Semua murid mempunyai impian menjadi
pelajar cemerlang.Tuliskan langkah-langkah yang kamu ambil untuk mencapai
impian kamu itu.
Setiap murid ingin
cemerlang dalam pelajaran.Banyak langkah yang boleh diambil untuk menjadi murid
cemerlang.
Langkah pertama ialah
setiap murid perlu sedar akan kelemahan diri mereka.Mereka harus
tahu subjek yang tidak dapat dikuasai. Oleh itu, murid akan belajar secara
sistematik bagi mengatasi kelemahan tersebut.
Selain itu, murid harus memiliki jadual belajar sendiri.Murid akan tahu masa yang sesuai untuk belajar , berbual-bual dengan rakan dan bersukan.Oleh itu mereka tidak akan membuang masa dengan sia-sia.

Di samping itu,
setiap murid mesti memiliki satu teknik ulang kaji yang
berkesan.Murid perlu banyak membuat latihan. Latihan yang sistematik
menjadikan murid lebih yakin untuk menghadapi peperiksaan kelak.
Seterusnya, semua murid mesti menjaga kesihatan diri. Mereka mesti makan makanan yang seimbang dan bijak mengawal emosi.Dengan itu murid akan lebih yakin dan tenang menjawab soalan peperiksaan.
Sekiranya murid mengikuti langkah-langkah tersebut, sudah tentu mereka akan berjaya dengan cemerlang.Ingatlah kejayaan tidak akan datang tanpa usaha.