LATIHAN KATA
KERJA
Pilih
jawapan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong dalam ayat-ayat di
bawah.
1) Puan Amirah____________
kari ayam dan rendang daging untuk hidangan makan malam.
A
menggoreng C
menjerang
B
memasak D
memotong
2) Kapal
terbang itu akan _________ dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim pada pukul
10.45 malam.
A
berlepas C
bertolak
B
berangkat D
berjalan
3)
Kami________terbahak-bahak apabila menonton rancangan ‘Maharaja Lawak’.
A
menangis C
ketawa
B
menjerit D
melompat
4)
Encik Wafi__________rumahnya dengan lampu berwarna-warni untuk
menyambut Hari Raya Aidilfitri.
A
membakar C
menconteng
B
membersihkan D
menghiasi
5)
Mangsa-mangsa kebakaran itu telah_____ke tempat yang telah disediakan.
A
berpindah C
berlari
B
bermain D
berdiri
6) Encik Waiz_________
sanak saudaranya datang ke majilis perkahwinan anak sulungnya.
A
meminta C
mengangkut
B
menjemput D
menghantar
7) Kami
sekeluarga ______di tepi pantai sambil melihat kanak-kanak bermain
layang-layang.
A
berpindah C
berehat
B
beradu D
berlatih
8) Pemandu
bas pesiaran itu_______ dengan laju tanpa menghiraukan keselamatan para
penumpang.
A
membawa C
mengangkut
B
memandu D
menunggang
9)
Budak-budak itu__________ bertempiaran apabila ternampak seekor anjing berlari
ke arah mereka.
A
duduk C
tidur
B
turun D
lari
10)Ular sawa
yang _____ayam-ayam Pak Cik Afnan berjaya ditangkap oleh penduduk kampung.
A
membunuh C
mengulung
B
mematuk D
memakan
11) Stadium
Darul Aman menjadi sesak kerana_____________ribuan penonton
untuk menyaksikan perlawanan akhir Bola Sepak Rakyat anjuran Kementerian Belia dan Sukan.
A dilimpahi C
dibanjiri
B dilawati D dikerumuni
12 Amira
________kesakitan apabila doktor mencuci lukanya.
A
merintih B
mengeluh
C
mengenang D
mengerang
13 Badan Nabil__________kerana ketakutan.
A
menggeliat
B menggeletar
C
menggelupur D menggelepar
14 Peminta sedekah itu ___________oleh pekerja
restoran tersebut.
A
dihalang
B
dibuang
C
dihalau D
ditindas
15 Mak Cik Izzati sedang
___________bawang di dapur.
A
menumbuk B
mengetuk
C
memukul D
memalu
16 Kakak ____________kelapa untuk mendapatkan
santannya.
A
memicit
B
melenyek
C
memerah D
menindih
17 Anak ayam lari bertempiaran apabila seekor
helang cuba______.
A
merenggut
B menyambar
C
merampas D
mengambil
18 Persatuan Seni Lukis Sekolah Kebangsaan Seri
Kampar akan ______pameran lukisan.
A melaksanakan
B menjalankan
C
mengadakan D
melahirkan
19 Kampung Batu
8 dan Kampung Batu 9 _________oleh sebatang sungai.
A
terbelah
B
terpisah
C
terpecah D
terbahagi
20 Ular sawa
itu __________ seekor kambing.
A
menelan B
meneguk
C
mengunyah D menghisap
21 Sebelum
sesuatu aktiviti dijalankan kita perlulah _________nya terlebih dahulu.
A
merancang B
menimbang
C
melaksana D
melihat
22 Mak Esah
__________ ayam yang telah dipotong itu dengan garam dan kunyit sebelum
menggorengnya.
A)
menabur B)
melumur
C)
memalit D)
mencalit
23 “Saya
___________ kerjasama yang sepenuhnya daripada semua pihak,” kata Tuan Ismail.
A)
mengharapkan B)
menginginkan
C)
meletakkan D) melepaskan
24 Keluarga
Pak Mail telah ___________ di kampung ini sejak dua puluh tahun yang lalu.
A)
bermastautin B)
berziarah
C)
bertukar D) bernaung
25 Malaysia banyak ______________ barangan
elektrik untuk dieksport ke luar Negara.
A)
memperoleh B)
mendapatkan
C)
menyediakan D) menghasilkan
26 Pekerja itu sedang tekun __________ kain
dengan corak batik di bengkel tersebut.
A)
menekan B)
menekap
C)
mengecop D) mengecap
27 Nenek
_____________ sayur kacang panjang untuk hidangan tengah hari nanti.
A)
menjerang
B) mengukus
C)
mencelur D)
merebus
28 Selain puisi, satu bidang lagi yang
___________ nama Dato’ Dr Usman Awang ialah drama.
A)
mewangikan B)
mengharumkan
C)
mengindahkan D) menelokkan
29 Majlis perasmian pembukaan pasar raya baru itu
___________ dengan upacara memotong reben.
A)
dihabisi B)
disudahi
C)
didahului D)
dilapisi
30
Kerja-kerja meracun perlu dilakukan untuk _____________ tanaman daripada
serangan penyakit dan serangga.
A)
memusnahkan B)
membiarkan
C)
menghindarkan D) menghilangkan
Selamat Maju Jaya