





Ayat Lengkap:
1.
2.
3.
4.
5.

21/01/2015

Nota tatabahasa ' tentang' & 'mengenai'

Nota tatabahasa ini cikgu copy dari blog Munsyi Abd Rahim


Terima kasih abrahimblog.blogspot.com

Tentang ATAU Mengenai?

Tentang ATAU Mengenai : penggunaan yang sering mengelirukan?

 Banyak kesalahan penggunaan kata sendi "tentang" dan kata kerja "mengenai" yang kerap dilakukan. Hal ini demikian kerana kata "mengenai" telah digunakan secara meluas dalam kalangan pengguna bahasa yang menganggap kata ini membawa maksud "tentang". 

Mengikut buku Tatabahasa Dewan (2005) kata sendi nama "tentang" digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan sesuatu yang tidak tentu atau umum, atau mujarad. Kata nama atau frasa nama yang mengikuti kata sendi nama ini menjadi hal yang diperlakukan atau dibicarakan. 

Misalnya :

(a) Mereka sedang berbincang tentang tugasan yang diberikan oleh pensyarah.
(b) Kami berbual tentang kemalangan yang berlaku tadi.
(c) Ceritanya tentang ketaatan kepada kedua-dua ibu bapa.

Kata sendi nama "tentang" juga sering digantikan penggunaannya dengan bentuk "mengenai". Mengikut buku Tatabahasa Dewan (2005), perkataan "mengenai" tergolong sebagai kata kerja yang membawa maksud "kena pada".

 Misalnya :
(a) Panahan pemuda itu mengenai kera di atas pokok itu.
(b) Bola yang ditendangnya mengenai tiang gol.
(c) Penyakit ini mudah mengenai kanak-kanak.

Semoga pembaca dapat memahami perbezaan penggunaan kata "tentang" dan "mengenai" dalam lisan dan penulisan.

19/01/2015

Maksud peribahasa dan bina ayat

Maksud peribahasa..cikgu rujuk  daripada PRPM,DBP.



Masa itu emas -kiasan kepada sesuatu yg tinggi mutunya (mulia, berharga dll): .

berpeluk tubuha. berdakap (bersilang) tangan di dada. b. kiasan tidak mahu berusaha; malas bekerja.

ringan tulangrajin bekerja.

mata pencarianpekerjaan yang dilakukan untuk memperoleh nafkah.

bekas tangan hasil kerja tangan seseorang.



 

Bina ayat menggunakan peribahasa di atas.

1. Janganlah kita membuang masa dengan bersembang kosong sahaja kerana masa itu emas.

2. Sifat Hakim yang ringan tulang amat disenangi oleh majikannya.

3. Jika kita hanya berpeluk tubuh, segala yang diimpikan tidak akan menjadi kenyataan.

4. Menjala ikan di sungai merupakan mata pencarian Pak Yusof kebelakangan ini.

5. Ramai pengunjung yang memuji barangan kraf bekas tangan Yaani yang dipamerkan.



17/01/2015

Menggambar dengan teknik Titik








Hari Khamis lepas, 15.1.2015, cikgu mengajar Pendidikan Seni Visual dalam kelas 5 Iltizam.

Teknik yang dipelajari ialah menggambar dengan teknik titik.

Di sini, cikgu berikan beberapa contoh objek yang dihasilkan dengan teknik titik.





  

Gambar sumber dari : googleimage



Lagu 'Cemerlang Gemilang Terbilang"

Memandangkan tahun ni cikgu mengajar Muzik, jadi cikgu akan kongsi lirik lagu yang kita pelajari di dalam kelas supaya dapat dijadikan rujukan pada bila-bila masa.

Ke puncak penuh keagungan
Ke lembah penuh kemuliaan
Satu hati satu rasa
Impian pasti menjadi nyata
Demimu Malaysia tercinta
Kami menggenggam tekad
Membawa bangsa negara
Ke puncak keagungan
Demi bangsa demi negara
Ayuhlah kita bangkit berjuang
Maju bangsa maju negara
Kita dipandang mulia
Cemerlang gemilang terbilang
Negara dan juga bangsa
Mari buktikan pada dunia
Malaysiaku berjaya
Cemerlang gemilang terbilang

Lagu : Dato' Mokhzani bin Ismail
Lirik: Siso

13/01/2015

Nota Ayat Perintah

Ayat Perintah

Dapatkan nota ayat perintah: klik link ini
http://ayat-kami.blogspot.com/2011/03/ayat-perintah.html


Atau terus baca di sini: Ini pun cikgu copy dari laman web tersebut. terima kasih kepada kami.blogspot

AYAT PERINTAH




Mengikut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, ayat perintah ialah ayat yang diucapkan dengan tujuan untuk menimbulkan sesuatu tindakan. Ayat perintah boleh dibahagikan kepada 4 jenis berikut.



1-AYAT SURUHAN



Ayat suruhan ialah ayat yang diucapkan dengan tujuan memberi perintah atau arahan.Dalam ayat suruhan subjek ialah kata ganti nama orang kedua seperti awak,kamu,engkau, dan selainnya yang biasanya digugurkan.

Walau bagaimanapun,kerana tujuan penegasan,subjek boleh juga dikekalkan.

    Ã˜  Pergi kamu dari rumah ini!
    Ã˜  Engkau tunggu  Fateha di sini.

Ayat suruhan boleh menggunakan partikel –lah untuk melembutkannya di samping menegaskan predikat.

    Ã˜  Pergilah kamu dari rumah ini!
    Ã˜  Engkau tunggulah  Fateha di sini.

Bagi kata kerja transitif yang menerima awalan men-,awalan tersebut perlu digugurkan dalam ayat suruhan jenis ini,seperti dalam ayat di atas .

Dalam binaan ayat suruhan dan ayat perintah jenis lain yang mengandungi kata kerja tak transitif dan menerima awalan, awalan tersebut tidak boleh digugurkan, seperti yang terdapat dalam contoh berikut :

    Ã˜  Menangislah sepuas-puas hatimu.
          Ã˜ Berangkatlah dengan segera.











2-AYAT  LARANGAN

Ayat larangan ialah ayat yang menggunakan kata larangan seperti jangan,usah atau tak usah sebelum kata kerja dengan tujuan menegah seseorang melakukan sesuatu.

    Ã¼  Jangan ambil harta orang.
    Ã¼  Usah dikenang lagi kisah yang pahit.
    Ã¼  Awak tak usah datang lagi ke pejabat.

Ayat tersebut  dapat dilembutkan dengan menambahkan partikel –lah , seperti berikut :
    
    Ã¼  Janganlah ambil harta orang.
    Ã¼  Usahlah dikenang lagi kisah yang pahit.
    Ã¼  Awak tak usahlah datang lagi ke pejabat.

Ada jenis ayat larangan lagi yang bersifat umum yang tidak menggunakan kata larangan dan tidak menerima partikel –lah.

    Ã¼  Dilarang merokok.
    Ã¼  Dilarang memancing

Ayat larangan dapat juga dilembutkan dengan menggunakan perkataan harap pada bahagian hadapannya :

    Ã¼  Harap jangan merokok.
        Ã¼ Harap jangan berludah.






3-AYAT SILAAN

Ayat silaan ialah ayat yang menggunakan kata silaan seperti sila ata jemput sebelum kata kerja dengan tujuan menjemput atau mempersilakan seseorang. Lazimnya kata silaan digunakan pada permulaan ayat seperti contoh berikut :

       o   Sila serahkan borang permohonan tersebut ke pejabat.
       o   Jemput masuk.

    
          
  4-AYAT PERMINTAAN

Ayat permintaan ialah ayat yang menggunakan kata permintaan,seperti minta dan tolong dengan tujuan memohon permintaan dan pertolongan seperti  yang terdapat dalam contoh berikut :

    §  Minta kamu semua bertenang.
    §  Tolong tutup lampu sebelum kamu tidur.



Bentuk ayat silaan dan permintaan biasanya tidak membawa pengerrtian yang negative sebagaimana yang terdapat dalam jenis ayat larangan.

Oleh sebab itu contoh ayat berikut tidak dianggap betul:

    v  Sila jangan merokok.
    v  Tolong jangan ambil.
    v  Minta jangan bermain dikawasan ini.